Blog ini mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja tak kira agama,bangsa dan negara. Itu lah konsep diperjuangkan oleh "PAS for ALL" selama ini.
Dan hari ni , dengan konsep itu jugalah , "tetamu istimewa" blog ini telah melawat dan melakar/mencoret blog ini dengan tulisan-tulisan yang penuh sopan dan adab.
Buat "tetamu istimewa" ini , kami Dewan Pemuda PAS Puchong mengalu-alukan kehadiran kalian , dan kami akan sentiasa teguh dan istiqamah melawan mungkar dan budaya fitnah adu domba yang tidak ade nilai keadaban yang diperjuangkan kalian , sehingga Islam tertegak jua satu hari nanti.
Kehadiran kalian bukan sahaja tidak mampu mempengaruhi pengunjung blog ini , malah akan menguatkan lagi semangat dan azam kami anak mudah untuk melawat "Thagut" perjuangan kalian. Inilah unggkapan Ketua Pemuda kami , kerana Rintangan , Mehnah , Tohmahan , Adu Domba, Cacian pihak kalian , merupakan sunnatullah (ketatapan) yang Allah Taala telah sediakan untuk pihak kami. Terima kasih kerana membantu menguatkan kesungguhan kami , keazaman kami serta keyakikan kami , bahawa janji Allah Taala itu benar dan makin hampir !
Dilampirkan di bawah ini , segala komen-komen kalian , yang berselindung disebalik nama-nama samaran , seolah seorang pondan dan bachul , membaling batu menyorok tangan. Namun , teruskan lah usaha kalian , kerana dengan usaha ini lah kalian mendapat rezeki untuk makan minum diri , anak dan isteri . Semoga usaha "murni" kalian ini , mendapat rezeki yang berkat , dan kehidupan kalian , anak isteri akan diberkati dan dirahmati Allah Taala.
Komen-komen cybertroopers , boleh dilihat dalam ruangan komen bagi setiap posting-posting terakhir di blog ini.
Peringatan kepada semua :
Hadis Abu Hurairah r.a:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 89
Blog Pemuda Puchong diserang Cybertroopers Budak Suruhan UMNO
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.




0 ulasan