Mangsa Lemas dapat perhatian Penyelia Dun Sri Serdang dan PAS Puchong.
Bantuan disampaikan bersama oleh Saudara Roshazrizan (kiri sekali). Ustaz Mohd Soffien( kedua kiri), dan Ketua muslimat Puan Noorhanim dan ajk muslimat kepada kelurga mangsa lemas.
Pada 19 Februari yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang telah menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa remaja yang lemas di lombong Taman Tasik Prima pada Khamis lepas.
Sumbangan tersebut disampaikan bersama oleh Saudara Mohamad Rosharizan Bin Mohd Rozlan selaku Penyelia Dun Pusat Khidmat Maysarakat Dun Sri Serdang merangkap Ketua Pemuda PAS Puchong dan Ustaz Mohd Soffiean Ismail selaku Yang Dipertua PAS Puchong. Mereka menyampaikan bantuan tersebut di rumah keluarga itu yang terletak di perumahan PKNS Kg. Pasir, Puchong. Saf kepimpinan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Puchong juga turut sama dalam ziarah ini.
Mereka amat berasa sedih atas kemalangan yang berlaku. Menurut saudara Rosharizan, Pusat Khidmat akan terus mempergiatkan lagi program-program membantu rakyat yang sememangnya menjadi tugas utama Pusat Khidmat Maysarakat Dun Sri Serdang.
Bagi pihak PAS Puchong pula yang sememangnya prihatin tentang masalah dan kebajikan masyarakat, beriltizam akan terus memberi komitmen dalam program-program kemasyarakatan dan kebajikan.
Puan Asmawati dan suaminya terharu dan berterima kasih atas keperhatinan yang ditunjukkan oleh Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang dan PAS Puchong terhadap musibah yang menimpa mereka.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah Kepada Allahyarham mangsa, Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...-
Al-fatihah...
Antara Pimpinan PAS Puchong dan DPPP yang hadir dalam program ziarah ini
Dewan muslimat juga prihatin terhadap kemalangan yang menimpa keluarga Puan Asmawati
0 ulasan