Jemaah haji Malaysia maut jatuh tingkat 9 di Hotel Al-Haram di Madinah
Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kelmarin.Mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya, sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber itu.
Jurucakap Tabung Haji mengesahkan kejadian itu. Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar. Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
0 ulasan