PUCHONG INDAH,20 Okt- Antara beberapa pesanan penting yang dilontarkan kepada hadirin semasa sesi Ceramah pada Majlis Makan Malam Perdana DPP Puchong adalah :
KP Ust Din Tantawi :
1) Mengingatkan bahawa segala sumbangan yang diberikan kepada jalan agama dan jalan dakwah dan jalan perjuangan , akan diberikan ganjaran 7 X 10 X 10 = 700 kali ganjaran !
2) Puak UMNO kini telah mula mengikut rentak yang dititip oleh PAS di mana slogan-slogan dan istilah-istilah yang diguna pakai oleh PAS telah pun di "hijack " (dengan izin). Antaranya "UMNO For All" , Wehdatul Fiqr (Kesatuan Fikiran) ,Wehdatul Qalb (Kesatuan Hati) ,Wehdatul Hadaf (Kesatuan Matlamat).
Peringatan yang diberikan merupakan nasihat penting dimana istilah-istilah ini , yang satu masa dahulu Zaman 90an di kampus-kampus, usrah-usrah kampus disuburkan dengan teks-teks bacaan daripada tokok-tokoh jemaah harakah islamiyah yang tersohor , Syed Qutb , Fathi Yakan , Syed A'la Almaududi dll, kini semakin hilang dari perbincangan semasa.
Wacana tentang "Road to Putrajaya" , Mehnah dan Cabaran semasa Pemerintahan dan lain-lain semakin mengambil tempat. Walaubagaimanapun, KP mengingatkan , tak salah membincangkan topik-topik tersebut,namun perkara-perkara asal dan fundamental dalam jemaah tidak boleh ditinggalkan. Mesti dihidupkan semula perbincangan dan silibus yang 'back to basic' - melalui teks-teks,buku yang ditinggalkan khazanah daripada tokoh gerakan Islam tersohor.
3) Tuntutan pengorbanan untuk turun ke medan sebenar amat-amat dituntut , memandangkan pelbagai cabaran dek konspirasi jahat pihak yang berkuasa dan mengusai pihak yang berkuasa. Justeru, pemuda Puchong khususnya disaran meningkatkan kesedaran dan kefahaman,bahawa setiap kali medan sebenar dibuka gelanggang, maka tenaga muda perlu dikerah semaksimum mungkin.
Yang Penting , al Jihad itu lebih jauh mulia dan baik daripada Provokasi dan Keganasan yang sangat al Jahat!
Naib Presiden - YB Salahuddin
1) Mengingatkan bahawa , gaya hidup sebagai pimpinan tidak perlu berubah walaupun di masa kita susah ataus senang. Ingatlah, golongan muda,golongan remaja akan sentiasa mendampingi PAS selagi mana pimpinan mengamalkan kehidupan sederhana dan tidak berlebih lebihan.
2) Meneruskan budaya mendampingi masyarakat dan ahli bawahan. Pimpinan semestinya turun ke padang dan semestinya mendekati golongan veteren dalam parti. Juga mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah sesama ahli dan menguatkan silaturrahim dikalangan masyarakat.
3) Menyatakan Pakatan Rakyat akan tetap kuat dan terus akan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang datang. Tidak ada masalah-masalah yang berlaku, cuma cabaran-cabaran yang perlu diatasi. Kekalahan Bagan Pinang akan dijadikan 'lesson learnt' dalam proses bangkit menentang kezaliman pihak yang berkonspirasi melakukan apa saja untuk menang.
p/s : gambar-gambar program akan dilampirkan dalam posting akan datang
Pesanan daripada Pimpinan sempena Makan Malam Perdana DPP Puchong
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.
0 ulasan