Bantuan disampaikan bersama oleh Saudara Roshazrizan (kiri sekali). Ustaz Mohd Soffien( kedua kiri), dan Ketua muslimat Puan Noorhanim dan ajk muslimat kepada kelurga mangsa lemas.
Pada 19 Februari yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa remaja yang lemas di lombong Taman Tasik Prima pada Khamis lepas.
Sumbangan tersebut disampaikan bersama oleh Saudara Mohamad Rosharizan Bin Mohd Rozlan selaku Penyelia Dun Pusat Khidmat Maysarakat Dun Sri Serdang merangkap Ketua Pemuda PAS Puchong dan Ustaz Mohd Soffiean Ismail selaku Yang Dipertua PAS Puchong. Mereka menyampaikan bantuan tersebut di rumah keluarga itu yang terletak di perumahan PKNS Kg. Pasir, Puchong. Saf kepimpinan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Puchong juga turut sama dalam ziarah ini.
Mereka amat berasa sedih atas kemalangan yang berlaku. Menurut saudara Rosharizan, Pusat Khidmat akan terus mempergiatkan lagi program-program membantu rakyat yang sememangnya menjadi tugas utama Pusat Khidmat Maysarakat Dun Sri Serdang.
Bagi pihak PAS Puchong pula yang sememangnya prihatin tentang masalah dan kebajikan masyarakat, beriltizam akan terus memberi komitmen dalam program-program kemasyarakatan dan kebajikan.
Puan Asmawati dan suaminya terharu dan berterima kasih atas keperhatinan yang ditunjukkan oleh Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang dan PAS Puchong terhadap musibah yang menimpa mereka.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah Kepada Allahyarham mangsa, Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...-
Al-fatihah...
Antara Pimpinan PAS Puchong dan DPPP yang hadir dalam program ziarah ini
Dewan muslimat juga prihatin terhadap kemalangan yang menimpa keluarga Puan Asmawati
Alhamdulillah, pada 6/2/2010 yang lalu Dewan Pemuda Pas Puchong bersama-sama melalui inisiatif lajnah perpaduan nasional pas puchong yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Puchong, telah menjayakan satu misi mengedarkan kad ucapan selamat tahun baru cina di sekitar kawasan pasar pagi cina, Pusat Bandar Puchong. Program tersebut juga disertai oleh Pas cawangan pusat bandar puchong, dewan muslimat dan juga nisa' puchong. selain itu, ahli majlis pas juga iaitu Sdr Sapiyan Md Din juga turut sama-sama menyertai.
Program mengedarkan kad ucapan tersebut telah diketuai oleh Ust Hayazi Omar, Ketua cawangan pas pusat bandar puchong. Program tersebut bermula pada jam 8.10 pagi dan berakhir sekitar jam 9.00pagi.
Ternyata sambutan masyarakat cina terhadap pas amat baik sekali, begitu ramah dah mesra. mereka sama sekali teruja dengan pemberian kad ucapan tersebut malah merasa gembira kerana pas menyantuni mereka dan menghormati budaya mereka.
Semoga motto PAS FOR ALL dapat dijayakan sepenuhnya. TAKBIR !!!
Program mengedarkan kad ucapan tersebut telah diketuai oleh Ust Hayazi Omar, Ketua cawangan pas pusat bandar puchong. Program tersebut bermula pada jam 8.10 pagi dan berakhir sekitar jam 9.00pagi.
Ternyata sambutan masyarakat cina terhadap pas amat baik sekali, begitu ramah dah mesra. mereka sama sekali teruja dengan pemberian kad ucapan tersebut malah merasa gembira kerana pas menyantuni mereka dan menghormati budaya mereka.
Semoga motto PAS FOR ALL dapat dijayakan sepenuhnya. TAKBIR !!!
IJTIMAK KEPIMPINAN PAS PUCHONG 2010
TEMA: KEMANTAPAN UKHUWWAH
MEMPERKASAKAN JAMAAH
Kami dari DPP mengucapkan tahniah kepada semua Saf kepimpinan Pas Puchong kerana telah berjaya menjalankan Program Ijtimak Kepimpinan PAS Puchong buat julung-kalinya pada hujung Januari yang lepas. Program ini telah di rasmikan oleh Timbalan Presiden PAS YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Semoga dengan Program ini kita sama-sama dapat berganding bahu bersama kepimpinan PAS Puchong merealisasikan 5 Fokus utama kita tahun ini. Marilah kita rapatkan saf dan AYUH!!! Mara kehadapan.
Ketua Dwn Ulama’ Ust, Hayazi Sedang menyemat roset kpd Y.B Ustaz Nasharudin
Y.B Ustaz Nashrudin sedang beramah mesra dengan ahli yang hadir
Jabatan Unit Amal yang gigih menjalankan tugas
Kagum.. Yang uzur datang bertongkat.. Beginilah bersemangatnya ahli PAS Puchong
Y.B Ustaz Nasharudin bersemangat meyampaikan ucapan perasmiannya
Y.B juga turut melancarkan blog Pas Puchong
YDP PAS Puchong, Ust Mohd Soffien menyampaikan ucaptama
Ahli-ahli dan juga pimpinan sama-sama merapatkan saf , berganding bahu membacakan doa wehdah.
TAMRIN QIADAH DPP Puchong
Tahniah pada semua peserta tamrin Qiadah DPPP yang berlangsung di Nur Lembah Pangsun Eco Resort,
Hulu Langat pada awal bulan Disember lalu.
Dalam program kita sama-sama dapat melihat dan merenung dengan teliti hasil gerak kerja kita selama ini. Mudah-mudahan program tamrin ini menjadi medan yang paling ampuh untuk kita bermuhasabah diri kita bersama-sama. Pada masa yang sama ianya akan mendorong dan menguatkan azam dan iltizam kita untuk meneruskan kesinambungan gerak kerja pada sesi kepimpinan akan datang dan memperkuatkan tautan ukhwah fillah.
Tahniah pada semua peserta tamrin Qiadah DPPP yang berlangsung di Nur Lembah Pangsun Eco Resort,
Hulu Langat pada awal bulan Disember lalu.
Dalam program kita sama-sama dapat melihat dan merenung dengan teliti hasil gerak kerja kita selama ini. Mudah-mudahan program tamrin ini menjadi medan yang paling ampuh untuk kita bermuhasabah diri kita bersama-sama. Pada masa yang sama ianya akan mendorong dan menguatkan azam dan iltizam kita untuk meneruskan kesinambungan gerak kerja pada sesi kepimpinan akan datang dan memperkuatkan tautan ukhwah fillah.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf ‘juara rakyat’ secara ‘fast track’.
PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.
PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam. Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.
PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang ‘berlesen besar’.
Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.
Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat. Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.
PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat. Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan umno di Melaka
Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS. Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno. Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


























