Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mendiang Beng Hock

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PUCHONG
Tel : 013-3999452 website http://pemudapuchong.blogspot.com

DAP Bahagian Puchong
74B Jalan BPU 1,
Bandar Puchong Utama
47100 Puchong, Selangor

Untuk perhatian :

YB Gobind Singh Deo – Ahli Parlimen Puchong
YB Theresa Kok – ADUN Kinraa
Ketua DAP Bahagian Puchong

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG BENG HOCK

Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama –sama mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock diatas tragedi yang menimpa beliau selepas di soal siasat selama 11 jam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kini rakyat termasuk di kawasan Puchong ramai yang mempersoalkan sebab kematian Beng Hock yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinan beliau pada hari ini. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong akan bersama-sama dengan segenap lapisan masyarakat,organisasi dan Pakatan Rakyat menggesa dan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kematian Beng Hock secara terperinci sama ada beliau benar-benar terjatuh secara sengaja atau tidak, atau pun ada pihak lain yang menyebabkan kematian beliau.

Dewan Pemuda PAS Puchong memandang serius kes ini dan berharap agar semua pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan ke atas Beng Hock digantung tugas dan direman untuk soal siasat. Begitu juga saksi-saksi lain yang menjadi orang terakhir melihat beliau.

Dewan Pemuda PAS Puchong mahu SPRM bekerjasama membersihkan nama mereka jika benar tiada pegawainya yang terlibat dalam kes kematian Beng Hock ini. Dewan Pemuda PAS Puchong tidak mahu isu ini menjadi satu ketakutan buat rakyat dan memburukkan imej institusi penguatkuasaan negara.

Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan telus dan satu Suruhanjaya Penyiasat Bebas perlu diwujudkan kerana ia melibatkan kematian orang awam yang ada hubung kait dengan organisasi Awam.
Sekian,

Yang turut bersimpati ,


MOHD FADZLI KADIR
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong

s.k. Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong
Yang-Dipertua PAS Kawasan Puchong
Setiuasaha PAS Kawasan Puchong

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini