Assalamualaikum.
Keputusan Mesyuarat Khas megantikan EGM kepada Seminar Khas menerangkan tentang isu-isu semasa telah kita ketahui. Kita yang mengelarkan diri kita pejuang dan pendokong jemaah perlu berlapang dada menghormati dan menerima keputusan dengan redha.
Disaat PAS diasak dan diserang dari pelbagai arah. Kita sendirilah bersama-sama wajib mempertahankan jemaah ini dan jaganlah kita terdiri dari golongan yang menjadi api dalam sekam dan duri dalam daging.
Janganlah kita melayan pihak-pihak yang membawa berita yang belum tahu kebenarannya, lalu di sebarkan dalam bentuk penulisan , blog atau media.
Firman Allah S.W.T
“ Wahai orang-orang yang beriman,apabila datang
Seorang fasiq kepada kamu membawa berita,
periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan
kamu menghukum sesuatu kaum dalam
keadaan jahil (terhadap apa yang benar),
lantas kamu menyesal atas apa yang
telah kamu lakukan."
(Surah Al-Hujurat 49: 6)
Sebarang masalah yang di hadapi kita salurkan melalui mesyuarah di peringat cawangan, dewan ulama,pemuda atau muslimat seterusnya peringkat kawasan dan negeri. Kita yakin di situ ada keberkatannya
Dewan Pemuda PAS Puchong dengan tegasnya meminta semua pihak agar menghormati keputusan mesyuarat khas tersebut.
TKH
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Puchong.
Hormati Keputusan Mesyurat Khas
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.
0 ulasan