UMNO Berkempen Guna UPM


Seri Serdang : Pada 22.10.2011, Ahad (esok), BN Selangor akan mengadakan Penerangan Perdana untuk penyokong-penyokong mereka yang berada di Dun Seri Serdang. Tetapi apa yang menjadi malangnya dalam sistem 'demokrasi terpimpin' tajaan Umno Barisan Nasional, mereka sewenang-wenangnya menggunakan Institusi Pengajian Tinggi untuk dijadikan Markas mereka untuk menyampaikan dakyah pemikiran. Agaknya Dato Satim Diman dah habis Dewan dalam Dun Seri Serdang untuk ditempah sampai memaksa UPM untuk membenarkan BN Selangor menggunkan Dewan Besar UPM, sebagai tempat gerakan menyampaikan ceramah.

Sedangkan sesiapa sahaja yg berbeza pandangan dan pendapat dengan mereka, langsung tidak diberi ruang untuk menyampaikan pendapat dan pendiriaan seperti ini. Seperti yang semua sedia maklum, mereka dengan mudah menggunakan kakitangan awam untuk menjadi penonton setia, menggunakan institusi awam seperti Sekolah sebagai medium berkumpul, termasukkan program Penerangan Perdana esok yang bakal dihadiri oleh Timb Presiden Umno, Mahyuddin Yassin di UPM ini.

Semakin hari ahli akedemik ditekan daripada bersuara menyampaikan pandangan..... bercakap bende yang tidak mendapat restu BN...mereka akan dipancung seperti Prof Aziz Bari. Sebab itu lah ahli akademik terpaksa mengikut telunjuk BN sebab nak jaga peiuk nasi. Kalau program ini anjuran UPM, panggil Mahyuddin datang rasmi, kira ok lagi, sebab atas kapasiti dia sebagai Timb. Perdana Menteri / Menteri Pelajaran. Ini terang-terang program Parti.

Ayuh Mahasiswa UPM, jangan benarkan UMNO BN berkempen dalam Universiti kalian. !!! Jaga kedaulatan Universiti daripada dinodai oleh pemikiran sempit UMNO BN. Jangan sampai universiti kalian menjadi alat tunggangan pemikir sempit seperti pemimpin UMNO BN.

Bak kata Musang Berjanggut : "Undang-undang saya yang bikin, bila-bila masa saya boleh ubah. Ikut suka Aku (ISA)".

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini