Unit Amal Puchong - Bergerak Melangkah

Pada sessi 2009/2011,Jabatan Amal Puchong merupakan salah satu daripada entiti yang diberi perhatian khusus oleh kepimpinan Pemuda Kawasan Puchong. Jabatan Amal diletakkan khusus dibawah pemantaun Ketua Pemuda , Sdr Rosharizan (Yeop) menunjukkan keseriusan tentang peri pentingnya Unit Amal dalam gerak kerja pemuda kawasan.

Alhamdulillah, pada sessi ini, Jabatan Amal diketuai oleh Sdr Mohd Nazree. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dikenalpasti untuk direncanakan. Secara asasnya, Unit Amal Puchong telah pun memulakan sessi latihan untuk membentuk unit yang dedikasi khusus kepada gerak kerja Unit Amal.

Dalam pada itu juga, Unit Amal Puchong juga telah dikerahkan untuk menjalankan tugas-tugas keselamatan (Unit Amal dan UKEP) di sepanjang perjalanan Muktamar Pemuda Pusat di Taman Melewar dan Muktamar Agong PAS Pusat di Stadium Melawati Shah Alam, bersama-sama dengan Unit Amal Kawasan yang lain.

Untuk sessi latihan kawad dan perbarisan , latihan pertama telah diadakan pada hari Ahad, 25/05/2009 bertempat di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Kg. Seri Aman, Puchong. Latihan dijalankan daripada jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Alhamdulillah, penyertaan pertama adalah seramai 16 orang.

Manakala, latihan kedua pula telah diadakan pada hari Sabtu, 13/05/2009 pada masa dan tempat yang sama. Penyertaan pada kali ini pula adalah seramai 9 orang.

Latihan kawad Unit Amal Puchong ini telah di beri tunjuk ajar oleh PW1(B) Ismail Sharkawi.

Berikut adalah sedikit lakaran perjalanan sessi latihan yang telah dijalankan.







1 ulasan

Tolak gelaran Dato' ................
Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

Ini bukan kali pertama rupa2nya....

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini