PEMUDA PAS SOKONG TINDAKAN KERAJAAN NEGERI SAMAN MCA

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR melahirkan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk mengambil tindakan saman terhadap MCA berhubung dakwaan penyelewengan RM 1 billion untuk menyelamatkan syarikat pembinaan Talam Corporation Sdn. Bhd.

Tindakan ini diambil kerana dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan telah mencemarkan imej Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum daripada itu, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri untuk mengemukakan pembuktian terhadap dakwaan penyelewengan tersebut tetapi masih gagal untuk berbuat demikian.   

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju supaya tindakan tegas ini di ambil  dengan kadar yang segera bagi menjadi iktibar pengajaran kepada pihak MCA, Barisan Nasional dan pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab supaya tidak secara sewenang-wenangnya menabur dan menghamburkan fitnah terhadap Kerajaan negeri semata-mata untuk kelangsungan agenda politik sempit mereka. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat pihak MCA cuba untuk menjadi populis dengan agenda politik fitnah murahan.

MCA yang semakin ditolak oleh pengundi di Selangor di lihat semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat walaupun terpaksa bergantung dengan isu-isu yang kabur dan berunsur fitnah.  Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan pihak MCA dan Barisan Nasional supaya tidak lagi mencetuskan isu-isu yang berunsur fitnah dan kabur sebaliknya bertukar kepada perubahan politik yang lebih sihat berdasarkan hujjah ilmiah dan pembuktian isu yang sahih.

Janganlah disebabkan kebencian di atas kekalahan di dalam pilihanraya umum lalu maka segala tindakan yang diambil bukan disebabkan keperluan dan kehendak rakyat tetapi semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. 

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini