Isnin, 24hb Januari 2011, Pemuda PAS Puchong telah turun berjumpa peniaga-peniaga dan orang ramai yang berkunjung di pasar malam Puchong indah untuk mengedarkan risalah kenaikan harga barang dan penerangan tentang isu arak.
Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pemuda, Saudara Yeop diiringi ajk-ajk Pemuda Puchong dan Jabatan Amal Puchong. Banyak permasalahan yang dapat didengar dan dikongsi dari peniaga-peniaga. Segala permasalahan ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan.
Orang ramai juga memberi respon yang positif tentang larangan bekerja oleh pekerja beragama islam di premis yang menjual arak. Kerajaan negeri Selangor turut memberi peruntukan 10 juta dalam bentuk latihan kemahiran dan modal perniagaan bagi yang terlibat.
PEMUDA PAS PUCHONG TURUN PADANG BERJUMPA PENIAGA DAN ORANG RAMAI DI PUCHONG INDAH
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.










0 ulasan