Subang Jaya (7 November). YDP PAS Puchong, Ustaz Mohd. Soffiean Ismail menasihatkan semua ahli PAS Puchong untuk menjaga parti ini walau apapun yang berlaku.
Beliau mengungkap kenyataan ini ketika pembentangan kertas kerja yang bertajuk Fiqh Ikhtilaf selepas pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Idris Ahmad bertajuk Tarbiyah di era Pakatan Rakyat di dalam Ijtimak Tarbawi PAS Puchong di kompleks 3C, Subang Jaya.
Pembentangan beliau berkisar mengenai adab-adab menangani masalah perselisihan pendapat dikalangan ahli yang mana PAS Puchong tidak terkecuali mengalaminya.
Beliau menegaskan bahawa pentingnya ahli memahami konsep ikhtilaf di dalam jemaah kerana jika tersilap ia akan membawa keretakan dan perpecahan parti.
Ijtmak Tarbawi ini ditutup dengan ketua Urusan Ulamak, Ustaz Hayazi membacakan Resolusi Ijitmak kali ini.
Pemuda Puchong dan seluruh kepimpinan PAS Puchong turut serta dalam demonstrasi aman bantah kenaikan tarif Air di Masjid Negara, Kuala Lumpur Semalam.
Menurut laporan harakahdaily lebih kurang 15 ribu rakyat bersama-sama turun menyatakan bantahan mereka. Polis bersama FRU serta ditambah dengan tenaga bantuan dari PGA menghidangkan para peserta-peserta bantahan itu dengan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Polis juga menahan lebih kurang 50 peserta bantahan ini. NKP Dewan Pumuda juga beserta seorang lagi Pemuda juga turut ditahan dikawasan masjid. Namun dalam jam 6.12 petang itu juga mereka dibebaskan setelah ditahan dan diambil keterangan di Markas Briged Polis PGA, Cheras.
Tahniah bagi semua ahli PAS Puchong yang turun dan tahniah juga pada Jabatan Amal Puchong yang bertugas mengawal keselamatan.

Tanggal 27 Oktober yang lalu, jam 11malam, seramai 15 orang pemuda puchong telah melibatkan diri dalam gerak kerja Pilihanraya Kecil Dun Galas. Perjalanan menyelusuri lebuhraya karak dan seterusnya melalui bentong, raub dan kuala lipis sebelum tiba di bandar baru gua musang kira-kira jam 6.30 pagi.
Sebelum itu, semua petugas telah berhenti untuk solat subuh di markaz pas merapoh. Pada pagi 28 Oktober, petugas pemuda puchong telah memulakan gerak kerja pilihanraya yang telah disediakan oleh JPN Pemuda Selangor seperti yang dijadualkan.
Sedang melipat risalah
Bersama dengan sahabat daripada pemuda hulu selangor
Kaunter Semakan Daftar Pemilih berhampiran Markaz Penerangan Pilihanraya
'SB' yang berlagak pandai
Sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk setempat
Kontinjen Puchong...Takbir!!! Allahuakbar..
Program Ijtimak Tarbawi ini telah berlangsung pada 1-3 Oktober 2010 dengan jayanya di Masjid Rusila, Marang , Terengganu. Ia telah dihadiri lebih lima ribu pemuda-pemuda PAS seluruh Malaysia.
Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]
Merasmikan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan kali Pertama
di Masjid Rusila Marang Terengganu Darul Iman .
Sohibus Samahah Tuan Guru Mursyidul Aam PAS memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang cukup mengesan di jiwa
Saf kepimpinan yang diiktiraf sebagai Murabbi kepada anak - anak muda yang menyertai Jamaah Islam ini . [ Tuan Guru Hj Abdul Hadi , Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim , Tuan Guru Hj Yahya Othman dan al Ustaz Abu Bakar Chik
Majlis Menadah kitab. Tafsir Surah Al-Hujurat
Saudara KP sama-sama hadir menadah kitab yang disampaikan oleh Tuan Guru.
Murabi Ust. Yahya Osman sedang menyampaikan taujihadnya.
Merakamkan kenangan di hadapan Masjid Rusila
Benar sekali apa yang dipesan oleh Ust Nasrudin Tantawi sebelum Ijtimak agar hadhir dengan segala pengorbanan nescaya kita akan merasai kemanisannya. Lantaran menuai hasil dari keringat dan penat lelah sendiri . Susah sukar ditempoh dengan semangat untuk hadir ke Ijtimak ini sekaligus memantapkan Amal Tarbawi kita.
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.
Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.
Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru
Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.
Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.
Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.
Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di China.
Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.
Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan)
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.
"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.
Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar bagi rakyat Kelantan.
"Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak zaman muda lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat. Semoga jasanya berkhidmat di Galas, untuk rakyat Kelantan dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya akan seperti tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang menziarahi allahyarham di hosiptal berkenaan.
Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.






























