
BANDAR KINRARA , 18 APR 09 – Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan Puchong kembali lagi. Kelainan pada tahun ini adalah acara yang dipertandingkan hanya ditumpukan khusus untuk Bola Sepak (lelaki) dan Bola Jaring (perempuan).
Bertempat di Padang Awam MPSJ Bandar Kinrara 4 (berhadapan dengan PASTI Ar Raihan), acara dimulakan tepat jam 9 pagi. Acara dilangsungkan serentak bagi kedua-dua acara menggunakan dua padang khas bagi setiap acara. Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan bebeberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan.
Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan ‘Kinrara 2009’ kali ini disertai oleh 9 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 9 buah PASTI di Kawasan Puchong ; Ar Raihan (Bandar Kinrara) , Al Firdaus (Puncak Jalil) , Bestari (Pusat Bandar Puchong), As Syifa’ (Puchong Utama) , An Nur (Puchong Intan) , Al Mawardi (Aman Bestari) , Al Iqbal (Kampung Seri Aman) , Pinggiran Putra (Taman Pinggiran Putra) dan Ainul Mardiah (Taman Sri Serdang).
Penganjuran sukan ini juga bukan sahaja untuk memenuhi silibus ko-kokurikulum takwim tahunan PASTI Kawasan dan setiap cawangan, malah ia juga dianjurkan untuk mencungkil bakat pemain terbaik bola sepak dan bola jaring di peringkat kawasan untuk dihantar menyertai pertandingan sukan tersebut di peringkat Negeri Selangor seterusnya ke peringkat Pusat.
Pada hari tersebut, acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Saudara Rosharizan , Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Yang di-Pertua PAS Kawasan Puchong, Ust Nasir Yusoff dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut.
Perasmi juga kemudian telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk setiap acara. Hadiah khas Piala Pusingan Ketua Pemuda Kawasan Puchong untuk acara Bola Sepak dan Bola Jaring serta trofi penjaring terbanyak untuk kedua-dua acara turut disampaikan kepada pemenang.Keputusan akhir diketahui lebih kurang jam 1 petang di mana acara Bola Sepak telah dijuarai oleh PASTI An Nur (Puchong Intan) manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Ainul Mardhiah (Tmn Seri Serdang).
Secara keseluruhannya, program pada hari tersebut telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.
Gambar-gambar lain disekitar 'Karnival' Kinrara 2009



(perkawilan & pemerhati yang khusuk mendengar)
(Ucapan Penagguhan KP DPPK sessi 2009/2011)
(pelbagai amanat dan harapan dilontarkan daripada KP)
(penuh bersemangat dan tenaga)
(perwakilan yang mencatatkan sejarah kedatangannya tersendiri)Tarikh : 12 April 2009 (Ahad)
Tempat : Pejabat DPPK Puchong, Putra Permai
Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Perwakilan:
Keahlian: Semua perwakilan mesti ahli PAS.
Yuran: Perwakilan RM25.00/ Cawangan
Pemerhati RM5.00 seorang
Usul:
Pencalonan:
Sekian, untuk tindakan al-akh selanjutnya.
PEMUDA MEREALISASIKAN IDEALISME PERJUANGAN
Yang menjalankan amanah,
MUHAMMAD ARIF MAHMUD
Setiausaha
Dewan Pemuda Kawasan Puchong

Pemuda Puchong mengambil keputusan bersama untuk merubah strategi dalam penglibatan PRK khususnya di Bukit Gantang. Ketua Pemuda Puchong dengan beraninya telah mengambil pendekatan baharu , di mana Pemuda tidak terikat untuk turut sama terlibat dalam jadual tugasan di UPU yang ditetapkan negeri.
Perubahan strategi nya lebih kepada praktikaliti. Pertamanya, Ketua Pemuda sendiri bertanyakan kepada MTD yang diamanahkan kpd kawasan Puchong, tentang keperluan sebenar yang diperlukan oleh petugas disana.
Natijahnya, selepas perbincangan , Dewan Pemuda PAS Puchong telahpun pada malam sebelum penamaan calon , menghantar set "wayang pacak" (Skrin besar , Tiang besi dan Projektor) untuk tujuan penerangan bagi MTD berkenaan. Alhamdulillah , selain peralatan wayang pacak , DPPK Puchong juga telah menyerahkan sejumlah (ribuan) duit kepada petugas Selangor di sana untuk kegunaan petugas.
Hampir 4 buah kereta berkonvoi (diketuai oleh KUU) dari Puchong ke Bukit Gantang pada malam penamaan calon. Selepas selesai menghantar bantuan di atas , seluruh rombongan kemudian menginap dan melelapkan mata di rumah Sdr Nan (Pusat Bandar).
Hari penamaan calon, bertemu lah sahabat-sahabat dari cawangan-cawangan lain yang turut sama memberi sokongan padu kepada calon kita , YAB Dato Seri MB Perak yang Sah!
Strategi kedua yang digunakan oleh DPPK , melalui saranan KP adalah untuk mengenal pasti pengundi-pengundi luar untuk di bawa balik ke Bukit Gantang. Ini sangat berlainan daripada gerak kerja PRK sebelum ini di mana DPPK akan menghantar wakil petugas untuk bertugas di bilik gerakan UPU yang telah diamanahkan.
Ketua Pemuda dengan yakinya mengambil langkah yang lebih proaktif , bekerja sama dengan Persatuan Anak Perak (seketariatnya Cikgu Izham) dalam menyalurkan maklumat tentang pengundi untuk di bawa pulang. Alhamdulillah , natijahnya beberapa orang pengundi bangsa Melayu dan Tiongwha telah disalurkan untuk diuruskan oleh Seketariat anak Perak, dibawa pulang menaiki bas.
Pada hari pengundian juga, difahamkan AJK pemuda (Halim) juga telah membawa menaiki kereta individu , pengundi dari Puchong ke Bukit Gantang untuk mengundi !
Alhamdulillah , KP juga sendiri telah pada hari Pengundian membawa 2 orang pengundi Tionghwa pulang mengundi , yang kemudiannya berjaya bekempen kepada ibubapa masing-masing untuk mengundi calon kita ... TAKBIR !

Salam. Esok hari penentuan di mana rakyat sekali lagi akan menjadi pengadil.
Menangkah Pakatan Rakyat dalam mengekalkan sentuhan hati rakyat ataupun BN dapat mengambil peluang pasca pemilihan Agong Umno dan peralihan kuasa dan kembalinya ahli no 001 dan 002 ke pangkuan UMNO?
Rakyat sahaja yang bakal menentukannya (undian) dan Allah Taala juga yang menetapkan yang hakiki nya.
Namun , bagi kita para pejuang , ayuh , kita lakukan segala usaha yang kita terdaya , solat hajatnya , doa dan zikirnya , gerak kerja membantu kempen dan urusan pengudiannya.
Bagi Dewan Pemuda PAS Puchong , beberapa orang pengundi luar telah pun didaftarkan kepada Sekretariat Anak Perak untuk dimobilisasikan malam ini untuk pulang mengundi hari esok.
Ada juga, dikalangan teman AJK Pemuda Kawasan dan juga Ketua Pemuda sendiri yang akan memandu terus ke Bukit Gantang bagi membawa sendiri 'undi' dari luar tidak lain untuk memenangkan pakatan rakyat. Moga didoakan kita semua diberkati Allah Taala atas usaha kita yang sedikit ini.

















