Selepas Solat Jumaat bertempat di hadapan Masjid As-Salam, Dewan Pemuda Pas Puchong bersama-sama masyarakat di Puchong bersama-sama berhimpun secara aman dan mengedarkan risalah membantah lesen judi bolasepak yang telah diluluskan oleh KERAJAAN Malaysia baru-baru ini.
Objektif bantahan ini adalah:
1) Mendesak agar kerajaan menarik kembali lesen yang telah diluluskan
2) Menjelaskan kepada masyarakat implikasi ngetif angkara judi
3) Mendidik masyarakat agar tidak terjebak dalam kancah perjudian
Rata-rata orang ramai yang ditemui menyatakan sokongan yang kuat terhadap bantahan ini
DPP Puchong bersama masyarakat di Puchong berhimpun membantah judi

Orang ramai tertarik dan turut serta dalam bantahan ini

Bantahan ini juga disertai dari pelbagai peringkat umur.
...anak-ank juga tahu bahawa judi itu haram

Nazir masjid menerima risalah bantahan judi dari Ketua Pemuda Pas Puchong sebagai tanda menyokong bantahan ini
Alhamdulillah, pada hari ahad yang lepas bertarikh 23 Mei 2010 di De-Tonga Futsal, DACS pemuda puchong melalui Persatuan Belia Bestari Puchong telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal inter-zon dimana penyertaan adalah dari kalangan zon-zon yang ada dalam parlimen Puchong. Cikgu Syed selaku pengarah, amat berasa bangga dan puas hati kerana penganjuran yang julung-julung kali dibuat ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda sambil diiringi oleh Timbalan Ketua Pemuda. InsyaAllah di masa akan datang, DACS akan merangka satu perlawanan futsal yang lebih luas lagi penyertaannya.
Sebahagian daripada peserta kejohanan
Tabrani's Boy (Berbaju Pink) sedang menunjukkan skill permainan
Kaunter SPR pun turut di buka untuk daftar pemilih pengundi-pengundi baru
Bergambar sebelum penentuan tempat ketiga dan keempat
Pasukan yang layak ke perlawanan akhir, team Puchong Industri dan team Halim B
Ketua Pengadil, Abg Bob memberikan taklimat sebelum perlawanan akhir bermula
Aksi-aksi perlawanan akhir
Team Johan Pertandingan, Team Taman Puchong Industri
Guru-Guru PASTI yang ceria dan berdedikasi
Pada 23hb Mei yang lepas Dewan Pemuda PAS Puchong (DPP Puchong) meraikan seluruh guru PASTi Kawasan Puchong sempena Hari Guru. Yang bertemakan “Guru Memimpin Perubahan Ummah”
Majlis makan malam tersebut berlangsung di Restoren MAEPS Serdang. Majlis betambah meriah dengan guru-guru hadir bersama keluarga masing-masing. Selain bertujuaan memberi penghargaan kepada guru-guru, majlis ini juga dapat merapatkan ukhwah antara DPP Puchong dan seluruh guru PASTI Puchong.
Ketua Pemuda Pas Negeri Selangor dan juga merangkap Pengerusi PASTI Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan telah sudi hadir merasmikan majlis ini dan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada guru-guru. Turut hadir sama Timbalan Pasti Selangor, Saudara Mohd. Rozi Abdul Malek dan Ustaz Nasir Yusof, Timbalan Yang diPertua Pas Puchong.
Dalam majlis ini , Puan Norizan Hasan telah dipilih sebagai Tokoh Guru PASTi Puchong 2010 . Ketua Pemuda DPP Puchong berharap guru-guru PASTI agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendepani segala cabaran terutamanya cabaran pendidikan yang semakin banyak dan terus memperkasakan pendidikan PASTI disamping meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.
Cikgu- Cikgu Seronok dapat makan Steamboat
Ust. Nasir hadir bersama keluarga
Antara tetamu dari DPP Puchong yang hadir
Amanat dari KP
Ust Hasbullah menyampaikan ucapan.
Fuuhhhh.. cantik angle gambar
kita pada malam tu dari Akhi Shau'zi.. Nice Job
Semua guru dapat hadiah pada malam tu...
Inilah Tokoh Guru kita. Kak Nor.. Tahniah Kak Nor..
Sdr Rozi, Tim PASTI Selangor menerima cenderahati dari KP
Ust. Hasbullah juga dpt cenderahati malam tu
Cikgu Syed menjadi model bunga pada malam tu.. he..he..

Kak Nor tgh posing dgn Trofi Tokoh Guru yang diterima

Bergambar beramai-ramai...
Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas Dewan Pemuda PAS Puchong mengadakan satu kunjungan rasmi ke kawasan Zamri Kadiaq. Walaubagaimanapun, kunjungan tersebut bertujuan untuk memenuhi program rasmi pemuda iaitu rehlah pemuda yang sudah lama tidak diadakan.
Sebelum bertolak mengaminkan doa selamat dalam perjalanan
Perjalanan kami bermula selepas solat Subuh berjamaah di Pejabat Rasmi Dewan Pemuda. Alhamdulillah, cuaca yang tenang dan baik memudahkan segala urusan perjalanan kami. Setelah doa selamat selesai, kami pun bergerak menuju ke destinasi. Sekitar jam 11.30pagi, rombangan kami pun tiba di pekan Lumut.
Cikgu Syed kelihatan tidak sabar-sabar untuk menaiki Feri
Tiba di pekan Lumut, setelah meletakkan kenderaan, rombongan kami segera bergegas ke jeti pekan Lumut. Sebelum menaiki feri, ramai dikalangan sahabat-sahabat yang 'terpedaya' dengan topi-topi yang bergantungan di sekitar jeti tersebut. Ramai yang beli untuk kenangan masing-masing. Rezeki makcik-makcik kat situ..
Menunggu Feri Di Jeti Pekan Lumut
Muslimin idaman Nisa'
Setelah feri tiba, rombangan kami pun menaikinya sehinggalah ke pulau Pangkor. Tiba di jeti Pulau Pangkor, terlihat satu bangunan yang agak besar dibina di atas bukit. Dan bangunan tersebut tertulis perkataan 'Chee Pang Kor'. Menurut sejarah, chee pang kor merupakan orang pertama yang membuka pertempatan di pulau tersebut dan diberi gelaran sempena namanya iaitu Pangkor. Setelah menikmati santapan makanan tengahari, kami pun bergegas ke chalet penginapan yang terletak di Teluk Nipah. Setelah solat jama' zohor dan asar, kami pun bersiap-siap untuk turun ke pantai dan laut untuk aktiviti snokeling....
Suasana di dalam Feri
Dalam perjalanan menuju ke tempat snokeling
Batu yang menyerupai kepala 'Buaya Puchong' yang terdampar di Pulau Giam
Ikan-ikan berebut-rebut nak makan
Aksi apa tu Cikgu Syed
Pemuda yang baru nak belajar berenang (kanan sekali)
Bergambar sebelum matahari terbenam
Pada sebelah malam pula, masing-masing setelah keletihan hanya mampu untuk aktiviti makan sahaja. Sambil makan kami menyaksikan aktiviti memancing sotong di tepi pantai. Besar-besar jugak sotong yang dapat. Keesokan harinya, kami meneruskan lagi aktiviti snokeling tapi, kali ini lebih mencabar. Kali ini kena pusing setengah pulau.
Kenapa tu Ashrul?
Tinggalan Sejarah Kota Belanda
Menuju ke Pulau Giam sekali lagi
Pasukan Penyelamat Pemuda Puchong..Takbir!!!
Setelah tamat aktiviti snokerling, kami pun menuju ke pulau besar untuk persiapan balik. Sekitar jam 2 petang kami menuju pulang ke jeti Pekan Lumut. Alhamdulillah, begitu manisnya rasa apabila dapat rehlah bersama-sama. InsyaALLAH akan datang, DPP Puchong akan melawat ke tempat yang lebih menarik lagi..Wallahualam..
Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.
Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.
Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.
Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.
Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.
Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.
Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.
Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.
Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama’ dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.
Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Semalam telah berlangsung satu majlis dialog antara DPP Puchong dan semua guru-guru kanan PASTI Puchong.
Pertemuan ini adalah untuk mendengar segala cadangan dan pemasalahan yang dihadapi oleh semua guru-guru kanan PASTI. Dewan Pemuda berasa gembira kerana dapat mendengar secara terus tentang pemasalahan yang dibangkitkan oleh guru-guru. Ini kerana Dewan Pemuda dan pihak pengurusan PASTi Puchong sangat mengambil berat tentang masalah yang dibangkitkan oleh guru-guru.
Dikesempatan itu juga Ketua Pemuda Puchong Saudara Yeop menyerahkan secara rasmi Cek dan Piala Anugerah PASTi Terbaik Selangor kepada Cikgu Syari.
Pertemuan yang berlangsung hampir 3 jam itu diakhiri dengan beberapa resolusi yang akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan PASTi Puchong.
Majlis dialog ini berlangsung di Pejabat Pengurusan DPPP
Semua guru-guru kanan hadir pada majlis dialog ini

DPPP dan Pengurusan PASTI Puchong serius mendengar respon dari guru-guru kanan

KP menyampaikan cek dan piala Anugerah PASTi Terbaik Selangor pada Pengarah PASTI Puchong
Cikgu S.A Thani Wakil DPPP Puchong Menerima Hadiah Dari Pemuda Negeri
Syukur pada Allah S.W.T kerana PASTI PUCHONG telah dianugerahkan Pengurusan PASTI Terbaik Negeri Selangor kali ketiga berturut-turut. Anugerah tersebut disampaikan pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 1May yang lepas bertempat di Bangunan SUK Selangor.
Tahniah pada semua saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Puchong, Saf Kepimpinan PASTI Puchong, Guru-guru, Saf MGP, Pihak Pengurusan Pasti Cawangan-cawangan, Pihak PAS Kawasan Puchong dan semua pihak yang memberi sepenuh komitmen dan kerjasama bagi memajukan PASTI Puchong.
Diharap semua pihak akan terus memberi sokongan pada PASTI Puchong untuk lebih maju pada tahun akan datang.
Berkhidmat untuk ALLAH dan Kemenangan ISLAM
TAKBIR 3X..
PASTI-PASTI CEMERLANG
Dari Lensa Kamera DPP Puchong di PRK Hulu Selangor
Program bersama anak-anak di Sg. Selisek
Beramah mesra dan mendekati remaja
Merakamkan kenangan di hadapan Masjid Lama di Sg. Selisik
yang telah dibina dari tahun 1939
Markaz PAS di Sg. Selisik
Pemuda juga dipertanggungjawabkan menguruskan SSDP
Kereta Rasmi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Nampaknya Kerajaan terpaksa mengerahkan pegawai-pegawai dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
untuk membantu memenangkan calon BN.