Pasrah bukan mengalah

Keadaan politik di Perak sememangnya menjadi buah mulut dikalangan semua orang yang cintakan keamanan dan demokrasi. Titik permulaan penting 8 Mac 2008 menjadi satu mercu tanda bahawa demokrasi raja berpelembagaan masih segar di bumi tercinta ini.

Namun, segalanya kibi serba bertentangan dengan apa yang terjadi hampir 10 bulan yang lalu. Segalanya menjadi sebaliknya, lantaran beberapa tindakan yang kadangkala sudah diagak tidak pernah memberi ruang kepada keadilan dan keluruhan pelembagaan pegangan mereka sendiri.

Pelbagai golongan tampil memberi pendapat. Ada yang timbul dengan amarah,ada yang keluar dengan kekecewaan, ada juga yang lahir dengan harapan.

Yang marah berdemonstrasi , yang kecewa sibuk mencari silap siapa, yang berharap menantikan episod mendatang yang semakin mendebarkan.

Kata-kata yang sesuai tatkala ini, bukanlah sebenarnya menuding jari , namun tidak juga mendesak agar cepat mengundur diri.Biarlah mahkamah memutuskan keputusannya, maka itulah detik menentukan jatuh tumbangnya.

Bagi yang lebih skeptikal, semua diajak untuk melihat gambaran yang lebih besar. "They win the battle, but we are going to win the war." Sesungguhnya, rakyat tentunya akan bangkit pada masa akan datang dengan memberikan mandat yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat untuk menjadikannya lebih stabil.

Situasi ini juga merupakan satu sessi muhasabah kepada hubungan pakatan rakyat dalam menentukan gerak kerja lebih serius pada masa akan datang.

Satu moral yang sangat penting untuk akan datang adalah, mencari calon pemimpin rakyat yang bermoral dan bermaruah tinggi, bukannya lembu murahan yang boleh dicucuk hidung ke sana ke sini.

Mungkin pengajaran besar, di Kelatan pada 2004-2008 di mana majoriti satu kerusi dapat dikekalkan sepanjang 4 tahun, biarpun berguni jutaan ringgit, maruah dan amanah menjadi junjungan.

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini