Ketaksuban Melayu dan Permuafakatan Melayu

Tertarik untuk kita berkongsi membaca artikel berikut yang ditulis pada hari yang sama 15 April 08.

Artikel dari Utusan Malaysia - Kepentingan Melayu: Pas, PKR sedia muafakat dengan UMNO
Artikel dari Harakahdaily - Permuafakatan Melayu penting, perpaduan kaum tetap agenda utama

Tiada siapa yang boleh menafikan hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara sejak sekian lama. Cuma yang dikhuatirkan perlaksaan agenda atas nama hak dan kepentingan Melayu seringkali di ambil kesempatan. Contoh terbesar , Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara, semula tidak langsung mencapai golongan sasaran, iaitu bumiputera. Bukan setakat tak sampai ke BUMIputera, malah MELAYputera pun tak sampai, yang sampai hanyalah UMNOputera.

Jadi, setiap kenyataan dan langkah untuk duduk semeja dengan UMNO haruslah sangat berhati-hati ibarat "menarik rambut di tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak".

Ya, siapa yang sanggup melihat bangsa Melayu merempat di tempat sendiri, tapi bukan kah itu yang terjadi selama 50 tahun UMNO/BN memerintah negara? Seperti kata Tuan Guru Presiden, sudah sampai masanya penyatuan orang Melayu di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan bukan lagi UMNO dan BN!

2 ulasan

Assalamualaikum

Tahniah dan syabas kepada Tuan Moderator yang rajin.

Teruskan berjuang, kerana masa enta banyak di pejabat tu.

Salam Ust Omar,

Masih dalam fasa merangkak.Mohon sumbangan daripada semua.

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini