Mendengar penjelasan dari Ibu mangsa
DPP Puchong bersama Exco Dewan Pemuda Selangor yang di ketuai oleh KP Selangor Ustaz Hasbullah menzirahi keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis baru-baru ini.
DPP Puchong juga menyokong saranan PAS Pusat yang mencadangkan agar satu Suruhanjaya BEBAS secara tetap dibentuk bagi menyiasat kes kematian adik Aminulrasyid berikutan pihak ketiga dalam kes ini alah pihak Polis. Suruhanjaya secara tetap ini juga perlu bagi menangani pelbagai pertikaian rakyat yang melibatkan perkhidmatan pihak polis dimasa akan datang.
Saudara Yeop turut hadir menziarahi keluarga mangsa
Orang ramai meninjau sendiri tempat kejadian
Kelongsong peluru yang masih bertaburan di tempat kejadian.
PESTA SUKAN PASTI PUCHONG - 10 APRIL 2010 - PUCHONG INDAH
PUCHONG INDAH, 10 April 10 – Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan Puchong kali ketiga telah dianjurkan dengan meriah dan Berjaya. Menjadi tradisi pesta sukan puchong menganjurkan pertandingan dalam acara Bola Sepak (lelaki) dan Bola Jaring (perempuan). Selain itu, acara ibubapa juga turut diadakan. Bertempat di Padang Awam MPSJ Puchong Indah, acara dimulakan pada jam 9 pagi.
Walaupun sejak awal pagi, hujan turun mencurah-curah, namun tidak mematahkan semangat para petugas dan peserta untuk menjayakan program tersebut. Acara dilangsungkan serentak bagi kedua-dua acara menggunakan dua padang khas bagi setiap acara. Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan bebeberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan.
Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan ‘Puchong Intan 2010’ kali ini disertai oleh 9 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 10 buah PASTI di Kawasan Puchong ; Ar Raihan (Bandar Kinrara) , Al Firdaus (Puncak Jalil) , Bestari (Pusat Bandar Puchong), As Syifa’ (Puchong Utama) , An Nur (Puchong Intan) , Al Mawardi (Aman Bestari) , Al Iqbal (Kampung Seri Aman) , Putra Permai (Bandar Putra Permai), Ainul Mardhiah (Taman Sri Serdang) dan Al Huda (Kg. Kenangan)
Penganjuran sukan ini juga bukan sahaja untuk memenuhi silibus ko-kokurikulum takwim tahunan PASTI Kawasan dan setiap cawangan, malah ia juga dianjurkan untuk mencungkil bakat pemain terbaik bola sepak dan bola jaring di peringkat kawasan untuk mewakili PASTI kawasan Puchong kei pertandingan sukan tersebut di peringkat Negeri Selangor seterusnya ke peringkat PASTI Malaysia.
Menurut Syed Ahmad, 34, selaku pengarah program berkata, program pada kali ini sangat bermakna kerana menyambut ulangtahun ke 25 penubuhan PASTI NEGERI SELANGOR. Selain itu, aktiviti ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat pelajar-pelajar PASTI tetapi kepada penjaga pelajar yang turut berpeluang menyertai acara ibubapa yang diadakan.
Pada hari tersebut, acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ust Mohd Soffiean Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Urusan Ulama, Ust Hayazi dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut.
Perasmi juga kemudian telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk setiap acara. Hadiah khas Piala Pusingan Ketua Pemuda Kawasan Puchong untuk acara Bola Sepak dan Bola Jaring serta trofi penjaring terbanyak untuk kedua-dua acara turut disampaikan kepada pemenang.
Keputusan akhir diketahui lebih kurang jam 1 petang di mana acara Bola Sepak telah dijuarai oleh PASTI Putra Permai (Bandar Putra Permai) manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Bestari (Pusat Bandar Puchong). Penjaring Terbanyak bagi bola sepak dimenangi oleh adik Ahmad Aiman Solihin B. Azwa dari PASTI putra Permai dengan 4 gol, manakala penjaring terbanyak bagi bola jarring dimenangi oleh adik Nur Arisya Fatihah Bt. Razali dengan 15 gol.
Secara keseluruhannya, program pada hari tersebut telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.
Berikut merupakan JUARA Bola Sepak dan Bola Jaring.
TAHUN 2009 - Bola Sepak : PASTI An Nur
- Bola Jaring : PASTI Ainul Mardhiah
TAHUN 2010 - Bola Sepak : PASTI Putra Permai
- Bola Jaring : PATSI Bestari

Bantuan disampaikan bersama oleh Saudara Roshazrizan (kiri sekali). Ustaz Mohd Soffien( kedua kiri), dan Ketua muslimat Puan Noorhanim dan ajk muslimat kepada kelurga mangsa lemas.
Pada 19 Februari yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa remaja yang lemas di lombong Taman Tasik Prima pada Khamis lepas.
Sumbangan tersebut disampaikan bersama oleh Saudara Mohamad Rosharizan Bin Mohd Rozlan selaku Penyelia Dun Pusat Khidmat Maysarakat Dun Sri Serdang merangkap Ketua Pemuda PAS Puchong dan Ustaz Mohd Soffiean Ismail selaku Yang Dipertua PAS Puchong. Mereka menyampaikan bantuan tersebut di rumah keluarga itu yang terletak di perumahan PKNS Kg. Pasir, Puchong. Saf kepimpinan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Puchong juga turut sama dalam ziarah ini.
Mereka amat berasa sedih atas kemalangan yang berlaku. Menurut saudara Rosharizan, Pusat Khidmat akan terus mempergiatkan lagi program-program membantu rakyat yang sememangnya menjadi tugas utama Pusat Khidmat Maysarakat Dun Sri Serdang.
Bagi pihak PAS Puchong pula yang sememangnya prihatin tentang masalah dan kebajikan masyarakat, beriltizam akan terus memberi komitmen dalam program-program kemasyarakatan dan kebajikan.
Puan Asmawati dan suaminya terharu dan berterima kasih atas keperhatinan yang ditunjukkan oleh Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang dan PAS Puchong terhadap musibah yang menimpa mereka.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah Kepada Allahyarham mangsa, Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...-
Al-fatihah...
Antara Pimpinan PAS Puchong dan DPPP yang hadir dalam program ziarah ini
Dewan muslimat juga prihatin terhadap kemalangan yang menimpa keluarga Puan Asmawati
Alhamdulillah, pada 6/2/2010 yang lalu Dewan Pemuda Pas Puchong bersama-sama melalui inisiatif lajnah perpaduan nasional pas puchong yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Puchong, telah menjayakan satu misi mengedarkan kad ucapan selamat tahun baru cina di sekitar kawasan pasar pagi cina, Pusat Bandar Puchong. Program tersebut juga disertai oleh Pas cawangan pusat bandar puchong, dewan muslimat dan juga nisa' puchong. selain itu, ahli majlis pas juga iaitu Sdr Sapiyan Md Din juga turut sama-sama menyertai.
Program mengedarkan kad ucapan tersebut telah diketuai oleh Ust Hayazi Omar, Ketua cawangan pas pusat bandar puchong. Program tersebut bermula pada jam 8.10 pagi dan berakhir sekitar jam 9.00pagi.
Ternyata sambutan masyarakat cina terhadap pas amat baik sekali, begitu ramah dah mesra. mereka sama sekali teruja dengan pemberian kad ucapan tersebut malah merasa gembira kerana pas menyantuni mereka dan menghormati budaya mereka.
Semoga motto PAS FOR ALL dapat dijayakan sepenuhnya. TAKBIR !!!