Keputusan Undian Pengunjung Blog Rasmi DPP Puchong
Pada bulan April 2008 yang lalu, blog ini telah pun membuka 'poll' undian untuk meminta respon berkaitan isu 'Mana paling utama mengisi kemenangan?'
Sebanyak 11 orang responden telah pun membuat undian di poll berkenaan yang telah pun ditutup pada 30 April 08.
Keputusannya adalah, sebanyak 63% responden telah pun memilih untuk bersetuju bahawa "Mengukuhkan struktur jentera kerajaan negeri dan tempatan" adalah perkara yang perlu diutamakan bagi mengisi kemenangan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor ini.
Mood responden ini juga bersesuaian dengan ekspetasi rakyat yang mahukan wakil daripada kerajaan negeri adalah orang yang bertanggungjawab,yang berdedikasi,yang beramanah untuk mereka berpaut,memohon pertolongan,menyalurkan harapan dan permasalahan mereka. Justeru, bagi kawasan Puchong, kita yakin bahawa persoalan kepimpinan Ahli Majlis Daerah,JKP hatta JK Masjid dan Surau sememangnya dalam senarai keutamaan (prirority list) untuk dicaturkan sebijak mungkin.
Perkara ini juga, dalam sedar tidak sedar mengundang pelbagai reaksi khususnya dikalangan warga kerja parti di pelbagai peringkat. Ini kerana,bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan pembahagian dan amanah pertanggungjawaban ini walaupun sesama ahli jemaah sendiri. Sudah tentu,keputusan yang dicapai tidak dapat memuaskan semua pihak. Namun, kita yakin dan percaya, atas kepimpinan yang kita sendiri telah berikan amanah, telah melakukan yang terbaik dalam memastikan semua keputusan adalah untuk kebaikan jemaah,parti kita tercinta ini.
Disamping itu, 36% responden juga telah memilih langkah "Mewujudkan think-tank bagi setiap potfolio bagi merancang polisi mesra rakyat" merupakan antara keutamaan bagi mengisi kemenangan ini.
Kita juga sedia maklum, legasi peninggalan pentadbiran kerajaan Be-End mewujudkan pelbagai polisi yang menguntungkan pemerintah dalam masa yang sama menindas rakyat. Respon ini juga menunjukkan bahawa amanah yang dipikul haruslah menjurus kepada kesejahteraan rakyat, bukan nya individu tertentu.
Dua lagi respon yang kurang mendapat sambutan responden adalah kita perlu mengisi kemenangan dengan 'Mengadakan siri ceramah penerangan "mega" dan kelompok' dan 'Mengagihkan penguasaan ekonomi kepada usahawan dan kontraktor selama ini tertindas'.
Selepas kemenagan 8 Mac 08, rasanya kita juga ghairah untuk melepaskan gian untuk mengadakan ceramah-ceramah kesyukuran berbentuk mega. Lagi besar jumlah kehadiran untuk sessi ceramah berkenaan, lagi menjadi kebanggaan penganjur Pakatan Rakyat. Namun, sekiranya ia merupakan ceramah terima kasih,kesyukuran atas kemenangan, maka ia masih boleh diterima. Tetapi rasanya responden berpendapat perihal ceramah ini bukanlah sesuatu yang harus diutamakan,lebih lebih lagi rakyat menanti manifesto pilihanraya BA (Pakatan Rakyat) untuk direalisasikan. Perihal ini juga digambarkan oleh responden dalam pengagihan kekayaan negeri kepada ahli-ahli kita yang selama ini tertindas. Rasanya, sebagai seorang anggota jemaah, ghanimah atau pun hasil yang boleh dinikmati bukanlah satu priroriti walaupun ianya tidak boleh ditolak bulat-bulat sama sekali. Begitulah matangnya pemikiran ahli gerakan kita.
Jadi, berbalik semula perkara di atas tadi, responden lebih menyokong usaha menetapkan hala tuju (polisi) dan juga mengukuhkan sistem penyampaian (jentera kerajaan negeri).
p/s: Analisa di atas merupakan andaian kasar terhadap pola pengundian responden oleh Moderator Blog ini. Ia nya tidak boleh menggambarkan keputusan,strategi dan penilaian sebenar kepimpinan.
0 ulasan