Alhamdulillah, pada 6/2/2010 yang lalu Dewan Pemuda Pas Puchong bersama-sama melalui inisiatif lajnah perpaduan nasional pas puchong yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Puchong, telah menjayakan satu misi mengedarkan kad ucapan selamat tahun baru cina di sekitar kawasan pasar pagi cina, Pusat Bandar Puchong. Program tersebut juga disertai oleh Pas cawangan pusat bandar puchong, dewan muslimat dan juga nisa' puchong. selain itu, ahli majlis pas juga iaitu Sdr Sapiyan Md Din juga turut sama-sama menyertai.
Program mengedarkan kad ucapan tersebut telah diketuai oleh Ust Hayazi Omar, Ketua cawangan pas pusat bandar puchong. Program tersebut bermula pada jam 8.10 pagi dan berakhir sekitar jam 9.00pagi.
Ternyata sambutan masyarakat cina terhadap pas amat baik sekali, begitu ramah dah mesra. mereka sama sekali teruja dengan pemberian kad ucapan tersebut malah merasa gembira kerana pas menyantuni mereka dan menghormati budaya mereka.
Semoga motto PAS FOR ALL dapat dijayakan sepenuhnya. TAKBIR !!!
Selamat Tahun Baru Cina 2010
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.
0 ulasan