Badminton : Riadah Mingguan & Perlawanan Persahabatan

Pada malam Jumaat yang lalu, 9 Mei 08 bertempat di Dewan MBA, Bandar Puteri Puchong telah diadakan satu perlawanan bersahabatan badminton antara Pemuda Puchong dan PJU.

Program yang julung-julung kalinya diadakan bertujuan merapatkan silaturrahim antara kedua dua dewan dan juga menggalakkan ahli pemuda untuk terus dan sentiasa beriadah.

Program riadah badminton Pemuda telah pun lama berlangsung pada setiap minggu, Jumaat malam Sabtu. Ia merupakan tempat Pemuda berkumpul secara santai sambil mengeluarkan peluh. Alhamdulillah, sambutan setakat ini menggalakkan dari kalangan Pemuda AJK dan juga diperingkat cawangan.

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat disebarluaskan kepada seramai mungkin Pemuda untuk turut sama dalam program riadah mingguan ini. Program yang dianjurkan oleh DACS (Department of Art,Sport and Recreational) DPPK Puchong ini insya allah akan diteruskan dan dikembangkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan, boleh terus menguhubungi Sdr Azwan, DACS Pemuda ataupun email ke alamat pemudapuchong@gmail.com

Berikut sedikit gambar dari aksi perlawanan persahabatan tempoh hari.




1 ulasan

Kami menantikan perlawanan counter strike dengan pemuda kawasan

Pemuda PAS cawangan Seri Serdang
http://gtbulan.blogspot.com/

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini