Ayuh ramai-ramai kita hadir untuk mendapatkan infomasi terkini...
Ahli Umno, Pemuda Umno & Penyokong Umno jugak dijemput hadir..
BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.
"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.
"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.
"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.
Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.
Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.(Nik Aziz melawat Pantai Irama, Bachok yang terjejas teruk akibat hakisan ombak)
Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."
Kenduri kesyukuran
"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.
"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.
Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.-Hrkh
Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.
"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.
Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.
Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.
"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.
"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.
Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.
Beliau akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.
Tempoh berkenaan, antara 3 hingga 8 Januari diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.
Anwar dipetik AFP sebagai berkata, ramai yang mendoakan supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.
Beliau juga akan menggunakan peluang dalam siri ceramah berkenaan untuk menjelaskan bahawa beliau tidak bersalah.
Sekiranya didapati bersalah, bekas timbalan perdana menteri itu dijangka berdepan dengan hukuman penjara sedangkan pilihan raya umum dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Walau "optimis" dengan peluangnya untuk dibebaskan, Anwar berkata beliau bersedia untuk menghadapi keadaan yang paling buruk.




