KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu.
Tindakan saman tersebut akan dilakukan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.
Menurut Salahuddin, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.
Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.
"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai.
"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu.
"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN," katanya kepada Harakahdaily.
Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur jam 1.01 petang.
Dalam laporannya itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai 2011 lalu lebih kurang pukul 11.50 pagi, beliau bersama Datuk Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton.
Apabila tiba di KL Sentral di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk KL Sentral, seorang anggota polis lelaki berbangga Melayu menahan mereka.
"Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu pegawai polis berbangsa India dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan," katanya.
Seorang pegawai polis lelaki berbangsa Melayu, katanya, telah bertanya kepada beliau, adakah beliau tahu terdapat perintah melarang beliau memasuki Kuala Lumpur?
"Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke Lokap Polis Jinjang," ujarnya.
Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.
"Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Hak Asasi saya," katanya.
Sementara itu, peguam Zulhazmi ketika ditemui menjelaskan, tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini.
Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas PDRM, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.
Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.
Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.
Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.
Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.
Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.
Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.
Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.
Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

![]() “Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir. “Tindakan zalim ini hanya akan menyemarakkan kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional, dan ia tidak membina sesuatu yang berguna bagi masa depan negara,” selar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurut Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat, antara tindakan yang diambil adalah pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor, menghalau 3 orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab, menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak dan beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu yang menerima ugutan. Tambah Lajnah itu lagi, tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri. Tuan Ibrahim mempersoalkan mengapa hanya di Mesir sahaja pelajar-pelajar negara yang mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 dikenakan tindakan sedangkan perhimpunan yang sama turut berlaku di beberapa buah negara lain pada 9 Julai yang lalu. “Walhal, mereka yang ditahan dalam negara semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu telah dibebaskan tanpa sebarang tindakan. “Apakah kedutaan Malaysia di Keherah ketinggalan maklumat atau sengaja menjadi barua Umno bagi menunjukkan seolah-olah ia sahaja yang berani mengambil tindakan?” bidas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Menyeru pihak yang bertanggungjawab supaya tidak menjadi “lebih sudu dari kuah”, Tuan Ibrahim turut menyeru campur tangan Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra bagi mengatasi kezaliman yang berlaku itu. “Mereka sepatutnya bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah ia bersalah. “Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir,” tegas beliau. Pelajar-pelajar berkenaan, difahamkan sebahagiannya akan menamatkan pengajian beberapa bulan sahaja lagi, kata Tuan Ibrahim tidak seharusnya dibiarkan dibuang, dihalau dari asrama Malaysia dan dikenakan pelbagai ugutan. “Pihak Lajnah Guaman PAS akan meneliti isu ini secara dekat bagi membela nasib pelajar yang teranianya ini,” tambah beliau. |
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.
Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.
"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.
"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ke yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.
Laporan polis itu adalah merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai no kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.
Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.
Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.
Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.
Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.
Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.
"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.
Biometrik tak atasi undi lebih sekali
Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata ianya tidak praktikal buat masa ini.
Ia kerana memerlukan SPR membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.
Ianya juga perlu kepada pengkala data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.
Sekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu.
"Macam Mariam Binti Su, dia ada dua kad pengenalan. Maknanya dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah," katanya.

![]() "Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga. "Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau. Mohamad juga mempersoalkan, jika tidak bersalah, tidak menipu, tidak berdusta dan tidak berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku, mengapa amat ketara ketakutan Najib dan kelakuannya pula yang amat mencurigakan. "Adakah Najib takut ada orang dalam di dalam Umno sendiri yang akan menggunakan kehadiran Bourdon untuk menamatkan segala peluang, kenikmatan dan faedah yang dikecapinya sebagai Perdana Menteri? "Nasib baik Najib boleh menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Perdana Menteri ketika bencana besar mungkin menimpanya dengan kehadiran Bourdon," kata beliau. Mohamad juga menyifatkan tindak-tanduk beberapa kerat konco Najib yang seolah-olah bersedia menghadapi pilihan raya untuk mewajarkan tindakannya yang pulang tergesa-gesa sebagai melucukan. "Bagus juga kalau Najib bubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya. Kesan kemarahan sebahagian besar rakyat akibat pelbagai penipuan dan kekejaman Umno dan perkakasnya dalam menghadapi tuntutan rakyat yang sah melalui Bersih masih lagi membara. "Lebih dari itu, Bourdon yang dihalau keluar dari negara ini akibat ketakutan Najib kini seperti harimau terluka dan akan bertindak balas. "Kita yakin dia akan membongkar banyak perkara lagi mengenai skandal pembelian Scorpene dan pembunuhan Altantuya," katanya. Mohamad seterusnya berkata, "Seronok juga kita hendak melihat bagaimana Najib dan beberapa kerat penyokongnya di dalam Umno menghadapi semua itu dalam musim pilihan raya". |
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik. "PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. ![]() "Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini. Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama. Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita. Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini. Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer. "Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan. "Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya. Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik. "Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau. |

Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.
"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.
Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".
Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.
"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."
Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.

sebagai tempat perlindungan.
Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.
Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

Bagi AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad, ketakutan ini cukup mempamerkan ketidakstabilan dan rasa tidak selamat yang dialami oleh Najib sejak perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.
(Datuk Seri Anwar [kanan] dan pengawal peribadinya antara mangsa Xantho Phobia BN)
Beliau mengulas masalah terbaru yang dialami oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang terpaksa mempertahankan program "Relay fo life" atau larian berganti-ganti untuk kehidupan selama 16 jam yang akan diadakan Sabtu ini.
Yang menimbulkan masalah kepada mereka adalah apabila mereka menetapkan baju T warna kuning untuk penyokong dan baju T warna ungu untuk pesakit kanser untuk yang menyertai larian ini.
Menurut Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan, pemilihan warna ini dibuat di peringkat antarabangsa dan ini adalah tahun ke tujuh sambutan sebegini dibuat untuk membantu pesakit kanser.
Ekoran larian yang akan dibuat di Stadium UKM selama 16 jam Sabtu ini, pihak penganjur telah menerima pelbagai tekanan ekoran pemilihan warna kuning itu agar menukar warnanya.
Namun, NCSM bertegas mereka akan terus menggunakan warna yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa itu.
Sabtu lepas, lebih 100,000 penyokong Bersih 2.0 berhimpun di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil walaupun Kuala Lumpur sudah dikepong oleh pelbagai jenis sekatan polis.
Lebih 1600 orang ditangkap dengan pelbagai dakwaan termasuk kerana memakai baju kuning sahaja.
Adun Pakatan di Perak ditangkap kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersihkan kawasan kita" pada bajunya menjelang perhimpunan 9 Julai lepas.
"Dulu mereka marahkan warna hijau pada logo Petronas sehingga terpaksa menukar logonya pada seluruh operasi Petronas termasuk pada stesen pam dan kereta lumba yang ditajanya.
"Lepas itu, akibat menjatuhkan kerajaan Perak, mereka marah kepada warna hitam kerana ramai pakai baju hitam kerana berkabung.
"Baru-baru ini, mereka takut kepada warna jingga apabila Pakatan mengeluarkan buku jingga.

Beliau melahirkan rasa terkejutnya kerana selama ini Najib sentiasa menyatakan kerajaan BN yang ada sekarang stabil dan berwibawa tetapi apabila lihat baju kuning sahaja takut dan diambhil tindakan yang bukan-bukan hatta selepas perhimpunan 9 Julai.
Semalam, tiga hari selepas perhimpunan Bersih 2.0, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis kerana memakai baju kuning bercetak "Bersih 2.0".
Kedua-duanya adalah Yang Dipertua PAS Johor Bharu Rosli Kemim dan Naib Yang DiPertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari ketika mereka sedang mengadakan sidang media bersama pemimpin PAS negeri itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa pada perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu.
Dalam ulasannya, Dr Dzulkefli berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan dua pemimpin Umno yang mempertikaikan cara pemimpin mereka mengendalikan perhimpunan dan tuntutan Bersih 2.0.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah berkata, pemimpin BN sepatutnya tidak mengambil tindakan bertembung sedemikian tetapi kena 'engage' atau berbincang dan berdialog dengan pemimpin Bersih 2.0.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar pula mencadangkan agar Putrajaya memohon maaf kepada Hospital Tung Shin ekoran tindakan polis menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hopital 9 Julai lepas.
Sekumpulan doktor termasuk doktor pakar pula sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan bagi mengesahkan polis memang bertindak demikian pada hari perhimpunan Bersih itu.
Seorang peserta pehimpunan, Baharudin Ahmad, 58, seorang bekas tentera meninggal dunia yang pada awalnya disyaki kerana sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata di KLCC pada hari perhimpunan itu.

Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.
“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.
“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.
Ramai dikasari
Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.
Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi.
PM menyatakan, pihak Polis mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap peserta Himpunan Aman Bersih 2.0 & tindakan tersebut adalah "tindakan munasabah". Tiada sentuhan 'body contact' melampau terhadap peserta Himpunan Aman Bersih 2.0. Tetapi video ini mendedahkan perkara sebaliknya. Kekasaran yang melampau dilakukan pihak Polis, sepak terajang keatas orang yang memang sudah tidak boleh melawan. Memang macam perangai UMNO. Nak ajak bergaduh, tapi pihak lawan dirantai, digari.... suka bertanding atas padang yang tidak sama rata. Memang Heroo Malaya. Mesti mau bagi "Tabik Springggg" nie.
Kalau la setiap dari peserta Himpunan Aman nie tuntut diakhirat kelak dalam Mahkamah Rabbul Jalil esok atas kezaliman yang dilakukan terhadap mereka, baru tau siapa yang berkuasa sebenarnya. Kuasa yang hanya dipinjamkan oleh Allah swt pasti akan dipersoalkan kemana arah gunanya.

Dari KTM ke Pasar Seni
Kebenaran yg sudah tidak boleh lagi diselindung
Video Tribute buat Tahanan dari Pas Puchong :)"-
( mereka ditahan walaupun sedang makan disebuah restoran)
Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.
Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.
Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.
LAPORAN LANGSUNG:
4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.
Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.
Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.
Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana. 4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.
Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.
Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.
3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.
Ramai yang lari
mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.
Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.
Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.
Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.
3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.
Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.
Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.
Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.
Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.
Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.
Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.
Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.
Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera.
Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.
3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.
3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.
Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.
Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.
3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.
3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.
3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.
Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.
Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.
2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.
2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.
2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.
Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.
Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.
Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.
2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.
2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.
2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.
Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.
Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.
Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.
Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.
2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.
Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.
Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.
Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.
Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.
2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.
Menurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.
Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.
Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.
Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.
Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.
Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.

1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.
1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.
Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.

1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.
Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.
Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.
1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.
Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.
1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.
Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.
"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.
Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".
Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.
"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.
Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.
Kumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.

1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.
Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.
Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.
1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.
1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.
Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.
1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.
1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.
1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.
Twitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.
Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.
Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.
Sebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.
12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.
Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.
Enam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.
Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.
Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.
12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.
Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.
Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.
12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.
Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.
12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.
"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.
Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.
"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.
"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.
Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.
Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.
Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.
12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.
Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.
"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.
"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.
Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.
12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.
12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.
Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.
12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.
11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.
11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.
Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.
Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.
11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."
Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.
11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."
11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.
"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.
"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.
11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.
11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.
11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.
Dari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.
Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.
Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.
Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.
"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.
11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain. 10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.
Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.
9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.
"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.
Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.
Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.
"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.
8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.
8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.
"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.
"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.
8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.
8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.
8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.
8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.
8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.
7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.
7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.