Edaran Bubur Lambuk Pemuda Puchong

(Ust Ashrul sempat beramah mesra dengan senyuman sepanjang mengedarkan bubur lambuk)

(Ketua Pemuda tidak menang tangan menyampaikan sumbangan pada orang ramai)

(Unit Amal puchong antara tunggak menggerakkan aktiviti tahunan DPPKP)

(Lokasi pengedaran dipintu masuk Pasar Ramadhan dpn OTK , Puchong Permai)

(Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dijadikan sasaran sumbangan disamping edaran risalah dakwah yang lebih diutamakan)

6 SEP - Puchong Permai, satu majlis edaran bubur lambuk dan risalah dakwah ramadhan telah pun berjaya diadakan. Program edaran bubur lambuk ini sememangnya merupakan program tahunan Lajnah Penerangan DPPKP buat tahun ke-4 berturut-turut.

Alhamdulillah,sambutan daripada masyarakat yang semenangnya menunggu-nunggu kehadiran daripada rombongan sukarelawan DPPKP membuatkan pihak kami semakin semangat. Bubur lambuk yang diisi didalam bekas lebih kurang 200 bekas hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk habis diedarkan.

Kelainan pada tahun ini, selain daripada bubur lambuk,risalah , pihak DPPKP juga turut mengedarkan beberapa keping CD dan kaset ceramah sebagai bahan penerangan. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap CD dan kaset ceramah berkenaan , ia hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk habis.

Untuk seterusnya, program edaran bubur lambuk siri-2 untuk tahun ini akan diadakan pada 13 September 2009 , di Pasar Ramadhan Taman Seri Serdang. Semoga, usaha-usaha untuk mendekati masyarakat disamping memberi penerangan-penerangan melalui risalah dan kaset serta CD di bulan yang mulia ini, mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Ilahi.

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini