Subang Jaya (7 November). YDP PAS Puchong, Ustaz Mohd. Soffiean Ismail menasihatkan semua ahli PAS Puchong untuk menjaga parti ini walau apapun yang berlaku.
Beliau mengungkap kenyataan ini ketika pembentangan kertas kerja yang bertajuk Fiqh Ikhtilaf selepas pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Idris Ahmad bertajuk Tarbiyah di era Pakatan Rakyat di dalam Ijtimak Tarbawi PAS Puchong di kompleks 3C, Subang Jaya.
Pembentangan beliau berkisar mengenai adab-adab menangani masalah perselisihan pendapat dikalangan ahli yang mana PAS Puchong tidak terkecuali mengalaminya.
Beliau menegaskan bahawa pentingnya ahli memahami konsep ikhtilaf di dalam jemaah kerana jika tersilap ia akan membawa keretakan dan perpecahan parti.
Ijtmak Tarbawi ini ditutup dengan ketua Urusan Ulamak, Ustaz Hayazi membacakan Resolusi Ijitmak kali ini.
Pemuda Puchong dan seluruh kepimpinan PAS Puchong turut serta dalam demonstrasi aman bantah kenaikan tarif Air di Masjid Negara, Kuala Lumpur Semalam.
Menurut laporan harakahdaily lebih kurang 15 ribu rakyat bersama-sama turun menyatakan bantahan mereka. Polis bersama FRU serta ditambah dengan tenaga bantuan dari PGA menghidangkan para peserta-peserta bantahan itu dengan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Polis juga menahan lebih kurang 50 peserta bantahan ini. NKP Dewan Pumuda juga beserta seorang lagi Pemuda juga turut ditahan dikawasan masjid. Namun dalam jam 6.12 petang itu juga mereka dibebaskan setelah ditahan dan diambil keterangan di Markas Briged Polis PGA, Cheras.
Tahniah bagi semua ahli PAS Puchong yang turun dan tahniah juga pada Jabatan Amal Puchong yang bertugas mengawal keselamatan.
