Ancaman dan Pertolongan!

Beberapa hari kebelakangan ini, kita disajikan,dikejutkan,dikhabarkan dengan beberapa perkara 'besar' yang menuntut kita berfikir,menggunakan akal ciptaan ilahi. Sama ada kita cakna,sedar,insaf ataupun alpa,khayal,tak peduli ataupun buat bodoh! Tepuk dada tanya selera.

Dua perkara yang meragut khayalan daripada terus dibuai kealpaan :

1. Kes Murtad Pertama yang disahkan undang-undang di Malaysia


Sangat mengejutkan! Ya Allah, selamatkan diri kami daripada fitnah besar yang bakal menimpa umat kami Ya Allah. Kalau zaman selepas kewafatan Rasulullah yang hanya baru beberapa ketika wafatNya Baginda, Saidina Abu Bakar meletakkan priroriti untuk memerangi orang Islam yang ingkar mengiktiraf syariat Islam (zakat).

Kini ummat Islam kita bukan sekadar tidak mengiktiraf syariat Islam itu (yang boleh menyebabkan murtad yakni terkeluar dari agama Islam) tapi sudah boleh mendabik dada menyatakan sekiranya 'sepertimana seorang bukan Islam itu bebas menganut agama Islam, begitu jugalah ia bebas untuk meninggalkan agama Islam menganut semula agama asal-Nya!'.

Nah! Mana pemimpin yang begitu lantang mempertahankan kedaulatan Melayu dan Islam! Mana orang-orang bangsawan yang mengagungkan ketuanan Melayu Islam! Mana? Mana?

Untuk detail perkara ni,sila rujuk ke sini.

2. Isu bantuan kemanusian untuk taufan di Myanmar.

Sungguh sayu, cuma kesedaran dan coverage tidak diberikan seluas tragedi Tsunami melanda Aceh beberapa tahun lalu.

Tolong baca artikel di Saifulislam.com berhubung perkara ini. Klik SINI.

Hulurlah apa jua bantuan yang kita mampu. Islamic Relief Malaysia juga ada menyediakan saluran untuk dihulurkan derma. Rujuk link itu di SINI

Agak teruja juga bila Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan peruntukan segera bernilai RM 1 juta ringgit untuk dihulurkan bantuan kemanusian kepada mangsa di Myanmar melalui Yayasan Amal. Takbir !!!

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini