PESTA SUKAN PASTI PUCHONG MERIAH
PESTA SUKAN PASTI PUCHONG - 10 APRIL 2010 - PUCHONG INDAH
PUCHONG INDAH, 10 April 10 – Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan Puchong kali ketiga telah dianjurkan dengan meriah dan Berjaya. Menjadi tradisi pesta sukan puchong menganjurkan pertandingan dalam acara Bola Sepak (lelaki) dan Bola Jaring (perempuan). Selain itu, acara ibubapa juga turut diadakan. Bertempat di Padang Awam MPSJ Puchong Indah, acara dimulakan pada jam 9 pagi.
Walaupun sejak awal pagi, hujan turun mencurah-curah, namun tidak mematahkan semangat para petugas dan peserta untuk menjayakan program tersebut. Acara dilangsungkan serentak bagi kedua-dua acara menggunakan dua padang khas bagi setiap acara. Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan bebeberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan.
Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan ‘Puchong Intan 2010’ kali ini disertai oleh 9 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 10 buah PASTI di Kawasan Puchong ; Ar Raihan (Bandar Kinrara) , Al Firdaus (Puncak Jalil) , Bestari (Pusat Bandar Puchong), As Syifa’ (Puchong Utama) , An Nur (Puchong Intan) , Al Mawardi (Aman Bestari) , Al Iqbal (Kampung Seri Aman) , Putra Permai (Bandar Putra Permai), Ainul Mardhiah (Taman Sri Serdang) dan Al Huda (Kg. Kenangan)
Penganjuran sukan ini juga bukan sahaja untuk memenuhi silibus ko-kokurikulum takwim tahunan PASTI Kawasan dan setiap cawangan, malah ia juga dianjurkan untuk mencungkil bakat pemain terbaik bola sepak dan bola jaring di peringkat kawasan untuk mewakili PASTI kawasan Puchong kei pertandingan sukan tersebut di peringkat Negeri Selangor seterusnya ke peringkat PASTI Malaysia.
Menurut Syed Ahmad, 34, selaku pengarah program berkata, program pada kali ini sangat bermakna kerana menyambut ulangtahun ke 25 penubuhan PASTI NEGERI SELANGOR. Selain itu, aktiviti ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat pelajar-pelajar PASTI tetapi kepada penjaga pelajar yang turut berpeluang menyertai acara ibubapa yang diadakan.
Pada hari tersebut, acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ust Mohd Soffiean Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Urusan Ulama, Ust Hayazi dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut.
Perasmi juga kemudian telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk setiap acara. Hadiah khas Piala Pusingan Ketua Pemuda Kawasan Puchong untuk acara Bola Sepak dan Bola Jaring serta trofi penjaring terbanyak untuk kedua-dua acara turut disampaikan kepada pemenang.
Keputusan akhir diketahui lebih kurang jam 1 petang di mana acara Bola Sepak telah dijuarai oleh PASTI Putra Permai (Bandar Putra Permai) manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Bestari (Pusat Bandar Puchong). Penjaring Terbanyak bagi bola sepak dimenangi oleh adik Ahmad Aiman Solihin B. Azwa dari PASTI putra Permai dengan 4 gol, manakala penjaring terbanyak bagi bola jarring dimenangi oleh adik Nur Arisya Fatihah Bt. Razali dengan 15 gol.
Secara keseluruhannya, program pada hari tersebut telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.
Berikut merupakan JUARA Bola Sepak dan Bola Jaring.
TAHUN 2009 - Bola Sepak : PASTI An Nur
- Bola Jaring : PASTI Ainul Mardhiah
TAHUN 2010 - Bola Sepak : PASTI Putra Permai
- Bola Jaring : PATSI Bestari
0 ulasan