Baru saja kita dibuaikan dengan habuan cuti istimewa sempena kemenangan pasukan kebangsaan Piala Suzuki 2010,rakyat Malaysia sekali lagi diberi kejutan dengan kenaikan harga minyak. Sudah tiga kali atau empat kali dalam masa 3 bulan minyak naik. Ini secara directtelah memberi implikasi inflasi untuk awal tahun ini.
Tahniah rakyat Malaysia,sokongan anda kepada Barisan Nasional berbaloi.Teruskanlah mengundi Barisan Nasional,Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. kemana rakyat didahulukan,pencapaian siapa diutamakan?
Minyak masak naik ? Gula naik? Semua naik ....
Tahniah rakyat Malaysia,sokongan anda kepada Barisan Nasional berbaloi.Teruskanlah mengundi Barisan Nasional,Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. kemana rakyat didahulukan,pencapaian siapa diutamakan?
Minyak masak naik ? Gula naik? Semua naik ....
Subang Jaya (7 November). YDP PAS Puchong, Ustaz Mohd. Soffiean Ismail menasihatkan semua ahli PAS Puchong untuk menjaga parti ini walau apapun yang berlaku.
Beliau mengungkap kenyataan ini ketika pembentangan kertas kerja yang bertajuk Fiqh Ikhtilaf selepas pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Idris Ahmad bertajuk Tarbiyah di era Pakatan Rakyat di dalam Ijtimak Tarbawi PAS Puchong di kompleks 3C, Subang Jaya.
Pembentangan beliau berkisar mengenai adab-adab menangani masalah perselisihan pendapat dikalangan ahli yang mana PAS Puchong tidak terkecuali mengalaminya.
Beliau menegaskan bahawa pentingnya ahli memahami konsep ikhtilaf di dalam jemaah kerana jika tersilap ia akan membawa keretakan dan perpecahan parti.
Ijtmak Tarbawi ini ditutup dengan ketua Urusan Ulamak, Ustaz Hayazi membacakan Resolusi Ijitmak kali ini.
Pemuda Puchong dan seluruh kepimpinan PAS Puchong turut serta dalam demonstrasi aman bantah kenaikan tarif Air di Masjid Negara, Kuala Lumpur Semalam.
Menurut laporan harakahdaily lebih kurang 15 ribu rakyat bersama-sama turun menyatakan bantahan mereka. Polis bersama FRU serta ditambah dengan tenaga bantuan dari PGA menghidangkan para peserta-peserta bantahan itu dengan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Polis juga menahan lebih kurang 50 peserta bantahan ini. NKP Dewan Pumuda juga beserta seorang lagi Pemuda juga turut ditahan dikawasan masjid. Namun dalam jam 6.12 petang itu juga mereka dibebaskan setelah ditahan dan diambil keterangan di Markas Briged Polis PGA, Cheras.
Tahniah bagi semua ahli PAS Puchong yang turun dan tahniah juga pada Jabatan Amal Puchong yang bertugas mengawal keselamatan.

Tanggal 27 Oktober yang lalu, jam 11malam, seramai 15 orang pemuda puchong telah melibatkan diri dalam gerak kerja Pilihanraya Kecil Dun Galas. Perjalanan menyelusuri lebuhraya karak dan seterusnya melalui bentong, raub dan kuala lipis sebelum tiba di bandar baru gua musang kira-kira jam 6.30 pagi.
Sebelum itu, semua petugas telah berhenti untuk solat subuh di markaz pas merapoh. Pada pagi 28 Oktober, petugas pemuda puchong telah memulakan gerak kerja pilihanraya yang telah disediakan oleh JPN Pemuda Selangor seperti yang dijadualkan.
Sedang melipat risalah
Bersama dengan sahabat daripada pemuda hulu selangor
Kaunter Semakan Daftar Pemilih berhampiran Markaz Penerangan Pilihanraya
'SB' yang berlagak pandai
Sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk setempat
Kontinjen Puchong...Takbir!!! Allahuakbar..
Program Ijtimak Tarbawi ini telah berlangsung pada 1-3 Oktober 2010 dengan jayanya di Masjid Rusila, Marang , Terengganu. Ia telah dihadiri lebih lima ribu pemuda-pemuda PAS seluruh Malaysia.
Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]
Merasmikan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan kali Pertama
di Masjid Rusila Marang Terengganu Darul Iman .
Sohibus Samahah Tuan Guru Mursyidul Aam PAS memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang cukup mengesan di jiwa
Saf kepimpinan yang diiktiraf sebagai Murabbi kepada anak - anak muda yang menyertai Jamaah Islam ini . [ Tuan Guru Hj Abdul Hadi , Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim , Tuan Guru Hj Yahya Othman dan al Ustaz Abu Bakar Chik
Majlis Menadah kitab. Tafsir Surah Al-Hujurat
Saudara KP sama-sama hadir menadah kitab yang disampaikan oleh Tuan Guru.
Murabi Ust. Yahya Osman sedang menyampaikan taujihadnya.
Merakamkan kenangan di hadapan Masjid Rusila
Benar sekali apa yang dipesan oleh Ust Nasrudin Tantawi sebelum Ijtimak agar hadhir dengan segala pengorbanan nescaya kita akan merasai kemanisannya. Lantaran menuai hasil dari keringat dan penat lelah sendiri . Susah sukar ditempoh dengan semangat untuk hadir ke Ijtimak ini sekaligus memantapkan Amal Tarbawi kita.



























