
Akhirnya admin pemudabatu.com berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. Sila lihat betul-betul dan camkan.
Namanya Herry. Duduk berhampiran dengan kawasan kejadian.
Baru berusia dalam 22-23 tahun.Masih budak lagi. Pernah bekerja sebagai polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. Abang dia pula org kuat kepada Ketua Pemuda UMNO Gombak, megat zulkarnain omardin.
Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.
Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. Sebarkan perkara ini! biar satu Malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya! -pemudabatu.com

VIDEO : http://www.facebook.com/video/video.php?v=514304415257269

Jabatan Peguam Negara beku saman AES
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.
Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.
“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.
” Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut.
“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.
“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya.
Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.
Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.
Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.
“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menuntut JPJ memulangkan semula bayaran oleh pesalah trafik yang dikenakan saman kamera AES selepas membawa kes tersebut ke mahkamah.
Ahli parlimen Pokok Sena itu mendakwa agensi kerajaan tersebut menghentikan sementara penguatkuasaan kamera perangkap laju tersebut ekoran langkah semalam apabila menarik balik saman tersebut ke atas mereka yang dihadapkan ke mahkamah. -TMI

Bagaimana perasaan pelajar2 ini apabila rakan sebelah yang selama menjadi teman seperjuangan di dalam kelas tiba-tiba harini sudah tiada.
Yang ada hanya tanda AS-SYAHID...
Sudah tentu situasi ini tidak akan dapat di negara kita. Semoga Allah swt terus memberi kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang mempertahankan bumi Ambia Palestin.
Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.
Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.
“Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui.Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN,” tegasnya kepada Keadilan Daily.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.
“Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda,” jelas Mahfuz.
Beliau membandingkan sebut harga lebih murah dibeli pihak berkuasa Amerika Syarikat, iaitu di Montana USD 4,995 (RM15,292.59) dan Idaho USD5,057.44 (RM15,483.84) bagi seunit kamera Laser Trucam.
Manakala bagi kamera Laser Digicam yang dibeli pihak berkuasa Delaware berharga USD 6,378 (RM19,526.88).
“Kenapa perbezaan harga begitu ketara? Kita faham kalau jenama tak sama. Tapi tak masuk akal kalau begitu jauh,” katanya. -KD
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di atas kelulusan pemberian pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, kerajaan negeri juga turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengutamakan kebajikan rakyat Selangor terutamanya bagi menghadapi hari lebaran adalah satu tindakan yang murni dan menunjukkan pengiktirafan kerajaan negeri di atas segala khidmat yang telah diberikan oleh seluruh kakitangan awam negeri Selangor.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin RM20 juta yang dibelanjakan untuk proses pemberian bonus ini adalah hasil daripada kecekapan dan kehebatan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengurus tadbir ekonomi negeri Selangor dengan baik berbanding semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dahulu. Inilah yang dikatakan kerajaan yang berkebajikan dan prihatin rakyat, punyai sumber kewangan yang kukuh dan mampu untuk membantu rakyat berbeza dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional di peringkat pusat yang suka membuat janji manis dan pengumuman yang nampak menarik tetapi penuh dengan kepalsuan dan akhirnya akan menambah koleksi hutang negara.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan awam negeri Selangor yang telah memberikan khidmat yang cemerlang untuk mempastikan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor menjadi bertambah baik dan berkualiti. Semoga dengan pemberian bonus ini sedikit sebanyak akan menceriakan sambutan hari lebaran seluruh kakitangan awam negeri Selangor.
MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
Kisah seorang ahli umno yang kecewa dengan perjuangan partinya yang dirasa gagal mempertahankan diri dan perniagaannya... Kesian hamba Allah ni.
Kalau kita melibatkan diri dalam sesuatu perjuangan hanya semata-mata untuk mengukuhkan periuk nasi, menambah harta, membanyakkan harta benda dunia...maka sesuailah umno tempatnya.. Kalau dunia yang kita kejar, maka dunialah yang kita dapat. Kalau isi dunia itu yang kita tak dapat, maka kita akan rasa kecewa sekecewa-cewanya.... Umno menjadi bahan cacian lepas dilihat gagal membantunya. Kesian umno sebab ada ahli macam ni.
Sebab itu berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas... Islam sentiasa dijadikan matlamat. Walau apa juga keadaan, ahli sentiasa ditarbiyyah supaya buru akhirat, hidup mulia atau mati syahid. Pesan dan amanat Almarhum Presiden, Ust Fadhil Noor :
Raja boleh dikritik, kata bekas mufti
KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.
Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai.
Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.
Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.
Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.
“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan.
Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.
Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.
“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter nya, @realDrMAZA.
Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.
Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.
“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.
Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.
Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.
“Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.
Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik.
“Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri.
Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar.
Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional.
“Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” lapor The Star.
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mekanisme yang berkesan jika bercadang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, Pakatan Rakyat bimbang undi pos mereka di luar negara turut dimanipulasi seperti yang berlaku kepada undi pos tentera dalam negara.
Katanya, Pakatan Rakyat sebelum ini memang mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan bagi memberi peluang warga negara Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka.
"Kalau nak jalankan undi pos di luar negara, prosedur mesti telus. Kita bantah undi pos di Malaysia pun sebab tak telus dan dimanipulasi dan memang ada pendedahan dah dibuat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman SPR bahawa mereka sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang yang membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usul itu akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang September ini.
Namun katanya, rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
Hatta berkata, Pakatan juga pernah mencadangkan perkara itu dan tidak mahu sebarang syarat dikenakan warga negara di luar untuk mengundi secara pos.
"PAS juga memandang perkara ini satu perkembangan positif dan kita amat bersetuju bahawa warga negara Malaysia yang berada di luar negara juga diberikan hak mereka untuk menyertai pilihan raya dan memilih kerajaan yang mereka sukai.
"Dalam PSC Pakatan menyokong penuh hasrat ini satu perkembanagn baru dalam sistem pilihan raya kita malah mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan tanpa meletakkan sebarang syarat.
"Kita mengatakan bahawa dengan suasana komunikasi dan media hari ini rakyat di luar negara lebih mengetahui perkembangan Malaysia daripada sebahagian rakyat Malaysia sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Tak perlu pinda undang-undang baru Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk meminda Akta Pilihan Raya sebaliknya beliau berkata, SPR hanya perlu meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. katanya, SPR hanya perlu menambahkan peruntukan dalam peraturan sedia ada bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum ke-13.
"SPR tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya, sebaliknya mereka perlu meminda peraturan-peraturan untuk pendaftar pemilih dan pengundian pos.
“SPR hanya perlu memasukkan kategori ke dalam peraturan tersebut untuk membolehkan mereka mengundi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Anthony juga menyifatkan pindaan akta itu sebagai membazir masa kerana mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan. "SPR membazir masa jika mahu meminda akta.
Peruntukan sudah ada, SPR hanya perlu memberikan tafsiran jelas terhadap pengundi pos dan mekanismenya sahaja," katanya.
PKR telah mendedahkan satu dokumen (lihat lampiran di bawah) yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.
Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.
Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.
Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.
Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan. -mk
Jawatankuasa Perolehan Menteri
Kewangan Telah Menganugerahkan Tender Kepada George Kent Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012).
JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:
1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,
2. Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah,
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan
4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.
Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama. Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.
Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.
Saya mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:
1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?
2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan
3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?
Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.
Apakah pertimbangan sebenar Dato’ Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?
Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah?
Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?
Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato’ Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.
Pun begitu, saya percaya Dato’ Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.
Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato’ Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 JULAI 2012
gr1eenboc
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kena sedar bahawa generasi muda tidak boleh dibodoh dan digula-gulakan begitu sahaja, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
“Zaman untuk membodohkan rakyat sudah berlalu. Sekarang bukan zaman Perdana Menteri tahun 70-an, tetapi zaman millenium baru yang sarat dengan maklumat sepantas kilat,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib meminta generasi muda perlu dilatih supaya mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam, supaya persepsi yang terdapat menerusi internet dan media sosial tidak mengganggu mereka di dalam membuat keputusan.
Katanya, ucapan Najib menandakan keresahan beliau kepada generasi muda yang tidak lagi bergantung kepada media yang dikongkong oleh BN yang sarat dengan provokasi dan fitnah.
Idris berkata, macam mana generasi muda hendak mendengar nasihat daripada seorang pemimpin yang tidak mempunyai daya intelektual untuk berhujah.
Ini, katanya kerana cabaran untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak disambut sedangkan ia adalah medan percambahan fikiran, merupakan pendekatan baru yang perlu diambil untuk menguji kematangan dan tahap intelektual.
“Generasi muda yang ada ialah mereka yang bermaklumat, tidak boleh dikongkong oleh mana-mana pihak. Mereka akan berfikir, kalau dah hebat sangat kenapa tidak sanggup untuk berdebat,” katanya.
Oleh itu, ujar beliau Najib jangan marah jika generasi muda tidak bersama dengan Umno, kerana mereka menilai berdasarkan ilmu dan fakta.
Soalnya, macam mana Najib hendak memaksa generasi muda menolak laporan internet dan media sosial di zaman langit terbuka. “Menjadi tanda tanya kepada mereka apakah laporan yang dikeluarkan oleh internet itu palsu. Jika laporan itu palsu kenapa mereka tidak ambil tindakan undang-undang,” ujarnya lagi.
Idris menambah, generasi celik maklumat tidak boleh menerima ketika mereka terpaksa memerah tenaga untuk mendapat kerja, sedangkan kroni Umno mendapat peluang dengan begitu mudah.
“Apakah ini satu persepsi, fitnah atau laporan palsu yang disiarkan oleh media sosial, yang mereka tidak dapat daripada media lama?” tanya Idris.
Contohnya, kata beliau laporan melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta, projek NFC kepada suami Shahrizat sebanyak RM250 juta, Raja Farhana anak Raja Nong Chik dianugerah projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor sebanyak RM30.8 juta, Ikhwan anak Jamaludin Jarjis mendapat projek Pusat Kawalan Trafik Udara Subang bernilai RM128.4 juta.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan fitnah mendakwa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen dalam PRU ke 13 nanti.
Bagi DPPM, penyiaran berita seperti adalah berniat jahat bagi menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat.
DPPM menganggap Utusan Malaysia adalah akhbar paling tidak beretika di negara ini kerana sanggup menyiarkan berita pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.
Dasar ‘ampu’ atau bodek keterlaluan Utusan Malaysia terhadap pemerintah menjadikannya hilang integriti sehingga sanggup menyiarkan apa sahaja berita memburukkan Pakatan Rakyat meskipun ia layak ‘dibakulsampahkan’ untuk menyenangkan pihak tertentu.
DPPM hairan dari mana Utusan Malaysia mendapat khabar angin seperti ini. Maklumat mereka seperti terperinci lebih dari pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang hadir dalam mesyuarat tertutup.
Seolah-olah, mereka mempunyai maklumat penuh setiap pergerakan dan hasil keputusan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat, walhal maklumat yang disiarkan itu hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata.
DPPM ingin menegaskan, bahawa DAP hanya bertanding tidak lebih dari 60 buah kerusi Parlimen daripada keseluruhannya 222 buah, atau lebih tepat lagi 40 buah kerusi Parlimen di negara ini.
Kerusi-kerusi inilah yang mempunyai majoriti pengundi Cina di negara ini. Bagaimana mungkin DAP boleh bertanding di kerusi majoriti Melayu selebihnya?
Sudah tentu fakta yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia jauh bercanggah dari kebenarannya.
Justeru, DPPM meminta Ketua Pengarang, kumpulan editor dan pihak berkepentingan dalam Utusan Malaysia agar segera insaf dari terus melakukan pembohongan.
Rakyat semakin benci dengan penipuan yang tidak bermaruah dan politik fitnah seperti ini.
Zaman ini rakyat semakin celik maklumat dan cerdik dalam menilai sesuatu.
Rakyat tidak sesekali terpengaruh dengan dakyah liar yang ditaburkan bagi mengabui pemikiran mereka. Jangan sampai Utusan Malaysia menjadi bankrap disebabkan etika pemberitaan yang jahat dan jangan sampai pula Umno BN kalah teruk dalam PRU ke-13 disebabkan penolakan rakyat terhadap mereka ekoran berita mengarut seperti ini!
Riduan ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Jangan celik mata terus cari makan. Itu bagaikan haiwan.
Bangun pagi, kita harus ada fitrah Islam – celik mata sahaja ingat pada Allah.
Orang beriman celik mata, sembah Allah dulu.
Sebab apa? Sebab 8 jam tidur kita, kita tak pernah ingat pada Allah.
Jadi bila celik mata, kita mesti ingat pada Allah semula dengan ambil wuduk dan sembahyang.
Serahkan segalanya pada Allah – dan ingat Allah selalu.
Senyum.
:::Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man:::
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar sikap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang mengugut isteri mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Nunurheni Onim supaya menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai 2012. Nunurheni Onim membuat laporan polis ekoran kejadian suaminya, Radzali Kassan dipukul polis semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting.
DPPM merasa kesal kerana PDRM sanggup menjadi ‘kuda tunggangan’sesetengah pihak yang tidak senang berita mengenai siksaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa ISA di ketahui ramai. Ugutan terhadap isteri mangsa ISA menunjukkan PDRM telah menyalahgunakan kuasa untuk menakut-nakutkan rakyat yang tidak berdosa bagi mencari keadilan. PDRM nampaknya lebih gemar membuli rakyat yang kerdil dan tidak bermaya daripada mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Apakah ini bidang tugas yang diberikan oleh kerajaan kepada PDRM selama ini?
Dalam pada itu, DPPM menganggap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai insan ‘talam dua muka’ apabila enggan membebaskan tahanan ISA meskipun telah mengumumkan memansuhkan akta tersebut beberapa bulan lalu. Sehingga ke hari ini, masih ramai lagi tahanan yang merengkok dalam ISA bahkan mereka diseksa dengan seksaan yang tidak berperikemanusiaan. DPPM hairan, bagaimana ada insan ‘tidak berhati perut’ bernama Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Huseein yang sanggup melihat tahanan ISA melancarkan mogok lapar. Bagi mereka, tiada dosa jika membiarkan mangsa ISA mati kelaparan dalam tahanan serta diseksa dengan pelbagai seksaan yang tidak terperi sakitnya.
DPPM merasa kagum dengan kegigihan dan semangat juang yang dipamerkan oleh tahanan ISA. Meskipun tahanan telah melancarkan mogok lapar selama 15 hari dan menghentikannya, namun perjuangan mereka tetap mekar bagi pencinta keadilan di negara ini. DPPM mengharapkan semoga tahanan terus berdoa supaya kezaliman diruntuhkan dan keadilan akan segera tertegak dalam negara ini. Kerajaan BN sesungguhnya telah gagal memenuhi janji mereka memansuhkan ISA dan membebaskan semua mangsa di dalamnya, malah tiada riak sedikitpun mereka untuk membebaskan mangsa dalam masa terdekat.
DPPM menjanjikan komitmen perjuangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanannya serta merta sebaik mendapat mandat selepas PRU ke 13. Hanya kemenangan PR mampu menutup terus Kem Kamunting yang telah meragut kebebasan beribu bekas penghuninya!
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR akan meneruskan kelangsungan momentum Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang telah disemarakkan di seluruh negara bermula daripada negeri Kedah pada 1 Jun 2012 yang lalu dan kini akan sampai ke negeri yang bersempadan dengan Putrajaya iaitu Selangor pada 15 Julai 2012, Ahad bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam di Stadium Kuala Selangor.
Pelbagai aktiviti dan agenda menarik telah disediakan oleh pihak penganjur untuk “Menghijaukan Selangor” dan mempastikan objektif program akan mencapai matlamat serta maksud sebenar penganjuran program.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor selaku pendokong utama terhadap penganjuran program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya akan bergandingan dengan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor untuk menunaikan amanah program yang telah diamanahkan oleh Urusetia Induk program iaitu penganjuran program Xpresi Anak Muda yang mendokong dan menyokong aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Diantara program-program yang akan diadakan untuk Xpresi Anak Muda antara lain bermula jam 4.00 petang akan diadakan perarakan konvoi motosikal daripada 22 kawasan di dalam negeri Selangor yang berjumlah hampir 600 buah motosikal ke tapak program iaitu di Stadium Kuala Selangor. Program konvoi tersebut adalah di bawah seliaan Department of Arts, Culture & Sports (DACS) dan Alternative Riding Club (ARC). 2 NGO Belia yang aktif di dalam bidang permotoran di dalam negeri Selangor.
Seterusnya anak-anak muda belia akan dapat berinteraksi dan berekspresi dengan beberapa orang artis selebriti tempatan yang akan turut bersama-sama di dalam program tersebut seperti Bob Lokman, pelakon dan pelawak terkenal tanahair, Hairie Othman, pelakon filem “Leftenan Adnan”, Ali XPDC, Yatt Hamzah dan beberapa orang selebriti lagi. Selain itu akan ada kejutan ‘bakat seni terpendam’ daripada pimpinan pemuda dan muslimat negeri Selangor di dalam program tersebut.
Antara lain majlis akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Belia untuk pelbagai bidang kepada anak belia Selangor yang telah memberikan jasa dan mengharumkan nama Selangor.
Pidato daripada Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga akan turut ‘memanaskan’ program selain kehadiran beberapa orang lagi pimpinan Pemuda Pusat dijangka akan memeriahkan dan menyerikan majlis tersebut.
Kemuncak untuk acara Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, Pertahan Selangor Menuju Putrajaya adalah Munajat Perdana yang akan dikepalai oleh pimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dan diakhiri dengan Ceramah Umum oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, YB Dr Abdul Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mantan Menteri Persekutuan dan beberapa orang pimpinan lain.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menjemput kepada seluruh warga belia dan anak-anak muda di dalam negeri Selangor ini untuk hadir beramai-ramai ke program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, Pertahankan Selangor Menuju Putrajaya.
Semoga dengan kehadiran yang ramai akan lebih memeriahkan program yang dianjurkan selain memberikan ‘signal’ kepada Umno dan Barisan Nasional bahawa anak muda dan belia Selangor akan tetap kukuh mempertahankan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.
USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
9 Julai 2012
Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).
PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.
Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.
Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang."Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.
"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.
Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya."Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.
Koordinator negeri Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah berkata banyak isu-isu mengenai negeri Terengganu tidak dijawab oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) antaranya isu royalti petroleum dan isu bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu.
(Gambar: Raja Kamarul Bahrin pada sidang media, semalam).
Menurutnya, debat di antara kedua pihak pembangkang dan kerajaan adalah medan yang terbaik bagi rakyat mengetahui penjelasan dari kedua-dua belah pihak tentang isu terbabit.
Katanya debat atau dialog merupakan ciri-ciri demokrasi yang sihat di mana Malaysia sebagai negara yang semakin matang patut mendokong perbahasan dan kebebasan bersuara.
“Tuan Haji Wahid telah meminta Datuk Seri Ahmad Said (untuk) berdebat atau dialog terbuka sepaya isu semasa dapat dibincangkan dan diberi penjelasan di khalayak supaya orang ramai lebih memahami isu yang menjad kemusykilan.
“Ini adalah salah satu ciri demokrasi yang sihat, Malaysia negara yang bertambah matang patut mendukunginya (dengan) kebebasan untuk bercakap (dan) kebebasan melapor oleh pihak media apa jua yang berlaku,” ujarnya.
Menurut beliau, antaranya isu penting yang boleh dibincangkan dalam debat tersebut adalah royalti dan hasil petroleum kepada negeri Terengganu dan isu bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu.
Katanya, baru-baru ini tuntutan mahkamah ke atas lima peratus hasil royalti minyak yang buat oleh kerajaan Terengganu telah ditarik balik dan menimbulkan persoalan dari orang ramai.
“Tuntutan mahkamah yang dibuat untuk menuntut balik 5% royalti minyak telah ditarik balik, ini kembali kepada persoalan wang ehsan, jadi apakah bahagian (share) pendapatan Terengganu kalau kita bergantung dengan ehsan.
“Ini merupakan pertanyaan rakyat Terengganu, apakah sumbangan (hasil) kepada rakyat Terengganu kalau kita tidak menetapkan peratus (bahagian hasil) Terenganu dalam perjanjian,” soalnya.
Beliau berkata dalam belanjawan 2012, kerajaan negeri telah meletakkan pendapatan negeri sebanyak 95% adalah dari sumber minyak dan gas.
Oleh itu, katanya, sekiranya kerajaan hanya mengharapkan kepada ‘wang ehsan’ bagaimanakah belanjawan tersebut akan dikendalikan.
Selain dari isu royalti, Raja Datuk Kamarul Bahrin berkata, rakyat bertanya tentang isu bumbung stadium yang runtuh yang hanya dibersihkan tetapi belum diperbaiki.
“Rakyat bertanya-tanya apakah masa depan, apakah nasib stadium ini? Kalau dah begitu lama bumbungnya runtuh, telah dibersihkan tetapi bilakah stadium itu dapat digunakan semula.
“Ini juga merupakan isu yang berlarutan (dan) tidak ada pendekatan yang lebih positif untuk memberi kefahaman yang sebaik mungkin kepada rakyat,” jelasnya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Ahad 8 Julai.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM300 juta namun masih bergantung kepada stadium lama yang hanya mempunyai kapasiti sebanyak 20,000 orang.
Peningkatan sukan bolasepak negeri Terengganu adalah baik, namun kata beliau, adalah sayang kerana stadium baru tidak dapat digunakan.
Katanya, hasil kajian juruperunding bebas yang menyiasat kejadian stadium runtuh telah menyatakan semua pihak bersalah, tetapi tidak ada satu pihak pun yang benar-benar bersalah.
Selain, isu-isu terbabit menurutnya, pihak pembangkang dan kerajaan juga boleh menggunakan medan debat tersebut sebagai wadah untuk membentangkan manifesto masing-masing untuk dinilai oleh rakyat pada saat hampir kepada piliharaya umum.
Justeru, beliau berkata Amanah akan menghantar surat jemputan kepada Datuk Seri Ahmad Said dan Mohd Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu. Hrkh
Karikatur yang disiarkan pada 7 Julai yang lepas telah menggambarkan Dr Mohamed Morsi sebagai 'The Sphinx of Morsi' dengan menukarkan wajah Firaun kepada rupa presiden tersebut serta meletakkan simbol bulan sabit pada puncak piramid.
Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman ketika dihubungi menegaskan tindakan yang dilakukan oleh akhbar tersebut adalah satu penghinaan kepada seorang presiden yang telah dipilih oleh rakyat serta menghina Islam. "Tindakan akhbar tersebut menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka malah tidak memandang serius sensitiviti masyarakat Islam seluruh dunia.
"Bagaimana seorang presiden Islam dihina sedemikian dan saya mendesak agar pihak yang bertanggungjawab serta Harian Metro menarik balik karikatur tersebut dan memohon maaf secara terbuka," jelasnya.
Menurutnya lagi, Dr Mohamed Morsi adalah seorang yang menghafal Al Quran namun tindakan menyiarkan karikatur tersebut seolah-olah menyamakan Presiden Mesir itu dengan Firaun.
"Penghinaan ini adalah satu yang amat serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas atas penyiaran tersebut.
"Kita tidak mahu disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menyebabkan Malaysia dipandang serong oleh Mesir dan mungkin akan menyebabkan timbul ketidakpuasan hati rakyat yang telah memilih Dr Mohamed Morsi sebagai presiden mereka," sambung Adun Meru itu lagi.
Sebelum itu, rakyat Mesir menyambut kemenangan Dr Mohammed Morsi dari Parti Muslimin untuk menjadi Presiden Mesir yang baru. Perjuangan demokrasi di Mesir bermula dengan perhimpunan jutaan rakyat di Dataran Tahrir sehingga bekas Presiden Hosni Mubarak yang berkuasa lebih 30 tahun digulingkan.
KUALA LUMPUR:Berikutan fitnah Utusan dan TV3 terhadapnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau dijangka akan memfailkan kes jam 11 pagi esok.
"Sidang media akan diberikan selepas menfailkan saman yang akan diketuai oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Perak itu.
Sebelum ini, Nizar beberapa kali mendakwa Utusan dan TV3 memfitnah beliau berikutan kenyataannya mengenai plat kereta WWW 1.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan Sultan Johor telah mendapat plat nombor itu apabila menang bidaan dengan harga tertinggi iaitu RM520,000.Ekoran itu pelbagai pihak mempertikaikannya termasuk Nizar.
Nizar telah membuat laporan polis (gambar) terhadap TV3 yang menuduh beliau mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520 ribu.
"Ia adalah tidak benar kerana saya tidak pernah sama sekali membuat komen di Twitter saya bahawa 'Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1," kata Nizar, bekas MB Perak itu dalam laporan polisnya. Hrkh
Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam!
Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam.
Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?
Sphinx adalah sebuah patung besar berbentuk separuh manusia, dan separuh singa yang terdapat di Mesir, di Dataran Giza, tepi barat Sungai Nil, sekarang di dekat Kaherah.
Ini adalah satu dari beberapa patung terbesar di dunia yang terbuat dari satu batu utuh, dan dipercayai telah dibangun oleh Mesir Kuno pada milenium ketiga SM .Nama yang digunakan bagi masyarakat Mesir Kuno untuk menyebut patung ini sama sekali tidak diketahui.
Nama "sphinx" yang biasa digunakan diambil dari nama makhluk mitologi Yunani dengan tubuh seekor singa, kepala seorang wanita, dan sayap seekor elang, walaupun patung sphinx Mesir memiliki kepala laki-laki.
Kata "sphinx" berasal dari bahasa Yunani (Sphinx, dari kata kerja sphingo) yang berarti mencekik, karena sphinx dari mitologi Yunani mencekik orang yang tidak dapat menjawab pertanyaan teka-tekinya.
Bagi beberapa orang, dipercayai bahwa nama ini merupakan perubahan kata dari bahasa Mesir kuno Shesep-ankh, sebuah nama yang diberikan kepada patung bangsawan pada Dinasti Keempat.
Pada tulisan-tulisan abad pertengahan, nama balhib dan bilhaw yang menunjuk pada Sphinx dipergunakan, termasuk oleh sejarawan Mesir Maqrizi, yang menyarankan penyusunan bahasa Koptik, tapi istilah Arab-Mesir Abul-Hôl, yang diartikan sebagai "Bapa Teror (Pengganas),"lebih banyak digunakan. -wikipedia
Justeru itu apakah Harian Metro cuba untuk menyatakan bahawa Dr Mursi itu Bapa Pengganas seperti yang pernah didakwa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib satu ketika dulu?greenboc
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.
"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung."(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.
"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.
Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.
MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.
Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. -mkgreenboc
Asal Bukan Najib - Interpretasi Kekecewaan Terhadap Pentadbiran Perdana MenteriSelepas menerbitkan dua buah buku kontroversi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, “Najib PM terakhir” dan “Kesalahan-kesalahan Najib”, penulisnya, Shahbudin Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk “Asalkan Bukan Najib.”
Shahbudin yang berusia awal 40-an itu menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat, terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di negara ini.
Karya terbaru dengan 300 muka surat ini dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih gemar menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”.
“Banyak perkara yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) ... bila sudah semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).
“Malah, banyak lagi perkara saya telah sentuh dalam buku terbaru ini, yang mana mengajak masyarakat Malaysia menukar perdana menteri ... tidak kira daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat (PR), tapi bukan Najib,” jelasnya dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Antara tokoh yang Shahbudin merasakan lebih layak menjawat jawatan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran Umno dan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah, dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
“Mereka ini adalah antara yang paling layak menjawat jawatan perdana menteri. Bukan Najib,” tegasnya lagi.Buku 32 bab ini turut dihasilkan dengan mengambil kira Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi.“Kita sudah tidak perlu tegur Najib, kita perlu tukar. Najib PM yang lemah.
”Menjelaskan keahliannya sebagai bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju, Shahbudin menjelaskan, beliau mendapat berita bahawa kemungkinan tindakan tatatetib akan diambil terhadapnya ekoran penerbitan buku-bukunya itu.
“Saya ada mendengar berita mereka akan memanggil saya untuk menghadap Lembaga Tatatertib dan Disiplin Parti, namun sampai sekarang masih lagi tiada sebarang perkembangan.
“Bagaimanapun, saya masih lagi belum putuskan untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa sekarang,” tambahnya yang melihat ini adalah karya terakhirnya sebelum meninggalkan parti terbesar Melayu itu.Bekas wartawan ini juga menjelaskan,” kalau bebas pun boleh juga, dua-dua pihak saya boleh kritik.
”Dalam buku terbarunya itu lagi, Shahbudin menjelaskan ramai rakyat yang ingin meninggalkan Umno namun terikat dengan rasa “sayang kepada parti” yang mana menghalang mereka daripada meninggalkan parti.
“Mereka rasa terhutang budi kepada Umno, namun ada juga rasa tidak puas hati. Tapi atas sebab “sayang” itu, mereka tetap bersama Umno,” tambahnya lagi.“Tapi kalau Najib tidak pernah nak berubah, tiada sebab kita perlu sokong beliau lagi,” tegasnya.
Antara tajuk utama yang menarik dalam buku ini adalah: Najib sebagai PM paling lemah, Anwar dan Muhyiddin sedang ‘Mengepung’ Najib, Asalkan Bukan Najib, 75 Alasan Najib Patut Ditukar, Bagaimana Umno Nak Berubah Najib Pun Tak Berubah, Surat Tamrin Tun Ghaffar Kepada Najib, Dari Pemimpin Menjadi Penggemis, dan banyak lagi.“Buku ini lahir atas kesedaran kepentingan untuk rakyat dari rakyat,” katanya lagi. -TMI
KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR melahirkan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk mengambil tindakan saman terhadap MCA berhubung dakwaan penyelewengan RM 1 billion untuk menyelamatkan syarikat pembinaan Talam Corporation Sdn. Bhd.
Tindakan ini diambil kerana dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan telah mencemarkan imej Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum daripada itu, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri untuk mengemukakan pembuktian terhadap dakwaan penyelewengan tersebut tetapi masih gagal untuk berbuat demikian.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju supaya tindakan tegas ini di ambil dengan kadar yang segera bagi menjadi iktibar pengajaran kepada pihak MCA, Barisan Nasional dan pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab supaya tidak secara sewenang-wenangnya menabur dan menghamburkan fitnah terhadap Kerajaan negeri semata-mata untuk kelangsungan agenda politik sempit mereka. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat pihak MCA cuba untuk menjadi populis dengan agenda politik fitnah murahan.
MCA yang semakin ditolak oleh pengundi di Selangor di lihat semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat walaupun terpaksa bergantung dengan isu-isu yang kabur dan berunsur fitnah. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan pihak MCA dan Barisan Nasional supaya tidak lagi mencetuskan isu-isu yang berunsur fitnah dan kabur sebaliknya bertukar kepada perubahan politik yang lebih sihat berdasarkan hujjah ilmiah dan pembuktian isu yang sahih.
Janganlah disebabkan kebencian di atas kekalahan di dalam pilihanraya umum lalu maka segala tindakan yang diambil bukan disebabkan keperluan dan kehendak rakyat tetapi semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
Biodata Pof Dr. Muhammad Mursi.
Dr Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam.
Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu.Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran.Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975.
Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.
--------------------------------------------------------------
Dakwah dan PolitikDr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.
Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam.
Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.
--------------------------------------------------------------
Penjara dan PenangkapanDr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya.
Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas.
Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan.Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.
Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.
Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri.Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah.
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.
Selepas kejayaan penganjuran Xpresi Rakyat edisi indoor di Stadium Tertutup Serdang Jaya....
Kepada semua, dijemput hadir ke Program Xpresi Rakyat edisi outdoor,anjuran Dewan Pemuda Pas Puchong dgn kerjasama PKM Dun Seri Serdang & JKP Zon 13.
Tarikh : 24Jun 2012 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Tasik, Puchong Perdana.
Program kali ini akan dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis terkemuka tanahair seperti Pelakon veteren Ust Helmi (PUJ) & Pak Jabit (watak dlm Hantu Kak Limah Balik Rumah). Mereka akan membuat persembahan Sketsa Rakyat.
Turut akan memeriahkan program, bekas penyanyi kumpulan Wings, Mel Wings dan Ali XPDC. Mereka akan membuat persembahan pentas dan juga Talk-Show bersama Sdr Bob KP.
Tajuk Talk-Show dan juga tema keseluruhan kali ini adalah "Dunia Muzik Kita".
Kami menjemput semua warga negara untuk hadir beramai2 bersama keluarga dalam program santai ini.
"


Global Bersih, sayap antarangsa bagi gerakan rakyat Malaysia untuk pilihanraya adil dan bebas, akan mengadakan rali secara serentak di 41 bandaraya di 14 negara seluruh dunia pada 28 April ini.
“Kerajaan Malaysia harus faham bahawa gerakan Bersih tidak akan berhenti sehingga demokrasi yang bermakna dan berterusan dan perubahan pilihanraya terlaksana,” Yolanda Augustin, wakil Global Bersih di Britain berkata dalam satu kenyataan.
Satu kumpulan pendesak, Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN pimpinan PM Najib Razak untuk merubah sistem pilihanraya. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN.
Pengundi hantu, kerakyatan sebagai pertukaran untuk undi, nama yang berulang dan daftar pemilih yang mana SPR enggan membenarkan di periksa secara bebas memaksa Bersih mengumumkan rali ketiganya pada 28 April ini.
Di seluruh negara, rali serentak akan di adakan di semua negeri, manakala di Kuala Lumpur, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan dan rasa tidak ppuas hati terhadap pemerintahan Najib.
Talam dua muka
Malah, Najib bukan sahaja cuba mengelak dari permintaan rakyat untuk perubahan proses pengundian, beliau juga memperkenalkan beberapa undang-undang baru yang beliau dan kerajaan kononnya mendakwa akan memberikan lebih hak asasi dan demokrasi kepada rakyat.
Bagaimanapun, masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, malah NGO terkemuka dunia membidas cakap-cakap talam dua muka dari Umno-BN, dan mendakwa Najib cuba mengurangkan kawalan malah memberi lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis dari sebelumnya.
Masalah lama sejak berdekad yang lalu, rasuah sudah semakin berkembang dan di biarkan saja malah parti Najib secara terbuka mempertahankan pemimpin yang tertangkap menggunakan dana negara.
Kenaikan harga barang, kos sara hidup dan harga hartanah merupakan antara keluhan rakyat Malaysia, dan beberapa siri melepaskan tanggungan untuk ahli perniagaan kroni yang berkait dengan Umno BN. Pendekata, Bersih 3.0 ada atau tidak, rakyat sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan kerajaan.
“Penggerak Bersih 3.0 ialah kuasa rakyat yang berganda di dalam dan juga luar negara, yang mendesak untuk pilihanraya yang bebas dan adil, berpaksikan demokrasi, bebas dari rasuah dan sistem pemilihan yang telus,” kata Global Bersih.
Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Datran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada,Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita.
Rali akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia.
Rali bersejarah
Bersih mengumumkan rali ketiga mereka pada 4 April selepas Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dikuasai penggubal undang-undang Umno BN menolak cadangan perubahan yang di kemukakan oleh jawatankuasa Bersih, yang jika di kemukakan sudah cukup untuk melindungi pengundi.
Pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara A.Samad Ismail menuduh Najib cuba mempercepatkan kajian semula parlimen ‘kosmetik’ supaya pilihanraya dapat dijalankan sebelum perubahan sewajarnya boleh dilaksanakan
Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka.
Tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Mengambil contoh apa yang berlaku di negara Arab pada musim luruh,sumber kebimbangan dan amaran kepada kuasa autoritarian Umno BN di sini, Najib segera melancarkan gerakan tangkapan untuk mengekang rasa kecewa dan tidakpuas hati rakyat Malaysia.
Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini.
Kejayaan Bersih 2.0 akan terus tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya.
Kepimpinan masyarakat sivil
Jelasnya,Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Bersih, kerana perubahan pilihanraya sudah tentu membuka lebih peluang kepada mereka. Tetapi jangan silap, Bersih ialah gerakan masyarakat sivil dan di pimpin aktivis, dan membuat keputusan mereka secara bebas.
Malah, berani menyuarakan pendapat dan mengarahkan hala tuju dalam tangan mereka merupakan de riguer bagi rakyat Malaysia, manakala contoh2 generasi lepas yang hanya patuh dan atakut untuk bersuara hanya di kesali tapi tidak lagi di contohi.
Ini jelas bila di lihat dari cara rakyat menolak pati-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC dalan pilihanraya umum 2008 dimana Anwar dan Pakatan mendapat kuasa di 5 dari 13 negeri. Malah Umno,parti perbesar negara ini, merekodkan keputusan kurang memuaskan.
“Para pelajar tidak perlu takut untuk menunjukkan sokongan bagi pilihanraya bebas dan adi, kerana ia akan memberi perubahan besar kepada keluarga mereka di negara kita,” kata David Teoh,penyelarasn Global Bersih di Melbourne.
Demokrasi berkualiti dan kerajaan yang lebih baik
Malah pada 28 April, satu lagi gerakan rakyat, Himpunan Hijau 3.0 yang memprotes pembinaan loji rawatan sisa bumi di Gebeng, Pahang akan juga di adakan di Kuala Lumpur. Dipimpin oleh pencinta alam yang prihatin tentang risiko radioaktif dan kesannya kepada kesihatan akibat loji Lynas, Himpunan Hijau ialah satu lagi gerakan rakyat yang popular.
Perlu diberi perhatian, satu protes pelajar sedang berlangsung di Dataran Merdeka, para pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara membina khemah, enggan beredar walau di halang keras oleh pihak berkuasa yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka untuk pengajian tinggi percuma.
Pada mulanya, protes itu ialah untuk menentang skim pinjaman pelajar yang didakwa membawa perubahan dan membuat mereka menanggung hutang dari saat mereka mula bekerja. Tidak ada perhatian wajar dan sikap sambil lewa BN dalam menangani keluhan dan desakan untuk dikaji semula oleh badan-badan pelajar dan persatuan menjadikan isu ini satu lagi bom jangka politik untuk kerajaan Najib.
Yang tersirat di sebalik protes pelajar ini ialah satu lagi tanda desakan semakin tinggi untuk demokrasi berkualiti dan pemerintahan lebih baik di negara ini. Seperti Bersih, Himpunan Hijau dan lain lain kebangkitan di mana rakyat terpaksa bertindak kerana sikap tidak acuh dan terlalu berkeras kerajaan. -Malaysia Chronicle