(Pengersi Majlis - sebelum memulakan program)

(Perasmi Program Bengkel Halatuju dan Pengurusan Pemuda 2009)

(Para peserta program bersemangat nasyid al Amal sebelum memulakan program)

(Kata-kata aluan daripada KP sebelum memulakan program)
Alhamdulillah , satu Bengkel Pengurusan dan Halatuju Dewan Pemuda PAS Kawasa Puchong 2009 - bertempat di Pejabat Pemuda PAS Kawasan Puchong , Bandar Putra Permai.
Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk menyelaraskan matlamat perjuangan seluruh pemuda puchong serta merencanakan dan melicinkan gerak kerja pemuda kawasan dari peringkat cawangan , zon dan jugak peringkat pemuda kawasan.
Alhamdulillah, program tersebut telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Puchong yang telah melontarkan kisah sirah perjuangan para anbia' yang ternyata langsung menyentuh perihal kepimpinan dan pengurusan strategik. Nas-nas dan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadith diberikan bagi menguatkan penegasan tentang perihal pentingnya pengurusan dan halatuju organisasi yang tersusun.
3 slot kertas kerja telah dibentangkan dan satu sessi taklimat kepada para peserta telah diberikan. Kertas kerja pertama melibatkan perihal mengurus organisasi dan ahli dan kertas kerja kedua melibatkan garis panduan halatuju pemuda kawasan untuk sessi 2009/2011.
Semoga program tersebut telah memberikan manfaat kepada para peserta dalam memantapkan pengurusan organisasi mendepani cabaran dakwah dan siasah yang semakin mencabar.
15 Julai 2009 pada 11:39 PG
Ana nak minta supaya kertas kerja tersebut diuploadkan ke blog ini