RAYUAN SUMBANGAN IKHLAS DANA DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG
Assalamualaikum Saudara / Saudari yang dikasihi
Dewan Pemuda PAS Puchong merupakan satu pertubuhan politik yang berdaftar yang menjalankan gerak kerja politik, urusan dakwah dan program jemaah.Di dalam menjalankan kerja-kerja amal ini, Dewan Pemuda PAS Puchong memerlukan dana yang banyak untuk memastikan perancangan yang di buat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Diharap kepada semua penyumbang yang budiman agar dapat menyumbang ZAKAT/DERMA ke dalam Akaun Dewan Pemuda PAS Puchong untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan perjalanan program & aktiviti Pemuda PAS Puchong.
Insya Allah kami akan memanfaatkan semua sumbangan tersebut untuk memastikan kesinambungan perjuangan islam itu diteruskan dan berusaha untuk meletakkan islam dihadapan sebagai peneraju perubahan di tanah air tercinta.
Semoga sumbangan ikhlas saudara dan saudari, akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang di beri ganjaran pahala yang berlipat ganda serta di diberikan keberkatan dalam kehidupan dan diberi kemurahan rezeki.
Salurkan sumbangan ikhlas tersebut ke Akaun berikut :
Nama Akaun : Dewan Pemuda PAS Kawasan PuchongNama bank : Bank IslamNo. Akaun : 12065010039988
Assalamualaikum Saudara / Saudari yang dikasihi
Dewan Pemuda PAS Puchong merupakan satu pertubuhan politik yang berdaftar yang menjalankan gerak kerja politik, urusan dakwah dan program jemaah.
Di dalam menjalankan kerja-kerja amal ini, Dewan Pemuda PAS Puchong memerlukan dana yang banyak untuk memastikan perancangan yang di buat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Diharap kepada semua penyumbang yang budiman agar dapat menyumbang ZAKAT/DERMA ke dalam Akaun Dewan Pemuda PAS Puchong untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan perjalanan program & aktiviti Pemuda PAS Puchong.
Insya Allah kami akan memanfaatkan semua sumbangan tersebut untuk memastikan kesinambungan perjuangan islam itu diteruskan dan berusaha untuk meletakkan islam dihadapan sebagai peneraju perubahan di tanah air tercinta.
Semoga sumbangan ikhlas saudara dan saudari, akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang di beri ganjaran pahala yang berlipat ganda serta di diberikan keberkatan dalam kehidupan dan diberi kemurahan rezeki.
Salurkan sumbangan ikhlas tersebut ke Akaun berikut :
Nama Akaun : Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong
Nama bank : Bank Islam
No. Akaun : 12065010039988
Konvoi bermotor Pimpinan PAS Puchong bersama remaja Puchong Permai
Kembara Amal Semarak Hijau (KASEH II) telah berlangsung dengan meriahnya di Padang MPSJ Puchong Permai dengan penuh meriah. Program anjuran Pemuda PAS Puchong, Pusat Khidmat Dun Sri Serdang dan ISIS ini merupakan siri yang kedua.
Pelbagai program dijalankan bertujuan mengenali dengan lebih dekat antara Pimpinan PAS Pucong dan masyarakat Puchong Permai. Selepas ini diharap lebih banyak program dapat dirancang bagi menyantuni maryarakat di Puchong Permai ini.
Pihak penganjur merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.
Berarak ke Balai Masyarakat Puchong Permai
Bacaan Doa Oleh Ketua Urusan Ulama Ust. Hayazi
Ucapan Timbalan Pengerusi JKP, Abg. Kadir
Ucapan Perasmian oleh Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang juga merangkap Ketua Pemuda Pas Puchong , Saudara Yeop.
Sebahagian penduduk yang hadir
Pemeriksaan Kesihatan
Pertandingan mewarna kanak-kanak tadika
Perlawanan futsal untuk remaja
Bengkel Smart Solat dikendalikan oleh ISIS
Program Pendemokrasian Rakyat turut dijalankan
Gotong Royong Memasak oleh Jabatan Amal
Aksi Ronaldo (berbaju merah) dalam perlawanan pertunjukan
Pemuda vs Ulama
Dewan Ulama menunjukkan skill masing-masing
Kehadiran YDP PAS Puchong sambut meriah
Para penerima program bantuan rakyat
YDP menyampaikan sumbangan
bersambung....
foto sumbangan Ayah Gie Hussin....

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJAYAKANNYA
Ust. Hassan Syukri
"Assalamualaikum Ust? Ust Apa khabar? "Saya dan C. Syed menegur Ust Hassan Syukri di depan pintu utama Dewan Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) tempat muktamar PAS kali ke 56 berlangsung. Kami tak menyagka pertemuan ringkas itu pertemuan terakhir buat kami dengan Allahyarham. Kami sempat bertanya kabar dan berbual ringkas sementara menunggu perasmian muktamar oleh Tok Guru pada malam itu.
Pada malam keesokannya, kami sekali lagi berjumpa Allahyarham di muktamat pemuda yang berlangsung di Kelantan Trade Centre,Kota Bharu. walaupun jam telah hampir jam 12 tgh malam , Allahyarham masih berada dalam muktamar itu.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang pada 14hb yang lalu.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam 13hb selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam itu, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi 14hb, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.
“Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang,” cerita Naznah.
Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.
Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar.
Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.
Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.
“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini.
“Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.
Putik (9Jun) : Dewan Pemuda Pas (DPP) Puchong telah menghantar 4 orang wakil dan 2 orang pemerhati bagi memenuhi tuntutan Muktamar PAS 2010 yang bertempat di PUTIK, Kelantan Darul Naim. Perwakilan yang hadir adalah saudara Rosharizan (KP), Ustaz Azani (TKP), Cikgu Syed (NKP) dan Tengku Khairul Hisham (Ketua Penerangan) sementara Azuwan dan Shafizan berperanan sebagai pemerhati. Kesemua perwakilan Pemuda dari Selangor telah ditempatkan di K De Villa, Kg Baung, Pengkalan Chepa, lebih kurang 3 Km daripada PUTIK. Majlis perasmian untuk ketiga - tiga Dewan ; Ulama', Pemuda dan Muslimat telah diadakan pada malamnya di PUTIK oleh Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, Mursyidul Am PAS.
Penginapan Pemuda PAS Selangor di K De Villa, Pengkalan Chepa





















