Bila gadaian maruah itu bernilai RM150

Begitulah lumrah dunia ini. Menerbitkan sokongan dan menarik dokongan berdasarkan berapa jumlah RM yang dikeluarkan ataupun disalurkan. Maka , pihak yang satu lagi ,berlumba untuk menarik tali , juga turut menggunakan duit , menarik pasukan seberang , menjadi ahli dokongan dan ahli pengisytiharan mereka.

Nah , sana-sini sama saja , apa beza , serpihan kembali ke kuah , mana lagi ?

Pelik tapi benar , murah sangatkah maruah umat serumpun hingga boleh dibeli dengan RM150? Percaya atau tidak , terpulanglah ...

Tak apa , biarlah mereka pihak itu dan pihak ini hanyut dan karam dengan labu-labu RM mereka.

Kita eratkan ukhuwwah , pertingkatkan azam, kuatkan tekad dan komitmen serta teruskan istiqamah. Ternyata mahar kita , syurga yang terlalu mahal nilainya untuk digadaikan. Warisan kita berantai hingga ke perjuangan Nabi.

Gasaklah , biar lah kita disekat , kita dipermainkan , rakyat dan Tuhan kepada sekalian rakyat tentunya , pastinya lebih berhak menentukan nasib musibah kepada golongan zalim dan menzalimi ! Tak kemana , tanpa keberkatan , tak kemana tanpa bantuan , tak kemana tanpa perhitungan akhirat !

Politik semata kuasa membawa binasa , biarlah ... biarlah ... biarlah ... ambil lah , ambil lah , ambil lah ... sekat lah , sekat lah .....

Ternyata Tuhan itu Maha Agong , Maha Kuasa .... hari ini dizalimi golongan penjunjung panji-panji Tuhan , nah ... nantikan natijah balasan yang bakal menimpa .....

Kita sama-sama saksikan .... dengan penuh keinsafan ... bahawa betapa ketamakan , kebodohan , kerasukan politikus bertopeng serambi , sebenarnya tak tumpah pengkhianat bangsa , duri dalam sekam.

1 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini