"

2.
Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan
sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal
bin Ismail anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa
ke Balai Polis Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0
berlangsung.
3.
TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya
BERSIH 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan
keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan
secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah
Suci Makkah dan Madinah
4.
Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang
dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan
seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3
hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10,
11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari
Sabtu [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan
masing - masing.
5. Tentatif Program.
Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa
Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ]
7. 15 pm : Majlis berbuka puasa
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ]
Lokasi : Markaz Tarbiyah PAS Kawasan.
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Nota
: Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan Pemuda PAS
Malaysia pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan
serentak seluruh negara.
Sekian Terima Kasih.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Pada tanggal keramat 28 April 2012, telah tercatit satu lagi
catatan penting sejarah politik tanah air kita, apabila rakyat sekali
lagi berkumpul di tengah Kuala Lumpur dalam menuntut kepada Kerajaan
Malaysia supaya diadakan Pilihanraya yang telus,adil dan bersih. Maka
perhimpunan aman melalui BERSIH 3.0 digerakkan dengan tema "Duduh
Bantah" di Dataran Merdeka telah mendapat sambutan amat hebat daripada
rakyat Malaysia dengan ratusan ribu rakyat yang hadir, namun telah
mendapat layanan terburuk daripada Kerajaan Malaysia. Dimana rakyat
bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki di Dataran Merdeka,bahkan telah
dibelasah dengan begitu dasyat oleh anggota polis, diprovok dan lebih
menyedihkan apabila peserta himpunan telah difitnah dengan pelbagai
tohmahan kononnya perhimpunan aman telah bertukar kepada perhimpunan
ganas dan cubaan
menggulingkan kerajaan dengan cara yang rusuhan jalanan.
Justeru
Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) menzahirkan rasa kekesalan dan
kekecewaan atas apa yang berlaku khususnya keganasan dan kezaliman
pihak polis yang telah dipergunakan oleh Kerajaan Umno & BN dalam
usaha menyuraikan rakyat dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0.
Program "Xpresi Rakyat" trubute to Bersih merupakan
luahan anak-anak muda & rakyat yang cintakan Malaysia, daripada
terus dikuasai oleh pemimpin yang tidak berperikemanusiaan dan zalim.
Ekspresi Rakyat akan diadakan pada 13 Mei 2012 (Ahad),
bertempat di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, Selangor.
Xpresi Rakyat akan bermula dengan Solat Isyak berjemaah, disusuli dengan Solat Hajat Perdana, Persembahan Sajak, Sketsa Perjuangan dengan penampilan istimewa
daripada Bob Lokman dan Dato Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pelajaran
Negeri Perak) dan persembahan multimedia. Selain itu Ketua Dewan Pemuda Pas
Selangor, Al-Fadhil Ust Hasbullah B Mohd Ridzwan, akan turut berucap bersama dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Al-Fadhil Ust Nasrudin Hassan
Tantawi.
DPPNS dengan ini menjemput seluruh
warga Malaysia, khususnya anak-anak muda dan rakyat seluruhnya yang cintakan keadilan dan
keamanan, sama-sama menghadiri dan menyertai Program Xpresi
Rakyat ini sebagai tanda penyerahan diri sepenuhnya kita kepada Allah
swt, dan membawa mesej yang jelas kepada kerajaan rakus Umno Barisan
Nasional bahawa anak-anak muda tidak lagi rela berada dibawah kepimpinan
rejim yang zalim dan sering menindas rakyat.
Ekspresi Rakyat ~ tribute to Bersih.