Alhamdulillah, pada hari Ahad 15 Jun yang lalu, muktamar DPPNS telah selamat berlangsung. Dengan julung julung kalinya, kehadiran perasmi merupakan dari Pimpinan tertinggi Pemuda , YB Sallehuddin Ayub , Ketua Pemuda DPP Pusat.
Delegasi Puchong yang hadir berlebihan, sehinggakan ada yang terpaksa mendaftarkan diri sekadar mencari pemerhati dan bukannya perwakilan. Begitulah mungkin, kesungguhan dan komitmen Pemuda terutama untuk komited menjadi sayap dalam menggendung beban serta pemeriksa kira-kira kepada kerajaan semasa era pasca kemenangan.
Muktamar ini juga julung kali diadakan di Dewan yang besar, selesa dan di tempat yang elit. Diadakan di sebuah Dewan Bukit Jelutung , di Bukit Jelutung Shah Alam, bukan lah satu tempat yang biasa. Alhamdulillah, suasana muktamar kali ini agak berlainan nadanya, barangkali inilah muktamar pertama DPPNS selepas era kemenangan.
Pelbagai isu dibincangkan oleh para perwakilan. Tapi yang lebih menarik adalah jaminan YB KP Pusat dalam membawa suara Pemuda Negeri ke perhatian Pimpinan Tertinggi Parti.
Jika hendak dihurai ucapan beliau, maka panjang lebar lah jadinya. Tapi apa yang dapat disimpulkan adalah, DPPNS seharusnya menjadi tulang belakang dan check and balance kepada kerajaan campuran di Selangor.Natijah daripada perbahasan muktamar ini, DPPNS antaranya telah lantang untuk menegur perkara yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Penerusan majlis atau program hiburan yang lebih cenderung membawa kemungkaran mungkin menjadi salah satu daripada perhatian hangat para perwakilan dan DPPNS. Justeru, satu memorandum keras telah dihantar kepada kerajaan negeri untuk menzahirkan perkara ini.
Tahniah DPPNS !
Tidak ketinggalan, semasa muktamar ini berlangsung, beberapa anugerah telah pun disampaikan kepada beberapa kawasan atas pencapian masing-masing.
Dalam majlis berkenaan, PASTI Kawasan Puchong telah dinobatkan Anugerah Pengurusan PASTI terbaik bagi tahun 2007/2008! Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pengurusan PASTI Kawasan Puchong yang telah lama bertungkus lumus membetulkan pengurusan PASTI-PASTI di kawasan Puchong sehingga dapat merangkul anugerah pencapaian Pengurusan PASTI terbaik peringkat Negeri Selangor !
Muktamar Dewan Pemuda Negeri Selangor
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.
0 ulasan