Alhamdulillah, petang tadi saya telah ke Pejabat ADUN Kinrara di Tmn Kinrara, Puchong. Satu cek bernilai RM 2,500 diserahkan oleh kerani pejabat YB , ditulis atas nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar Raihan. Dalam hati saya berkata, Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang membuka hati YB berkenaan untuk memanjangkan permohonan kami sehingga mendapat sumbangan yang sangat bernilai ini.
Rentetannya sebelum Raya lagi , kami yang dalam proses nak set up sebuah PASTI baru di bandar kinrara sedang pening untuk mencari duit pembiyaan awal. Kos nya bukan murah , mahu nak mencecah RM 15,000. Mesyuarat demi mesyuarat terkeluarlah cadangan untuk memohon bantuan para YB PAS, EXCO PAS, YB Melayu Islam (PKR) ,serta beberapa orang Ahli Majlis agar sama-sama dapat membantu dalam mengeluarkan sedikit sumbangan (tidak kira dari dana mana pun), bagi membantu menubuhkan PASTI ini.
Namun, hari demi hari, tiada sebarang respon diterima daripada berpuluh pucuk surat yang dihantar. Harapan menggunung kami pada awalnya, mengharapkan era kemenangan ini memberikan sedikit advantage kepada gerak kerja Islam ini, semacam semakin terkubur hari demi hari. Tidak harapkan sangat pun, sebab sebelum ini memang tak pernah berpeluang mengecapi era kemenangan, tapi mesyuarat akar umbi, ahli cawangan ajk pasti seoalah olah mahu mencuba nasib, mencuit air yang tenang, mana tahu nasib menyebelahi kami. Tapi hampa, biarlah tidak ada cek ataupun wang tunai, panggilan telefon menyatakan usaha membantu tidak langsung diterima. Pasrah .....
Mesyuarat seterusnya, mencadangkan agar, kita pula mencuba nasib memohon bantuan daripada seorang YB yang pernah ditahan ISA baru baru ini. YB yang dikatakan mengkhianati bangsa melayu, menghina Islam menerusi tulisan jawi. Sampaikan sehingga surat memohon sumbangan sedang didrafkan, YB tersebut betul-betul sedang dalam tahanan ISA. Namun, atas keputusan mesyuarat yang telah dicapai, surat berkenaan dihantar juga ke Pejabat EXCO tersebut di Shah Alam.
Beberapa hari selepas surat berkenaan di POS, saya menerima panggilan telefon daripada Pejabat EXCO berkenaan. Diberitahu, pejabat beliau telahpun menerima surat permohonan kami, dan akan diforwardkan kepada YB untuk pertimbangan beliau. Dan keesokkan harinya, dapat lagi panggilan telefon dari pejabat berkenaan, memberitahu peruntukan sebanyak RM 2,500 daripada pejabat dearah telah diluluskan. Disebabkan tempoh berkenaan terlalu hampir dengan hari raya, maka cek hanya akan dapat disediakan lebih kurang 2 minggu selepas raya.
Pada mulanya, saya sendiri skeptikal untuk menerima berita ini. Maklumlah, tidak pernah dalam anganan untuk mendapat derma bagi penubuhan PASTI sedemikian rupa. Ditambah pula dengan pengalaman dengan ketiadaan respon daripada YB parti sendiri, EXCO parti sendiri , dan YB bangsa sendiri. Ah, mungkin helah dan drama semata mata panggilan tadi.... itu kata hati. Tidak mahu membesarkan perkara ini keperingkat PASTI kawasan, cukuplah sekadar diminitkan dalam jawatankuasa PASTI cawangan sahaja.
Namun hari ini, setelah cek berada di depan mata, baru lah kita percaya. Pengerusi PASTI Kawasan dihubungi yang terawal untuk melaporkan perkembangan ini.
Iyalah, orang yang dituduh pengkhianat bangsa Melayu, pembenci agama Islam ini juga yang simpati menghulurkan bantuan kepada PASTI !
Semakin banyak persoalan timbul di fikiran ini :
1) Macam mana kerajaan negeri Perak (yang EXCO melayu Islamnya minoriti) boleh mengagihkan bonus/duit raya kepada Cikgu cikgu PASTI di seluruh negeri Perak ? Kenapa sukar sangat di Selangor ini ?
2) Macam mana kerajaan Perak boleh anugerahkan tanah kepada sekolah agama rakyat bagi membantu kewangan SAR tersebut supaya boleh lebih berdikari ?
3) Apakah yang sebenarnya kita dapat daripada kemenangan di negeri kita ini ? Tidak ada apa kah yang dapat membantu melicinkan gerak kerja islam di negeri kita ini ?
Maaf, sangat banyak lagi persoalan yang timbul dari diri ini.
Bukan memerlukan jawapan dan bidasan, hanya memohon petunjuk hakiki, mana yang lebih menguntungkan Islam.
Insya Allah, Pemuda tidak akan berpeluk tubuh. Pemuda tidak akan berdiam diri. Pemuda tidak akan membiarkan amanah rakyat dikhianati.
Pemuda memimpin Reformasi ke arah Pentadbiran lebih baik kerana Allah Taala.
p/s : Terima kasih YB !
Terima Kasih YB !
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.
15 November 2008 pada 1:12 PG
saudara perlu faham, pakatan rakyat perak diketuai oleh pas, berbeza di selangor, pkr...apalah pkr nk pandang pasti kite...
dan tak perlulah mkondem hanya kerna yb2 kiter x bg respon...
& perlu berhati2 dgn sumbangan yg diberikan...ini dunia politik. apapun tahniah menerima sumbagan..&teruskn perjuangan mdidik anak2 Islam....
29 Disember 2008 pada 4:37 PTG
sama la mcm guru2 KAFA di selangor ni... lambat buat keputusan dan sampai skrg ni masih lagi mcm guru sandaran ka sek keb. malah mungkin lagi rendah level dari guru sandaran. tak ada apa2 kemudahan. tgk penang, negeri pertama umum naik gaji guru kafa, diikuti kedah. kedah naikkan gaji guru kafa setaraf dengan pegawai SSM. apa la susah sangat selangor ni. negeri kaya. ni la padahnya kalau MB org korporat, exco agama pun org korporat. padahal exco agama orang kita tu... jgn sampai PRU 13 nanti jadi undi protes kat PR pulak.