
Saya di antara orang yang paling gembira apabila mendengar PAS Pusat menerima cadangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk membawa PAS ke tapak asalnya di Pulau Pinang ketika PAS merayakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 30 September hingga 1 Oktober ini.
(Kanan: Padang Bandaran Butterworth.)
Sebabnya kerana ahli PAS terutamanya generasi muda harus tahu sejarah perjuangan ulamak terdahulu yang keluar dari Umno lalu menubuhkan sebuah parti berteraskan Islam bukan main-main sebagaimana yang menjadi amalan kepimpinan Umno dari dulu sehinggalah sekarang.
Mereka menjadikan medan Padang Bandaran Butterworth yang kini lebih dikenali Padang Putra Merdeka sebagai tapak pelancaran parti Islam yang senantiasa utuh dari segi kepimpinan, perjuangan dan pendekatan walaupun terpaksa mengalami jatuh bangun akibat kepimpinanya yang terjun ke laut sebelum sampai ke daratan.

Namun begitu, PAS yang kian meningkat sokongan tahun demi tahun sudah matang dan memerlukan daya tahan yang lebih bagi memenangi hati rakyat pada pilihanraya umum. Natijah pembaharuan yang dibuat membuatkan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagaikan cacing kepanasan bimbangkan terkuburnya sebuah pemerintahan yang sudah bertapak 50 tahun lebih.
(Kiri: Rumah almarhum Ustaz Fuad di Bukit Mertajam.)
Apabila datang ke sini nanti para tetamu usah membuang masa mundar mandir mencari barangan untuk dibawa balik sebagai cenderahati sahaja bahkan mesti mengambil langkah lebih kehadapan pergi meninjau sendiri tempat yang dikatakan tempat lahir PAS, rumah Yang Dipertua PAS pertama di Bukit Mertajam begitu juga Madrasah Al Masriyah yang pernah menjadi medan PAS membina kepimpinan dan lebih penting lokasi inilah juga merupakan catatan sejarah bertukarnya kepimpinan Datuk Asri Muda kepada Ustaz Yusof Rawa yang membawa kepada lakaran sejarah kepimpinan ulamak.
Waktu itu terciptalah satu gelombang yang melonjak nama PAS ke arena politik yang lebih mencabar. Ramai anak muda berkupiah putih, berserban, berjubah dan berjanggut berbanding dulunya nampak lebih 'simple'.

Jika ke Pokok Sena yang tidak jauh dari Dewan Millenium tempat berlangsungnya sambutan 50 tahun PAS itu para hadirin boleh singgah ke Madrasah Khariah Islamiah yang diterajui oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Husein iaitu Ahli Parlimen PAS yang pertama.
Begitu juga anda boleh meninjau sendiri ke Masjid Al Jamiul Badawi yang mana anda boleh melihat sendiri sebuah bangunan yang ada dua beranda (serambi) yang mana suatu ketika dahulu merupakan tempat tarbiyah yang pertama di waktu Allahyarham Ahmad Badawi sebagai Ketua Pemuda manakala ayahandanya Tuan Guru Abdullah Fahim bertindak sebagai penasihat penubuhan.
Selepas itu pusat berkenaan berpindah pula ke Masriyah di Bukit Mertajam apabila Ustaz Ahmad Fuad dilantik sebagai Yang Dipertua PAS pertama.
Itulah antara lokasi yang menjadi kewajipan kepada para peserta sambutan ke 60 tahun PAS mesti lihat dengan mata kepala sendiri kerana tempat itu adalah koleksi perjuangan yang mesti terpahat di dada ahli PAS yang mahu melihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia.

Sempena sambutan 60 tahun PAS itu pada 30 September akan berlangsungnya solat Maghrib dan hajat di Dewan Millenium bersama dua tokoh besar PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
(
Kiri: Sekolah agama bersebelahan Masjid Al Jamiul Badawi merupakan pusat tarbiyah pertama PAS.)
Manakala pada malam yang sama juga forum perdana diadakan dengan tajuk 'PAS: Pembangkang dan Pemerintah Penyelamat Umat'. Antara ahli panelnya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Pada keesokan harinya, 1 Oktober jam 9.00 pagi, perasmian kongres Sambutan 60 Tahun PAS akan berlangsung dan diikuti pada sebelah petang berbagai program Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak termasuk pertandingan motorsikal klasik yang menggunakan plat 'PAS'.
Sementara itu sebelah malamnya akan diadakan 'Rapat Umum Perdana' yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Gurtu Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengeruasi dan Setiausaha Agung DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Analisis Mohd Sabri Said - Hrkh
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2 oktober ini, jam 9.00 malam.
Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.
Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (
gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.
Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Kerabat berhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan.
"Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen.
Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500.
"Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan.
"Kementerian Pertahanan ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go", untuk kepentingan semasa.
"Perkara ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya.
Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.
PMAT bertarikh 29 ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.
"Sepatutnya bekas tentera dapat tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri, lembaga tabung angkatan tentera, dan syarikat perumahan angkatan tentera digembeleng oleh Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera," katanya.
Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360, 000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera.
Usaha itu bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab ke atas Felda.
PAS Negeri Sembilan membuat
laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu.
Laporan polis itu dibuat oleh pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani di Ibu pejabat polis (IPD) Seremban pada jam 10.52 pagi tadi.
Dalam laporan polis tersebut, Mohamad Taufek mendakwa kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan, bersifat "ugutan dan bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara".

Mohamad Taufek mendakwa tindakan PERKASA itu bertujuan "berusaha menghalang kehadiran kepimpinan PAS berceramah di negeri tersebut".
"Tindakan ini jelas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
"Kami memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian keganasan berulang lagi sepertimana yang berlaku pada 24 September lalu," laporan polis itu dipetik.
Mohamad Taufek diiringi kira-kira 20 penyokong termasuk kepimpinan Dewan Harian PAS negeri itu.
Beliau yang juga ADUN Paroi turut menyertakan bersama dalam laporan polis tersebut, salinan keratan akhbar berkenaan dan laporan polis berhubung kekecohan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) hujung minggu lalu.
Akhbar harian itu melaporkan Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau akan mengetuai
protes terhadap Mohamad jika pemimpin parti itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas tercetus
kekecohan sewaktu ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban hujung minggu lalu yang menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA ke pentas ceramah.
Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.
Berita sebelum ini tentang keganasan PERKASA
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.
Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.
"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan)."Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.
Mohamad mengulas
kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.
Amaran itu dikeluarkan selepas
kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.
Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.
Mengulas mengenai keselamatan yang pada ceramahnya akan datang, Mohamad menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk berbuat demkian termasuk ceramah yang dibuat dalam kawasan persendirian yang tidak memerlukan permit.
Sementara itu, amaran PERKASA tersebut mengundang reaksi balas, khususnya dari pemimpin Pemuda PAS yang mengecam dan menyelar "kenyataan amaran dan ancaman" pemimpin PERKASA itu.
Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggapnya kenyataan kurang cerdik dan dangkal yang "hanya dilakukan oleh puak-puak yang tidak mempunyai keberanian untuk berhujah secara ilmiah dan beradab."
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata PERKASA sepatutnya mengadakan protes terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwanya "memutarbelitkan dan menyalahtafsirkan" kandungan sebenar ucapan Mohamad.
Sehubungan itu, beliau meminta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan PERKASA yang didakwanya berbaur ancaman dan hasutan untuk mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad.
"Kenyataan PERKASA ini juga menunjukkan mereka ini sebenarnya kumpulan 'samseng' yang tidak menghormati undang-undang, tetapi sebaliknya berselindung di atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Mohd Sany juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sebarang langkah yang membelakangkan undang-undang untuk memudaratkan pimpinan PAS.
Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Riduan Mohd Nor juga kesal dengan PERKASA yang didakwanya "sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS bertindak balas" sewaktu kekecohan itu berlaku.
"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi seumpama itu.
"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.
Dengan nada menyindir, Riduan menyifatkan tindakan PERKASA mengganggu dan didakwa memukul penyokong PAS sebagai "tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran".
KOTA BHARU, 29 Sept: Anggota parlimen (MP) Umno yang beragama Islam perlu turut sama bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan menjadi kenyataan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mereka mesti menyokong hasrat PAS melaksanakan perundangan Islam di Kelantan dengan melakukan beberapa pindaan undang-undang di parlimen.
"Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya peruntukan undang-undang yang sedia ada sekarang perlu dipinda terlebih dahulu," katanya di sini.
Semalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan menghormati usaha kerajaan Kelantan memasukkan hukum hudud dalam undang-undang syariah selepas dilulus pada persidangan Dun 1993.
Mesyuarat itu turut membenarkan PAS menerangkan mengenai undang-undang syariah biar pun DAP menyatakan tidak menyokong sekiranya ia dilaksanakan.
Dr Mohamed Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan meminta orang Islam yang menentang hukum hudud kembali kepada ajaran Islam.
”Janganlah mempolitikkan sehingga ia menjadi isu. Ini kerana hudud adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan mana-mana pemerintah.
”Adalah amat tidak wajar sekiranya umat Islam sendiri menjadikannya isu politik apa lagi menentangnya. Matlamat perjuangan PAS memastikan keseluruhan perintah Allah dapat diamalkan umat Islam,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya tanpa kuasa di peringkat pusat dan mendapat sokongan majoriti dua pertiga, hasrat PAS melaksanakan hukum terbabit akan terhalang.
Malah menurutnya kemenangan PAS di Kelantan sejak 1990 kerana rakyat mahu hukum hudud dilaksanakan.
”PAS memohon agar dibenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagaimana yang disebut dalam Enakmen Hudud yang diluluskan pada persidangan Dun 1993,” katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah undang-undang di UIAM menjelaskan hukum hudud hanya akan dilaksanakan di kalangan penjenayah orang Islam sahaja.
"Orang yang tidak berniat melakukan jenayah atau orang bukan Islam tidak perlu takut kerana mereka tidak terlibat dengan enakmen ini," ujarnya.
Dr Mohamed Fadzli juga berkata, program penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud akan dibuat secara berterusan supaya rakyat lebih faham.
Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin berkata, pihaknya menyokong apa jua dasar yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat untuk kebajikan dan kebaikan rakyat.
”Kami sedar kewajipan pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dipertikaikan individu Muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt.
”Maka menjadi tanggungjawab orang yang beriman menyokong dan menerima hukum Hudud, Takzir dan Qisas dengan penuh rendah diri,” katanya.
Menurutnya juga kekeliruan yang timbul sebelum ini kerana dakyah disebarkan Umno melalui media massa tajaan mereka.
Beliau juga berkata, kenyataan Dato’ Seri Najib Razak awal-awal lagi menolak melaksanakan hukum hudud perlu dinilai orang Melayu yang beragama Islam.
KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa.
"Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka.
"Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.
Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.
Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban.
Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap.
Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.
Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.
Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.
“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah
tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.
Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.
Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.
Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.
Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Setelah tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah.
Sehingga kini tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai kerajaan, malah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata berjaya mentadbir negeri dengan baik dengan mengutamakan keadilan, pertanggungjawaban dan intergiti.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, penentangan terhadap rasuah merupakan dasar utama Kerajaan Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang terbabit dengan rasuah hendaklah dihukum dan tidak dilindungi, manakala semua urusan kerajaan mestilah dilaksanakan secara telus tanpa sebarang penyelewengan.
Menurut beliau, sejak mengambilalih tampuk pemerintahan negeri, beberapa langkah berhubung hasrat kerajaan untuk menegakkan pentadbiran yang berintegritikan telah dilaksanakan.
Katanya, antaranya termasuklah Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud serta pengurangan elaun mesyuarat bagi Menteri Besar dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).
"Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak lagi dibayar elaun tetap bulanan seperti yang diamalkan semasa Kedah berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini yang mencecah sehingga RM7 juta setahun tetapi sekarang hanya menerima eluan hadir mesyuarat yang tidak pun mencapai RM2 juta setahun," katanya.
Setelah Pakatan Rakyat memerintah Kedah, menurut beliau seperti yang dicatatkan di dalam buku Kedah Sejahtera 2008, Menteri Besar tidak lagi menggunakan jet khas, tidak lagi tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartmen biasa yang disewa oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar turut meminimumkan perjalanan ke luar negara dengan hanya 3 kali dalam tempoh 3 tahun, manakala Exco pula dinasihati menaiki penerbangan kelas ekonomi jika melakukan perjalanan dengan pesawat walaupun layak menggunakan "business class".
"Sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah terus bertindak dengan merangka dan melaksanakan aktiviti strategik dalam bidang pembangunan, pendidikan, pembangunan insan, ekonomi, pertanian, industri, kebajikan dan pelancongan demi merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua," katanya.
Di dalam buku yang diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu, Azizan menegaskan, walaupun baru tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, pencapaian Kerajaan Negeri dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat.
Katanya, dalam masa yang sama, rakyat juga dapat melihat usaha ke arah kemajuan negeri dan kebaikan rakyat akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang telah dilancarkan sebelum ini.
Dari sudut pentadbiran, setelah mengambil alih pemerintahan negeri, pemberian kontrak sesuatu projek di bawah Kerajaan Negeri telah dilaksanakan secara telus dan adil.
Hasilnya, menurut beliau, Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2009 menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus dari hasil balak berbanding tahun 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka," jelasnya.
Sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah, perakuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 jelas menunjukkan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil negeri.
"Buat pertama kalinya, GLC telah berjaya menyumbang sebanyak RM30 juta kepada Kerajaan Negeri. Sumbangan seperti ini tidak pernah dilakukan semasa Kedah berada di bawah BN sebelum ini.
"Lebih jauh dari itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi," jelasnya.
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.
“Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama,” kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.
Beliau turut menyentuh pengisytiharkan 12 resolusi pada Ahad lepas hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat pusat negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda.
Katanya, hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.
Menurutnya, bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program partikal bersesuaian dengan resolusi tersebut, namun semalam muncul cakap-cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.
Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi: Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.
Manakala semalam, jelasnya sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.
Untuk pengetahuan semua, katanya SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana-mana cadangan SAMM.
“Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari-hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.
“Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik, maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakhir ini,” katanya.
Apapun ia baik untuk rakyat, ujarnya tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.
Justeru, ujarnya SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda.
“Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut.
“Kebangkitan proletariat muda harus disusun untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat,” ujarnya.
KUALA LUMPUR,28 Sept: Jika kerajaan terus berdegil tidak mahu memulihara Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu, PAS akan membawa perkara itu ke peringkat dunia, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (
gambar kanan).
"Jika kerajaan terus bersikap keras kepala dengan keengganannya untuk memulihara Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu, banyak lagi yang akan dilakukan dalam pelan tindakan bersama-sama Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) termasuk membawa perkara itu ke peringkat dunia dan bukan setakat isu nasional sahaja.
"Bukan setakat perjuangan demi mengekalkan warisan bangsa Melayu yang semakin pupus, tetapi kami yang terlibat membantu bantahan penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 (RUU PPKB 2010) menyifatkan perjuangan itu sebagai pejuangan peribadi kami sehingga dapat diselamatkan Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu," tegas beliau.
Menurut Salahuddin, para pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru menyifatkan kandungan RUU PPKB 2010 jelas cuba memanipulasi mereka dan mereka membantah dengan menaikkan kain rentang di rumah-rumah mereka.
Hasilnya, bacaan kedua rang undang-undang berkenaan telah ditangguhkan pada sesi Mac 2011.
"Tetapi, jika kerajaan terus berdegil dan RUU PPKB 2010 akan dibaca bagi kali kedua di peringkat jawatankuasa, PAS dan SPKB akan menggunakan semua saluran yang sah di sisi undang-undang untuk mempertahankan Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Beliau juga kesal dengan kegelojohan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melihat Kampung Baru dari sudut keuntungan komersil dan ekonomi semata-mata.
"Pemuliharaan warisan bangsa tidak sepatutnya ditangani secara komersil tetapi ia adalah tanggungjawab sosial kerajaan untuk memulihara warisan bangsa.
"Jika perkampungan Portugis di Ujong Pasir, Melaka boleh dipulihara, mengapa kerajaan BN menunjukkan sikap yang luar biasa rakus terhadap Kampung Baru yang menjadi khazanah warisan Melayu?" Salahuddin mempersoalkan.
Beliau mengingatkan kerajaan supaya jangan terus mengabui mata orang-orang Melayu dengan apa yang didakwa sebagai persetujuan sebahagian mereka yang telah mengembalikan borang referendum yang diedar oleh kerajaan kepada mereka.
"Jangan gunakan suara minoriti untuk menekan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru supaya tunduk dan menyerah kalah kepada taktik pulas tangan kerajaan (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya.
Salahuddin menyifatkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak bersikap jujur kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru
Menurut beliau, borang referendum itu diedarkan pada Jun 2011 oleh kementerian dengan janji bahawa ia akan dijadikan asas utama untuk menentukan sama ada RUU PPKB 2010 akan diteruskan.
"Pada 17 September menteri wilayah mengumumkan sekali lagi bahawa bacaan kali kedua akan diteruskan pada sesi parlimen Oktober 2011.
"Walau bagaimanapun beliau langsung tidak menyatakan perkembangan referendum yang telah dijalankan," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak hairan dengan taktik di luar apa jua ukuran moral itu..
"Kalau kuota Bumiputera pun mereka nak buang, apa nak dihairankan kalau pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru ditipu," katanya.
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya.
Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini.
Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.'
Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.
Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini.
Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya.
Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan.
Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak.
Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS.
Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan.
Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).
Suasana berbeza
Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya.
Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan).
Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka.
Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise).
Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini.
"Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP.
"Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.
"Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu.
Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini.
PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini.
Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu.
"PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau.

Namun, bagi Bridget Welsh (
gambar kanan) , andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India.
Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi.
"Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini.
Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini.
Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi.
Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini.
Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik.
Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.

Letupan itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk.
Beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.
Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis, termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata, beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.
Setakat ini punca kejadian belum diketahui.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Osman Abdullah berkata jentera bomba pertama sampai kira-kira jam 3.50 pagi.

Menurutnya, setelah sampai dilokasi, berlaku kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.
"Kami menerima laporan daripada pengawal keselamatan bangunan, terdapat dua orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami cedera ringan."Manakala dua orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.

Sementara itu, menurut
Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Subang, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.
"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi rakyat tempatan.
"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut saksi, Daryl Chua, 27, (kanan) ketika kejadian berlaku, dia bersama teman wanitanya sedang menuju ke mesin bayaran tiket letak kereta.
Ketika sampai di mesin tersebut, katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi 'letupan' dan terus rebah ke lantai.
"Saya terpaksa memapah teman wanita saya yang longlai dan tidak berdaya, keluar dari kompleks membeli-belah tersebut, kira-kira tiga minit selepas kejadian berlaku," katanya ketika menceritakan detik cemas itu.
Pada masa yang sama, dia ternampak beberapa orang awam dan pengawal keselamatan bertempiaran lari menyelamatkan diri
"Nasib baik saya dan teman wanita tidak cedera serius, saya hanya luka kecil di tangan manakala kereta rosak teruk," katanya.
Bomba: Dipercayai kebocoran saluran gas
Sementara itu, Bernama melaporkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.45 pagi dan 50 anggota dihantar ke tempat kejadian.
Beliau berkata letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dari aras bawah yang menempatkan kedai-kedai makan dalam pasar raya itu.
"Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Buat masa ini, kami tidak benarkan orang ramai memasuki pasar raya ini. Kebocoran dah dapat dikawal, cuma sekarang kami sedang siasat lebih terperinci mengenai puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Kira-kira 300 orang awam yang menginap di hotel berdekatan pasar raya itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga dan sehingga pukul 4 petang ini, kesemua mereka belum dibenar memasuki hotel itu.
Pakatan Rakyat tidak akan menerima sebarang undang-undang untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Pendirian Pakatan, tegasnya, adalah jelas, iaitu mansuhkan ISA sepenuhnya dan tiada undang-undang baru menggantikannya.
Bercakap selepas satu forum awam malam tadi, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, Pakatan bersedia untuk membantu kerajaan dalam mendraf rangka kerja pasca-ISA.
Azmin berkata pihaknya akan menunggu respon kerajaan terhadap tawaran kerjasama tersebut.
Penalis forum mengenai pasca-ISA itu ialah ahli parlimen Subang, R Sivarasa; profesor undang-undang, Abdul Aziz Bari, dan penganalisis politik, Wong Chin Huat.
Ditanya mengenai "rangka kerja" tersebut jika ia bukan undang-undang untuk menggantikan ISA, Azmin berkata, pakatan akan membentangkan cadangannya untuk reformasi pasukan polis.
Menurutnya, pasukan polis yang berwibawa akan mampu bertindak menangani ancaman keselamatan negara tanpa memerlukan tahanan tanpa bicara.
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.
Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.
Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.
Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
“Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini,” ujarnya.
Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.
Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.
Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.
Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.
Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.
Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.
Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.
Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.
Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.
“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya.
Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.
“Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek,” katanya lagi.
Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.
“Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar,” katanya.
Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.
Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.
Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.
“Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta,” katanya. |
Sementara Perdana Menteri Najib Razak dipuji kerana menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (
I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan
Edisi Siasat di stesen televisyen
ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011. Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.
Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak
Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada
MerdekaReview. Maka pihak
ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.
Menurut maklumat yang diperolehi
MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada
ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".
Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin)
ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi
MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut). Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.
"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada
MerdekaReview.

Menurut
"promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi
Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.
"
Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."
Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini."
Edisi Siasat pernah terima Anugerah Seri Angkasa 2005
Ini bukan kali pertama rancangan
Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara. Sebagaimana yang difahamkan
MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.
Edisi Siasat adalah rancangan hal ehwal semasa yang amat popular di kalangan masyarakat Cina, malah pernah menerima Anugerah Majalah TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa 2005.
*Lim Hong Siang ialah Editor
MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia
.
Sebelum ni Bekas PM Celupar menyuruh Kelantan laksanakan Hudud sebab katanya dia dah tak jadi Perdana Menteri, jadi kelantan boleh terus dengan agendanya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,”
Semalam pula keluar lagi kenyataan dari seorang menteri sembam yang katanya Malaysia belum sesuai perkenal Hudud.
"Hukum Allah itu akan dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif (selesa) dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu, sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia memperkenalkan Hukum Hudud sepertimana dilaungkan Pas"
Masalah perlaksanaan hudud ni memang tak akan selesai selagi Pakatan Rakyat tak diberi kuasa memerintah. Zaman Nabi dulu pun berbilang bangsa, bermacam agama dan berbagai-bagai kepercayaan tetapi pelaksanaan Hudud tetap boleh dilaksana dan dipraktikkan. Sebagai ketua kerajaan dan pemerintah Baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang negara waktu itu tidak sesuai dilaksanakan hudud. Sesuai atau tidak terletak atas diri kita sebagai ketua pentadbir dan pemerintah. Kalau kita tak berusaha untuk mengkondusifkan negara, sampai bila-bila pun ianya tidak akan menjadi dan alasan tidak sesuai tu akan sentiasa terpakai.
Selama lebih 50 tahun mentadbir, adakah UMNOBN ini berusaha untuk menerang dan memperjelaskan kepada bukan Islam mengenai kebaikan hudud?? Adakah UMNO berusaha kearah itu? jawapannya tidak sama sekali, tapi yang pandai UMNO buat hanya merpelekeh, mengherdik, menghina dan merendah-rendahkan martabat hudud itu sendiri. "negara akan mundur jika manusia dipotong tangan", "Kalau nak makan sup tangan pergilah Kelantan" Siapakah yang keluarkan kenyataan tersebut? Siapakah yang keluarkan kenyataan memperlekeh tersebut? Siapakah yang keluarkan ayat menghina tersebut?? Siapa?? Manusia durjana tu sekarang ni masih lagi bernafas, masih lagi menghirup udara Allah, masih lagi berpijak atas bumi Allah ini. Sepatutnya manusia itu dan golongan yang menyokongnya tidak layak duduk di atas muka bumi ini, tidak layak menghirup udara Allah ini dan tidak layak makan makanan yang kepunyaan Allah ini.
WarkahDaily – Dahsyat la puak-puak Umno-BN Perak sekarang ni. Dia orang kini tengah sibuk ‘memunggah’ khazanah negeri seberapa banyak yang mungkin sebagai persediaan akan tewas dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan dating.
Kerana memikirkan, inilah peluang untuk ‘rembat’ segala kekayaan negeri sebelum kembali jadi pembangkang di negeri Perak.
Patutlah beriya sangat merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, sehingga sanggup membeli ADUN bermasalah dari PR semata-mata dapat jadi kerajaan sementara sebelum PRU-13 agar segala kekayaan negeri dapat dipunggah dan diagih kepada kroni dengan seberapa segera yang mungkin.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham telah membuat satu pendedahan berkaitan skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri selain aktiviti pembalakan yang berleluasa dan mencurigakan.
Dipetik dari
Roketkini, ahli Parlimen Beruas itu berkata, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa, kerajaan negeri Barisan Nasional telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak merampas kuasa dari Pakatan.
Menurut laporan
mStar, Nik Mohd dipetik sebagai berkata, “Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu.”
Manakala berdasarkan sumber dalaman Ngeh, Zambry dikatakan telah pun meluluskan sejumlah 68,503 ekar tanah sejak rampasan kuasa hingga Julai tahun ini yang mana 60,561 ekar tanah itu telah diluluskan untuk sektor industri atau pertanian.
Zambry sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar mendakwa beliau tidak mengetahui tentang perkara itu dan beliau telah memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut.
Bagaimana pun menurut Ngeh, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.
Tambah Ngeh yang juga Adun Setiawan, kroni-kroni yang terlibat dalam aktiviti itu dijangka mendapat keuntungan RM900 juta, melebihi bajet kerajaan negeri, iaitu cuma RM800 juta.
Menurut Ngeh, ketika Pakatan Rakyat memerintah, tanah-tanah simpanan hanya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah dan miskin sahaja, tanpa dilayan mana-mana kroni.
“Semua tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang semestinya akan meraih keuntungan yang tinggi bagi rakyat, bukan seperti apa yang terjadi pada Hutan Belum,” katanya.
Ngeh mendakwa apa yang Zambry dan kroni-kroninya lakukan ialah meraih untung sebanyak mungkin kerana mereka tidak yakin BN akan mampu mengekalkan kuasa yang dirampas daripada Pakatan.
“Oleh itu, beliau dan kroni-kroni beliau cuba meraih sebanyak mungkin keuntungan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” katanya.
Namun, beliau menganggap Zambry tidak bertanggungjawab kerana akan meninggalkan pelbagai masalah kepada rakyat Perak dan kerajaan Pakatan selepas PRU ke-13 nanti semata-mata kerana sikap tamak mereka.

KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.
Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.
Menurut Ismail
(gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.
Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.
Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.
“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.
Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”
Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.
Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.
Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.
Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.
“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.
“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.
Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.
Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.
Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.
Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
PETALING JA

YA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.
“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.
“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau (gambar) lagi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”
“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.TMI
Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.
“Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din.
Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini.
“Jadi kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kelantan.
“Kita juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily semalam,” ujar beliau lagi.
Menurut laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.
Beliau dipetik berkata, “saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.”
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama,” ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik dari Harakahdaily.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II).
Kemudian diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Hrkh
KUALA LUMPU
R 22 SEPT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian menyokong perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dicadangkan kerajaan PAS Kelantan.
Menurut beliau Hudud dilihat sebagai aspek penting dari segi perundangan Islam sekaligus menjaga kepentingan hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Namun katanya kepada media ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kenyataan itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.
"Buat masa sekarang pada dasarnya saya percaya ia dapat dilaksanakan. Melihat aspek tertentu bahawa ada jaminan pentadbiran yang adil.
"Ia tidak langsung melanggar hak-hak orang bukan Islam," kata beliau.
Nik Aziz terdahulu menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar beliau melaksanakan hukum Hudud pada era pemerintahan Najib sebagai melucukan.
Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara, mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman Hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.
Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum Hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum Hudud,” katanya.TVS
Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)
Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.
Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.
Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.
Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.
Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.
Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.
SHAH ALAM, 22 Sept: Isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Selangor bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang telah selesai yang mana masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lepas.
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman
(gambar) menjelaskan isu perebutan kerusi seperti yang ditimbulkan itu tidak tepat malah PAS negeri telah menyenaraikan jumlah kerusi kepada Jawatankuasa Peringkat Pusat Pakatan Rakyat bagi tujuan pertimbangan.
"Kedudukan kerusi di Selangor masih kekal iaitu 20 kerusi untuk PAS, 21 PKR dan 15 DAP, kita telah mengemukakan senarai kerusi yang dipertandingkan dan juga senarai calon ke peringkat pusat untuk diperincikan.
"Sehingga sekarang belum ada pemindahan kerusi antara ketiga-tiga parti dan jika pada peringkat akhir perkara tersebut ditimbulkan, maka penyelesaiannya akan dilakukan d iperingkat pusat dan saya harap ia diselesaikan dengan cara yang terbaik.
"Manakala mengenai calon buat masa ini kita tidak akan mendedahkannya," jelasnya.
Rani juga menegaskan sebagaimana yang diputuskan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri menyeru seluruh ahli pengerak PAS di akar umbi di seluruh peringkat untuk giat menggerakkan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke tiga belas (PRU13).
"PAS Selangor mendukung sasaran dan gerak kerja Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional di peringkat pusat dan PAS ganti Umno di Selangor.
"Selaras dengan konsep asas Negara Berkebajikan yang ditulis oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS Selangor menyeru bahawa tiba masanya bangsa Melayu Islam khasnya bersama PAS dan meninggalkan Umno dan seluruh rakyat amnya bersama Pakatan Rakyat membuat perubahan bersama PAS dalam wadah Pakatan Rakyat, gabungan baru memimpin perubahan.
"PAS menjulang perjuangan memartabatkan Islam manakala Umno mendukung perkauman sempit, Islam lebih unggul dan pasti berjaya," sambungnya lagi.
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.
"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.
Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.
Kucar-kacirkan Pakatan
Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini.
"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.
Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.
Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.
Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.
"Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.
Abd Malek Hussin, orang yang disebut dalam kabel Kedutaan Amerika Syarikat sebagai berkata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah menjelaskan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengeluarkan dokumen-dokumen palsu.

Sebaliknya, Malek, bekas ketua NGO Raya Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) berkata Abdul Rashid sebenarnya mengakui terlibat dengan kontroversi operasi 'Projek IC' pada tahun 1990-an, tetapi peranannya setakat mendaftarkan individu dengan kad pengenalan yang diragui itu sebagai pengundi.
"Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya,” kata Malek ketika dihubungi
Malaysiakini.
Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.
The
New Straits Times hari ini melaporkan penafianRashid berhubung apa yang didedahkan oleh Wikileaks dan berkata beliau “tidak kena-mengena” dengan pengeluaran kad pengenalan itu.
Dalam artikel itu, Rashid juga menafikan memberitahu perkara-perkara yang didedahkan oleh Malek sambil menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.
"Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Rashid dipetik oleh akhbar
New Straits Times.

Malek bersetuju bahawa tidak mungkin bagi Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah jelas bahawa mereka bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.
Walau bagaimanapun, bekas ketua Mafrel itu berkata bahawa kabel jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi di Sabah adalah 80,000 orang, iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan oleh kabel berkenaan. -Malaysiakini.com
"
Oleh: tun_telanai
"Sesiapa saja yang mengikuti isu Mat Indera yang dikontroversikan oleh babi, anjing-anjing dan pencacai UMNO menjadikan Mat Sabu seorang HERO baru dalam menghadapi PRU ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Mat Sabu diangkat sebagai seorang WIRA.
Tidak sesiapa yang boleh menafikan pendakwaan beliau di bawah seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam hanyalah alasan yang sengaja direka cipta untuk mencari kesalahan Mat Sabu dan babi, anjing dan pencacai UMNO mengharap sangat Mat Sabu didapati bersalah dan dihukum denda melebihi RM2,000 serta dipenjarakan bagi tidak melayakkan Mat Sabu menjadi calon pilihan raya akan datang (samalah juga dengan nasib Anwar Ibrahim)
Itu motif UMNO yang sebenarnya. Bermotifkan politik, bukan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran apa yang dibangkitkan oleh Mat Sabu sejak 27 Ogos sampai hari ini. Untuk itu, UMNO mengerakkan seluruh babi dan anjing-anjing peliharaannya yang bersedia menjadi pencacainya membuat 1,000 laporan polis seluruh Negara. Sebagaimana biasa, modus operandinya ialah memperalatan pasukan polis, pejabat peguam Negara dan mahkamah untuk mencapai matlamat politiknya itu. Tanpa bantuan dan sokongan 3 institusi ini, maka harapan UMNO untuk menewaskan musuh-musuh politiknya akan tetap gagal. UMNO pada hakikatnya sangat lemah dan ia memperlukan institusi-institusi kerajaan untuk terus survival.
4 persoalan yang perlu dijawab oleh babi-babi dan anjing-anjing peliharaan UMNO ( sekiranya nawaitu UMNO untuk keadilan dan kebenaran) kenapa 3 institusi yang saya sebutkan di atas TIDAK:
Pertama, kenapa tidak mengambil tindakan sebarang tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penangkapan PSM EO6 walaupun terdapat 424 laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam?
Kedua, kenapa 3 institusi ini tidak mengambil tindakan terhadap laporan orang awam mengenai kenyataan berunsur perkauman oleh Presiden Perkasa selaku ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali?
Ketiga, kenapa 3 institusi ini tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ezam Mohd Noor (tidak seperti ketika Ezam menjadi Ketua AMK dulu) yang mengugut untuk membakar pejabat Malaysiani, sedangkan laporan polis telah dibuat?
Keempat, kenapa 3 institusi ini tidak bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh Pemuda PAS pada 16 September lalu terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah. kenyataan itu mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah. Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain?
Bukahkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainai Kling itu menyamai isu Mat Indera yang diceramakan oleh Mat Sabu?
Silalah jawab wahai babi-babi dan anjing-anjing UMNO.
Tindakan UMNO ini seolah-olah ia mengangkat martabat Mat Sabu sebagai HERO rakyat Malaysia. Mat Sabu berdehem sahaja seluruh Negara kelam kabut. Saya amat tertarik dengan pandangan yang diutarakan oleh saudara
Aspan Alias.