Majlis Dialog DPP Puchong dan Guru-Guru Kanan PASTI Puchong
Semalam telah berlangsung satu majlis dialog antara DPP Puchong dan semua guru-guru kanan PASTI Puchong.
Pertemuan ini adalah untuk mendengar segala cadangan dan pemasalahan yang dihadapi oleh semua guru-guru kanan PASTI. Dewan Pemuda berasa gembira kerana dapat mendengar secara terus tentang pemasalahan yang dibangkitkan oleh guru-guru. Ini kerana Dewan Pemuda dan pihak pengurusan PASTi Puchong sangat mengambil berat tentang masalah yang dibangkitkan oleh guru-guru.
Dikesempatan itu juga Ketua Pemuda Puchong Saudara Yeop menyerahkan secara rasmi Cek dan Piala Anugerah PASTi Terbaik Selangor kepada Cikgu Syari.
Pertemuan yang berlangsung hampir 3 jam itu diakhiri dengan beberapa resolusi yang akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan PASTi Puchong.
Majlis dialog ini berlangsung di Pejabat Pengurusan DPPP
Semua guru-guru kanan hadir pada majlis dialog ini

DPPP dan Pengurusan PASTI Puchong serius mendengar respon dari guru-guru kanan

KP menyampaikan cek dan piala Anugerah PASTi Terbaik Selangor pada Pengarah PASTI Puchong
0 ulasan