Banner Aidilfitri PAS Kawasan Puchong Disabotaj

Puchong : Banner ucapan Hari Raya Aidilfitri yang digantung oleh PAS Puchong telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Banner tersebut telah digantung di Bulatan Taman Puchong Permai pada tengah malam Sabtu (27 Ogos) dan tidak sampai 5 jam ianya digantung, wajah YDP Puchong, Ustaz Sufyan Ismail telah dikoyakkan.

Ust Omar Mohamed selaku Ketua Penerangan Pas Puchong berasa kesal dengan apa yang berlaku dan mengingatkan semua pihak supaya menginsafi Ramadhan sebagai bulan yang mulia dan berlapang dada dalam berpolitik. 
"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Puchong, menyeru agar semua pihak mengambil pengiktibaran dan keinsafan bersempena bulan Ramadhan yang mulia dan berlapang dada dalam berpolitik, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang bersedia untuk meraikan perayaan Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi."

"Ini merupakan satu budaya tahap rendah dan politik minda sempit yang tidak harus diaplikasi oleh politikus dan pengikut mereka pada zaman ini. Biarlah kita berlumba-lumba menyampaikan mesej kepada masyarakat dan mengajak mereka mendekatkan diri dengan agama mereka." katanya.
Beliau juga telah menghantar maklumat berkaitan banner aidilfitri yang telah disabotaj ini kepada beberapa buah media alternatif tempatan.

"Oleh itu, saya mohon pihak tuan agar menyiarkan pandangan kami ini, agar ianya menjadi pengajaran untuk semua." kata Ust Omar lagi.

Dilampirkan dua gambar banner PAS Puchong, satu yang dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Banner ini diletakkan di bulatan Puchong Permai. Kedua, yang masih elok di bulatan Puchong Perdana.
Terima kasih atas kerjasama pihak tuan dalam membantu kami memberitakan permasalahan ini.

Banner yang disabotaj di Bulatan Puchong Permai   

 
Banner yang sama berada di Bulatan Puchong Perdana.

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini