Desperado .........
Tindakan desperado , pihak-pihak yang sudah tidak kenal hal haram , semakin berleluasa.
Sebaran Video Lucah disebar meluas , dan Dewan Pemuda PAS Puchong juga telah dihantar salinan video lucah tersebut.
Mesyuarat tergempar diadakan oleh DPP dan keputusan sebulat suara untuk membuat laporan Polis atas tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.
(Ketua Pemuda dan Dewan Harian DPP Puchong di Balai Polis)
Laporan sedang dibuat atas tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab.
Sebaran video lucah jugak berleluasa di program-program keagaaman , melampau !
Rujuk link di bawah :






26 Mei 2011 pada 9:46 PG
Arak: Ustaz Taib Azamuddin Pukul Anak Sindir Menantu
Ahli Parlimen Baling merangkap AJK Pas Pusat yang tewas dua kali beturut-turut dalam pertandingan merebut jawatan dalam Pas di Baling membuat kenyataan dua hari lepas mengatakan Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam kerana menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia.
Ada beberapa perkara yang menyumbang ke arah itu.
Pertama, kelab-kelab malam yang semakin bertambah selepas pertukaran kerajaan di beberapa negeri tertentu. Contohnya , dulu di Shah Alam tidak ada pub dan tidak dibenarkan menjual arak di kedai serbaneka. Sejak 3 tahun kebelakangan ini sudah wujud pub di Shah Alam. Arak juga dibenarkan dijual di kedai serbaneka. Apabila dirampas , exco minta dipulangkan balik.
Di tempat-tempat lain tidak perlu saya huraikan lanjut kerana semua orang telah tahu kewujudan pusat-pusat hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di negeri Selangor sejak 3 tahun lepas. Itu belum dikira di P.Pinang lagi.
Kedua, tindakan seorang ahli parlimen Pas di Selangor (Khalid Samad) melawat kilang arak di Shah Alam dan menawarkan tanah yang lebih besar kepada kilang berkenaan untuk menambahkan lagi pengeluarannya menunjukkan Pas tiada masalah dengan arak dan boleh menggalakkan lagi orang ramai terus bergelumang dengan arak termasuklah ahli-ahli Pas sendiri.
Ketiga, apabila Pas bertukar menjadi Pas For All ianya turut menyumbang kepada peningkatan peminum arak. Dulu Pas hanya didominasi oleh orang-orang Islam sahaja, sekarang pula Pas tarik penganut-penganut agama lain untuk bersama mereka kerana cita-cita politik. Untuk menjaga penganut-penganut agama lain supaya tidak lari dari Pas , maka Pas harus menunjukkan mereka bersikap terbuka. Untuk menunjukkan Pas bersikap terbuka , maka Pas sendiri pun turut menjamu arak kepada orang-orang mereka yang bukan beragama Islam. Perkara ini berlaku semasa PRK Dun Galas tahun lepas. Itu baru di Galas, belum lagi di PRK tempat-tempat lain. Lihat di sini
Keempat , dulu pemimpin Pas pernah berjanji kalau mereka dapat memerintah Selangor, malam ini bentuk kerajaan esok pagi sebelum ayam berkokok mereka akan tutup kilang arak di Shah Alam. Sekarang ayam yang berkokok itu dah 3 tahun disembelih, kita dah makan dan sudah pun masuk ke loji Indah Water, tetapi kilang arak masih di situ, malah ada pemimpin Pas yang menawarkan kepada mereka tanah yang lebih besar untuk meningkatkan operasi.
Akibat dari kegagalan menunaikan janji itulah rakyat melihat Pas tiada masalah dengan arak dan mendorong mereka untuk meminum arak. Bagi penyokong-penyokong totok Pas yang percaya Nik Aziz atau ulama-ulama Pas adalah penentu dosa pahala atau syurga neraka seseorang mereka merasakan tidak ada masalah dengan arak apabila pemimpin-pemimpin mereka juga tidak mununjukkan sikap memusuhi arak. Malah Nik Aziz sendiri pernah menghadiri satu majlis di restoran cina yang dipenuhi dengan hidangan arak semasa PRK Kuala Trengganu pada awal 2009. Maka mereka merasakan tiada masalah dengan arak kerana tok guru tiada masalah, mungkin mereka mencuba-cuba untuk meminumnya, lama-kelamaan mereka ketagih.
Kesimpulannya apa yang diperkatakan Ustaz Taib Azamuddin bukannya dituju kepada kerajaan BN. Ianya lebih kepada pukul anak sindir menantu. Janganlah kita memarahi Ustaz Taib. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan umur
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/05/arak-ustaz-taib-azamuddin-pukul-anak.html
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/05/arak-ustaz-taib-azamuddin-pukul-anak.html
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/05/arak-ustaz-taib-azamuddin-pukul-anak.html