Peperiksaan Setara , PASTI Kawasan Puchong 2011 di Masjid As Salam



PUCHONG PERDANA 3 Nov. - Alhamdulillah , segala puji bagi Allah , pagi tadi telah berlangsung sesi Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong 2011 di Dewan Kuliah Masjid As Salam.

Semua PASTI di dalam Kawasan Puchong sebanyak 12 buah telah mengambil penyertaan menghantar 2 orang pelajar bagi setiap tahap. Jumlah keseluruhan pelajar adalah 48 orang.
  
Tahniah kepada PASTI Ar Raihan , yang telah mendapat tempat pertama utk tahap 6 tahun dan kepada PASTI Firdaus , yang telah mendapat tempat pertama utk tahap 5 tahun.

Kedua-dua pelajar tersebut seterusnya akan mewakili PASTI Kawasan Puchong ke peringkat Peperiksaan Setara PASTI negeri pada 12 November nanti. pihak MGP akan berhubung dengan guru berkenaan untuk mendapatkan biodata lengkap pelajar tersebut bagi di hantar ke negeri.

Kepada semua guru-guru dan tenaga pelajar , diucapkan tahniah kerana kita hampir menutup tirai sesi pembelajaran bagi tahun 2011. Kekalkan momentum dan kualiti pendidikan dan perguruan , InsyaAllah kita akan mencapai kejayaan yang dicita-citakan.


Pihak PASTI Kawasan Puchong , mewakili Dewan Pemuda PAS Puchong ingin mengambil kesempatan bagi merakamkan jutaan penghargaan kepada Tuan Nazir Masjid As Salam , kerana telah memberi peluang menggunakan kemudahan dewan kuliah Masjid As Salam bagi tujuan peperiksaan anak-anak PASTI yang terbaik ini.

Mudah-mudahan , hubungan baik antara pihak Masjid As Salam dan DPP Puchong ini , akan terus berkekalan dan diperkuhuh untuk manfaat bersama.

Dalam perkembangan lain , Insya Allah , untuk maklumat awal juga , pada 2012 akan ada 2 buah pasti baru tambahan daripada 12 PASTI yg ade sekarang. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Program PASTI Kawasan terdekat adalam Majlis Kecemerlangan PASTI 2011 Peringkat Puchong pada 13 November kelak , InsyaAllah.

Wassalam

Mohd Fadzli Kadir
Pengerusi PASTI Kawasan Puchong

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini