Pertemuan Mesra - DPPKP dengan Ahli Parlimen Puchong
(Ketua Pemuda dan Dewan Harian DPPKP serius dalam berbincang kepentingan kedua-dua pihak dengan Ahli Parlimen Puchong , YB Gobind)
(YB Gobind yang mudah mersa dan senang berbincang)Alhamdulillah , pada 5 Julai yang lepas , Dewan Harian telah berjaya membuat pertemuan mesra dengan Ahli Parlimen Puchong di Pejabat beliau di Batu 14 Puchong.
Dalam pertemuan tersebut , yang merupakan pertemuan secara tidak formal , namun sempat juga bertukar pendapat dan pendirian disamping menyelaraskan gerak kerja bersama untuk masa hadapan.
Diharapkan ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir dimana banyak lagi sesi perbincangan perlu diadakan bagi mencetus dan menggerakkan perlaksanaan kerja bersama dalam mendukung dan menjana aspirasi masyarakat terhadap perjuangan dan pembawaan Pakatan Rakyat di Puchong.





0 ulasan