Mutkamar DPPK Puchong ke 5

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PUCHONG (DPPKP) KALI KELIMA
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung DPPKP akan diadakan seperti butiran berikut :


Tarikh : 12 April 2009 (Ahad)

Tempat : Pejabat DPPK Puchong, Putra Permai

Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Perasmi : Sdr Ahmad Sabky Yusuf , SU DPP Pusat

Perwakilan:
Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan, Setiausaha dan TIGA (3) orang wakil pemuda cawangan. (Senarai perwakilan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha DPPKP selewat-lewatnya 4 April 2009) Jika cawangan tiada jawatankuasa, Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan sahaja yang layak. Borang perwakilan dilampirkan.

Keahlian: Semua perwakilan mesti ahli PAS.

Yuran: Perwakilan RM25.00/ Cawangan
Pemerhati RM5.00 seorang

Usul:
Usul hendaklah dihantar secara bertulis kepada setiausaha selewat-lewatnya Tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung diadakan atau selewat-lewatnya pada 4 April 2009.

Pencalonan:
Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan atau wakil hendaklah menghantar borang pencalonan (dilampirkan) kepada Penolong Setiausaha melalui serah tangan, pos atau e-mail (fadzli_23@yahoo.com) kepada setiausaha selewat-lewatnya pada 4 April 2009.


Sekian, untuk tindakan al-akh selanjutnya.


PEMUDA MEREALISASIKAN IDEALISME PERJUANGAN



Yang menjalankan amanah,




MUHAMMAD ARIF MAHMUD
Setiausaha
Dewan Pemuda Kawasan Puchong

1 ulasan

Terima kasih for the invitation, saya dari pemuda cawangan BK6. Sila layari blog kami
: http://pemudapasbk6.blogspot.com

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini