PUCHONG,24 Oktober 2009 - Dewan Pemuda PAS Puchong bergerak setapak lagi , dalam mendepani amanah dan cabaran yang dipikul. Kali ini, DPP Puchong telah menongkah tradisi dalam menggauli mad'u yang bukan daripada kalangan orang Islam sahaja , tapi juga dengan Non Muslim.
Perhubungan dikalangan ahli jawatankuasa penduduk (JKP) yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang telah pun membuat jalan untuk Dewan Pemuda PAS Puchong menawarkan ruang untuk bersemuka dan bertukar pendapat dan fikiran.
Pada 24 Oktober yang lalu , bertempat di Pejabat Dewan Pemuda PAS Puchong, diadakan satu Majlis Dialog bersama NGO Non Muslim. Antara yang hadir adalah wakil dari Persatuan Budha Puncak Jalil , Persatuan Kristian , Persatuan Kuil Puncak Jalil.
Majlis yang diadakan dalam suasana tidak formal , diadakan lebih kurang satu jam setengah , mengutarakan pelbagai isu , dari segi politik , agama , kemanusiaan dan sejagat. Walaupun, tidak banyak keputusan yang dicapai pada perbincangan berkenaan, namun ia telah membuka ruang antara agama,antara budaya,antara kaum dalam mengenalpasti titik kebersamaan antara perbezaan yang ada.
Majlis tersebut juga ,yang di 'initiate' oleh Ketua Pemuda DPP Puchong sendiri , disambut baik oleh kedua dua pihak, dan resolusi dicapai pada malam berkenaan ,adalah untuk mengadakan perjumpaan susulan untuk membincang 'action plan' dan program-program sususalan dan bersama.
Insya Allah , berkata keikhlasan dan kerjasama daripada semua pihak,pintu sempadan memisahkan kaum dan agama ini dapat ditembusi , untuk bersama-sama kearah satu matlamat kebaikan dan kerjasama yang lebih erat.
Di bawah ini, beberapa 'snapshot' gambar yang diambil semasa berlangsungnya program berkenaan.
Majlis Dialog DPP Puchong bersama NGO Non Muslim
Pautan
Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.
4 November 2009 pada 4:38 PG
Mantap..!