Pada sessi 2009/2011,Jabatan Amal Puchong merupakan salah satu daripada entiti yang diberi perhatian khusus oleh kepimpinan Pemuda Kawasan Puchong. Jabatan Amal diletakkan khusus dibawah pemantaun Ketua Pemuda , Sdr Rosharizan (Yeop) menunjukkan keseriusan tentang peri pentingnya Unit Amal dalam gerak kerja pemuda kawasan.
Alhamdulillah, pada sessi ini, Jabatan Amal diketuai oleh Sdr Mohd Nazree. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dikenalpasti untuk direncanakan. Secara asasnya, Unit Amal Puchong telah pun memulakan sessi latihan untuk membentuk unit yang dedikasi khusus kepada gerak kerja Unit Amal.
Dalam pada itu juga, Unit Amal Puchong juga telah dikerahkan untuk menjalankan tugas-tugas keselamatan (Unit Amal dan UKEP) di sepanjang perjalanan Muktamar Pemuda Pusat di Taman Melewar dan Muktamar Agong PAS Pusat di Stadium Melawati Shah Alam, bersama-sama dengan Unit Amal Kawasan yang lain.
Untuk sessi latihan kawad dan perbarisan , latihan pertama telah diadakan pada hari Ahad, 25/05/2009 bertempat di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Kg. Seri Aman, Puchong. Latihan dijalankan daripada jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Alhamdulillah, penyertaan pertama adalah seramai 16 orang.
Manakala, latihan kedua pula telah diadakan pada hari Sabtu, 13/05/2009 pada masa dan tempat yang sama. Penyertaan pada kali ini pula adalah seramai 9 orang.
Latihan kawad Unit Amal Puchong ini telah di beri tunjuk ajar oleh PW1(B) Ismail Sharkawi.
Berikut adalah sedikit lakaran perjalanan sessi latihan yang telah dijalankan.

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?
Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.
Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.
Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).
Dunia Islam kehilangan seorang lagi permata berharga
Sabtu, 13 Jun 2009 dunia Islam sayu dikhabarkan dengan perginya seorang tokoh ulama' professional yang bergiat aktif dalam perjuangan melalui gerakan Islam. Rata-rata buku wajibnya "Apa ertinya aku menganut agama Islam" (buku hijau) menjadi teks wajib bagi usrah-usrah jemaah peringkat asas.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin salafussoleh.
Al-Fatihah

Alhamdulillah , pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong telahpun selesai menghantar wakil pemerhati ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat . Muktamar yang kali ini diadakan di Markaz Taman Melewar berlangsung dengan baik.
Antara yang menarik , adalah penyamapaian Anugerah kepada PASTI Negeri , di mana PASTI Negeri Selangor sekali lagi dinobatkan sebagai PASTI Negeri Terbaik Peringkat Pusat.Sebelum daripada itu, PASTI Kawasan Puchong telah dinobatkan sebagai PASTI Kawasan Terbaik dalam Negeri Selangor. Berita lanjut boleh layari DI SINI.
Disebelah malam tadi pula, Jabatan Unit Amal Puchong juga telah menghantar petugas untuk membantu kerja-kerja keselamatan di sekitar stadium Puchong dan menjadi UKEP bagi VIP semasa muktamar ini berlangsung.
Semoga segala yang diatur dan dirancang dirahmati Allah Taala. Berikut adalah sedikit rakaman sekitara suasana Muktamar pada tahun ini.

Muktamar Tahunan PAS kali ke 55 bakal berlangsung hujung minggu ini. Ia dimulakan dengan Muktamar bagi Dewan-Dewan yang bakal dimulakan pada malam esok.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong dengan ini ingin mengambil ruang dan kesempatan ini :
1) Mengalu-alukan kedatangan Para Pimpinan , Perwakilan , Pemerhati dan seluruh pelusuk dalam negara mahupun dari wakil antarabangsa ke negeri kami tercinta, Selangor Darul Ehsan yang menjadi tuan rumah muktamar yang penuh sejarah pada kali ini.
2) Mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perkawilan dan pemerhati.
3) Mengucapkan yang terbaik bagi perwakilan yang akan membuat keputusan menentukan pemilihan kepimpinan parti bagi mendepani gerakan yang lebih mencabar.
4) Mengharapkan agar usul-usul dan aktiviti setahun yang lalu dibahaskan dengan baik dan memberi natijah kearah penambahbaikan jemaah dan parti Islam yang kita cintai.
Sekali lagi , Selamat Bermuktamar ... Siiru A'la Barakatillah ....
Kepada :
- Perwakilan dan Pemerhati Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat
- Perwakilan dan Pemerhati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat
- Perwakilan dan Pemerhati Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat
- Perwakilan dan Pemerhati Muktamar Penuh PAS Pusat