Rehlah Pemuda @ Sabak Bernam

Sebagai usaha untuk menenangkan fikiran pasca-PRU yang lepas, Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong telah mengadakan satu sesi rehlah bagi mencapai beberapa tujuan.
Tanggal 27 April 2008, satu program Rehlah DPPK Puchong telah diadakan di sekitar Sabak Bernam. Program julung-julung kali ini juga bukan sahaja melibatkan AJK DPPK, malah juga anggota keluarga masing-masing. Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Al Fadhil KUU Puchong serta beberapa sahabat diperingkat cawangan.

Program dimulakan dengan sessi memancing oleh muslimin di Sungai Sabak Bernam. Masing-masing dengan joran dan pancing masing-masing. Menaiki dua bot disewa khas untuk menyelusuri sungai sabak yang mempunyai ketenangan hasil ciptaan Tuhan. Subhanallah! Aduh, tak dapat digambarkan. Meskipun target menangkap udang tak berapa berhasil, tapi pengalaman sangat berharga!

Pada malamnya, alhamdulillah majlis makan malam bersama seluruh berserta,pemuda dan keluarga diadakan di restoran di Sg Hj Durani. Alhamdulillah, licin semua lauk dikerjakannya.





Alhamdulillah, objektif bagi merapatkan lagi hubungan antara sesama pemuda,anggota keluarga dan rakan-rakan sememangnya tercapai. Walaupun target mendapatkan udang yang banyak tidak berjaya, tapi ia merupakan satu pengalaman yang berharga.

Untuk gambar-gambar yang lain, boleh ke SINI !

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini