KERAJAAN SELANGOR PERUNTUKAN 10 JUTA UNTUK ELAK KERJA DI PREMIS ARAK


Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif,. menurut exco pembangunan usahawan.


“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.
“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.
“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya.

Mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.


0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini