Al-Fatihah : Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh rahimahullah Meninggal
Pasir Tumboh : Dalam kemeriahan umat Islam di Malaysia meraikan sambutan EidulFitri pada hari pertama, tiba-tiba dikejutkan dengan berita pemergian Ulama besar, Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh yang telah kembali ke Rahmatullah selepas zohor. Jenazah Al-Marhum Tuan Guru disembahyangkan pada 5.30 ptg di Masjid Pondok Pasir Tumboh.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir mengerjakan Solat Jenazah adalah sebahagian besar pimpinan Negeri Kelantan, ribuan anak murid beliau, termasuk berkenan mencemar duli Baginda As-Sultan Negeri Kelantan. Solat Jenazah telah diimamkan oleh Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Dilaporkan walaupun jenazah almarhum telah selamat disemadikan, namun ribuan umat Islam masih menziarahi makam beliau walaupun melewati waktu malam.
Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Sedikit Biodata Almarhum Tuan Guru:
Nama : Tuan Guru Hj. Hashim b. Hj. Abu Bakar.
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
Belajar di Darul 'Ulum ad-Diniyyah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939. | |
Belajar di Madrasah Irsyadiyyah Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Hj. Abdullah, Merbuk, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1942. | |
Belajar di pondok al-Marhum Tuan Guru Hj. Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak pada tahun 1940. |
Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz B Abu Bakar, pengasas Pondok Pasir Tumboh. |
0 ulasan