Alhamdulillah , pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong telahpun selesai menghantar wakil pemerhati ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat . Muktamar yang kali ini diadakan di Markaz Taman Melewar berlangsung dengan baik.
Antara yang menarik , adalah penyamapaian Anugerah kepada PASTI Negeri , di mana PASTI Negeri Selangor sekali lagi dinobatkan sebagai PASTI Negeri Terbaik Peringkat Pusat.Sebelum daripada itu, PASTI Kawasan Puchong telah dinobatkan sebagai PASTI Kawasan Terbaik dalam Negeri Selangor. Berita lanjut boleh layari DI SINI.
Disebelah malam tadi pula, Jabatan Unit Amal Puchong juga telah menghantar petugas untuk membantu kerja-kerja keselamatan di sekitar stadium Puchong dan menjadi UKEP bagi VIP semasa muktamar ini berlangsung.
Semoga segala yang diatur dan dirancang dirahmati Allah Taala. Berikut adalah sedikit rakaman sekitara suasana Muktamar pada tahun ini.
Suasana Sekitar Muktamar Pemuda Pusat
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.








0 ulasan