Salam. Laporan awal...
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan baginda Rasul Sallallahualaihi wasallam. Seperti mana yang telah dirancang, perhimpunan (demo) aman telah pun dilangsungkan sejurus selepas solat jumaat sebentar tadi. Ia ada bertujuan untuk menyedarkan rakyat bahaya kerajaan BN sangat tidak cakna nasib rakyat bawahan yang selama ini memang sudah lama tertindas, kini dibebankan lagi dengan kesengsaraan kos sara hidup yang tinggi.

Di pengerusikan oleh Sdr Rosharizan (Yeop), Demonstrasi Aman ini mendapat perhatian daripada ramai warga jemaah yang bersolat di masjid berkenaan. Berbekalkan PA sistem yang kuat (PA di van Abg Harun), rata-rata hadirin disekeliling memberi tumpuan kepada perkumpulan aktivitis parti yang hanya berhadapan dengan pintu masuk majid As Salam.
Dewan Pemuda juga mengambil kesempatan berhimpun berkenaan untuk sama-sama mengangkat dan menunjukkan poster-poster kartun dan tag line yang menzahirkan ketidak puasan hati terhadap keputusan kerajaan BN yang Maha Zalim. Selain itu, risalah maklumat mengenai perbandingan harga minyak serta pengeluaran minyak mentah turut diedarkan kepada para peserta himpunan aman berkenaan.

3 orang juru cakap mengambil giliran masing-masing untuk menyampaikan ucapan. Dimulakan dengan Ketua Pemuda DPPK Puchong, kemudian di ikuti oleh TYDP Hj Ramli dan di akhiri oleh Cikgu Ahmad Izam. Walaupun terdapat juga beberapa pihak keselamatan yang hadir dan cuba menganggu perjalanan himpunan berkenaan, namun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pimpinan yang turut kelihatan hadir pada program sebentar tadi adalah seperti KUU Ust Soffiean dan Ketua Penerangan Kawasan Ust Yusof dan tidak ketinggalan Pen SU Kawasan , Abg Mail.
Alhamdulillah, setelah dinasihatkan oleh pihak keselamatan agar berhenti, majlis ditamatkan dengan peringatan tentang Himpunan 1 juta rakyat PROTES yang bakal dilangsungkan di PJ pada 6 Julai 2008 nanti. Majlis kemudian ditutup dengan laungan takbir yang bergema menggegarkan perkarangan masjid As Salam. Selesai bersurai, majoriti daripada pimpinan Pemuda serta Cikgu Ahmad Izham bersama-sama makan tengah hari di Ani Sup Utara dalam keadaan suasana penuh berhemah.

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan baginda Rasul Sallallahualaihi wasallam. Seperti mana yang telah dirancang, perhimpunan (demo) aman telah pun dilangsungkan sejurus selepas solat jumaat sebentar tadi. Ia ada bertujuan untuk menyedarkan rakyat bahaya kerajaan BN sangat tidak cakna nasib rakyat bawahan yang selama ini memang sudah lama tertindas, kini dibebankan lagi dengan kesengsaraan kos sara hidup yang tinggi.

Dewan Pemuda juga mengambil kesempatan berhimpun berkenaan untuk sama-sama mengangkat dan menunjukkan poster-poster kartun dan tag line yang menzahirkan ketidak puasan hati terhadap keputusan kerajaan BN yang Maha Zalim. Selain itu, risalah maklumat mengenai perbandingan harga minyak serta pengeluaran minyak mentah turut diedarkan kepada para peserta himpunan aman berkenaan.

3 orang juru cakap mengambil giliran masing-masing untuk menyampaikan ucapan. Dimulakan dengan Ketua Pemuda DPPK Puchong, kemudian di ikuti oleh TYDP Hj Ramli dan di akhiri oleh Cikgu Ahmad Izam. Walaupun terdapat juga beberapa pihak keselamatan yang hadir dan cuba menganggu perjalanan himpunan berkenaan, namun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pimpinan yang turut kelihatan hadir pada program sebentar tadi adalah seperti KUU Ust Soffiean dan Ketua Penerangan Kawasan Ust Yusof dan tidak ketinggalan Pen SU Kawasan , Abg Mail.
Alhamdulillah, setelah dinasihatkan oleh pihak keselamatan agar berhenti, majlis ditamatkan dengan peringatan tentang Himpunan 1 juta rakyat PROTES yang bakal dilangsungkan di PJ pada 6 Julai 2008 nanti. Majlis kemudian ditutup dengan laungan takbir yang bergema menggegarkan perkarangan masjid As Salam. Selesai bersurai, majoriti daripada pimpinan Pemuda serta Cikgu Ahmad Izham bersama-sama makan tengah hari di Ani Sup Utara dalam keadaan suasana penuh berhemah.

Beberapa SMS juga diterima daripada sahabat-sahabat di kawasan lain yang turut menganjurkan perhimpunan aman di tempat masing-masing.
Program ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong yang diarahkan secara khusus oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Sekian , melaporkan.
wassalam
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PUCHONG

Alhamdulillah, pada hari Ahad 15 Jun yang lalu, muktamar DPPNS telah selamat berlangsung. Dengan julung julung kalinya, kehadiran perasmi merupakan dari Pimpinan tertinggi Pemuda , YB Sallehuddin Ayub , Ketua Pemuda DPP Pusat.
Delegasi Puchong yang hadir berlebihan, sehinggakan ada yang terpaksa mendaftarkan diri sekadar mencari pemerhati dan bukannya perwakilan. Begitulah mungkin, kesungguhan dan komitmen Pemuda terutama untuk komited menjadi sayap dalam menggendung beban serta pemeriksa kira-kira kepada kerajaan semasa era pasca kemenangan.
Muktamar ini juga julung kali diadakan di Dewan yang besar, selesa dan di tempat yang elit. Diadakan di sebuah Dewan Bukit Jelutung , di Bukit Jelutung Shah Alam, bukan lah satu tempat yang biasa. Alhamdulillah, suasana muktamar kali ini agak berlainan nadanya, barangkali inilah muktamar pertama DPPNS selepas era kemenangan.
Pelbagai isu dibincangkan oleh para perwakilan. Tapi yang lebih menarik adalah jaminan YB KP Pusat dalam membawa suara Pemuda Negeri ke perhatian Pimpinan Tertinggi Parti.
Jika hendak dihurai ucapan beliau, maka panjang lebar lah jadinya. Tapi apa yang dapat disimpulkan adalah, DPPNS seharusnya menjadi tulang belakang dan check and balance kepada kerajaan campuran di Selangor.

Natijah daripada perbahasan muktamar ini, DPPNS antaranya telah lantang untuk menegur perkara yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Penerusan majlis atau program hiburan yang lebih cenderung membawa kemungkaran mungkin menjadi salah satu daripada perhatian hangat para perwakilan dan DPPNS. Justeru, satu memorandum keras telah dihantar kepada kerajaan negeri untuk menzahirkan perkara ini.
Tahniah DPPNS !
Tidak ketinggalan, semasa muktamar ini berlangsung, beberapa anugerah telah pun disampaikan kepada beberapa kawasan atas pencapian masing-masing.
Dalam majlis berkenaan, PASTI Kawasan Puchong telah dinobatkan Anugerah Pengurusan PASTI terbaik bagi tahun 2007/2008! Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pengurusan PASTI Kawasan Puchong yang telah lama bertungkus lumus membetulkan pengurusan PASTI-PASTI di kawasan Puchong sehingga dapat merangkul anugerah pencapaian Pengurusan PASTI terbaik peringkat Negeri Selangor !
Delegasi Puchong yang hadir berlebihan, sehinggakan ada yang terpaksa mendaftarkan diri sekadar mencari pemerhati dan bukannya perwakilan. Begitulah mungkin, kesungguhan dan komitmen Pemuda terutama untuk komited menjadi sayap dalam menggendung beban serta pemeriksa kira-kira kepada kerajaan semasa era pasca kemenangan.
Muktamar ini juga julung kali diadakan di Dewan yang besar, selesa dan di tempat yang elit. Diadakan di sebuah Dewan Bukit Jelutung , di Bukit Jelutung Shah Alam, bukan lah satu tempat yang biasa. Alhamdulillah, suasana muktamar kali ini agak berlainan nadanya, barangkali inilah muktamar pertama DPPNS selepas era kemenangan.
Pelbagai isu dibincangkan oleh para perwakilan. Tapi yang lebih menarik adalah jaminan YB KP Pusat dalam membawa suara Pemuda Negeri ke perhatian Pimpinan Tertinggi Parti.
Jika hendak dihurai ucapan beliau, maka panjang lebar lah jadinya. Tapi apa yang dapat disimpulkan adalah, DPPNS seharusnya menjadi tulang belakang dan check and balance kepada kerajaan campuran di Selangor.

Tahniah DPPNS !
Tidak ketinggalan, semasa muktamar ini berlangsung, beberapa anugerah telah pun disampaikan kepada beberapa kawasan atas pencapian masing-masing.
Dalam majlis berkenaan, PASTI Kawasan Puchong telah dinobatkan Anugerah Pengurusan PASTI terbaik bagi tahun 2007/2008! Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pengurusan PASTI Kawasan Puchong yang telah lama bertungkus lumus membetulkan pengurusan PASTI-PASTI di kawasan Puchong sehingga dapat merangkul anugerah pencapaian Pengurusan PASTI terbaik peringkat Negeri Selangor !
Assalamualaikum warahmatullah
Hebahan untuk orang ramai khususnya di sekitar Selangor,Di sini kami ingin maklumkan , satu Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor bagi tahun 2008 akan diakan pada hujung minggu ini. Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2008 ini adalah anjuran bersama dua tuan rumah iaitu Jawatankuasa PASTI Kawasan Serdang dan Jawatankuasa PASTI Kawasan Puchong.
Maklumat lanjut berkaitan dengan program berkenaan adalah seperti berikut:
Tempat : Kompleks Sukan Bangi Seksyen 15 Bangi
Tarikh : 15/06/08
Masa : 8 pagi - 1 tengah hari
Hari : Ahad
Perasmi : YB Dr Syafie Abu Bakar [ADUN Bangi]
Antara acara yang akan dipertandingkan adalah Futsal (bagi pelajar lelaki) dan Bola jaring (bagi pelajar perempuan). Hampir keseluruhan PASTI kawasan di negeri Selangor akan menghantar peserta bagi Futsal dan Bola jaring.
Dianggarkan seramai 440 orang pelajar PASTI seluruh Selangor akan berkumpul di Kompleks Sukan Bangi Seksyen 15 bagi menyertai acara yang dipertandingkan. Guru pengiring dan Pengurus pasukan juga turut hadir dan dianggarkan seramai 66 orang. Para ibubapa pelajar PASTI juga dijangka hadir bagi memberikan sokongan kepada putera puteri mereka.
Orang ramai khususnya di negeri Selangor adalah dijemput bagi memeriahkan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2008 ini. Untuk sewaan tapak gerai, boleh terus hubungi Sdr Syaari di talian 013-665 6607 atau Sdr Tengku di talian 017-308 9561.
Mohon dihebahkan tentang program ini.
Dari Jawatankuasa Pesta PASTI Negeri Selangor 2008