Deklarasi Pangkor

Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas Dewan Pemuda PAS Puchong mengadakan satu kunjungan rasmi ke  kawasan Zamri Kadiaq. Walaubagaimanapun, kunjungan tersebut bertujuan untuk memenuhi program rasmi pemuda iaitu rehlah pemuda yang sudah lama tidak diadakan.
Sebelum bertolak mengaminkan doa selamat dalam perjalanan

Perjalanan kami bermula selepas solat Subuh berjamaah di Pejabat Rasmi Dewan Pemuda. Alhamdulillah, cuaca yang tenang dan baik memudahkan segala urusan perjalanan kami. Setelah doa selamat selesai, kami pun bergerak menuju ke destinasi. Sekitar jam 11.30pagi, rombangan kami pun tiba di pekan Lumut.

Cikgu Syed kelihatan tidak sabar-sabar untuk menaiki Feri

Tiba di pekan Lumut, setelah meletakkan kenderaan, rombongan kami segera bergegas ke jeti pekan Lumut. Sebelum menaiki feri, ramai dikalangan sahabat-sahabat yang 'terpedaya' dengan topi-topi yang bergantungan di sekitar jeti tersebut. Ramai yang beli untuk kenangan masing-masing. Rezeki makcik-makcik kat situ..

 
Menunggu Feri Di Jeti Pekan Lumut



Muslimin idaman Nisa'

Setelah feri tiba, rombangan kami pun menaikinya sehinggalah ke pulau Pangkor. Tiba di jeti Pulau Pangkor, terlihat satu bangunan yang agak besar dibina di atas bukit. Dan bangunan tersebut tertulis perkataan 'Chee Pang Kor'. Menurut sejarah, chee pang kor merupakan orang pertama yang membuka pertempatan di pulau tersebut dan diberi gelaran sempena namanya iaitu Pangkor. Setelah menikmati santapan makanan tengahari, kami pun bergegas ke chalet penginapan yang terletak di Teluk Nipah. Setelah solat jama' zohor dan asar, kami pun bersiap-siap untuk turun ke pantai dan laut untuk aktiviti snokeling....


Suasana di dalam Feri




Dalam perjalanan menuju ke tempat snokeling

Batu yang menyerupai kepala 'Buaya Puchong' yang terdampar di Pulau Giam

Ikan-ikan berebut-rebut nak makan


Aksi apa tu Cikgu Syed




Pemuda yang baru nak belajar berenang (kanan sekali)


Bergambar sebelum matahari terbenam

Pada sebelah malam pula, masing-masing setelah keletihan hanya mampu untuk aktiviti makan sahaja. Sambil makan kami menyaksikan aktiviti memancing sotong di tepi pantai. Besar-besar jugak sotong yang dapat. Keesokan harinya, kami meneruskan lagi aktiviti snokeling tapi, kali ini lebih mencabar. Kali ini kena pusing setengah pulau.


Kenapa tu Ashrul?

Tinggalan Sejarah Kota Belanda


Menuju ke Pulau Giam sekali lagi


Pasukan Penyelamat Pemuda Puchong..Takbir!!!

Setelah tamat aktiviti snokerling, kami pun menuju ke pulau besar untuk persiapan balik. Sekitar jam 2 petang kami menuju pulang ke jeti Pekan Lumut. Alhamdulillah, begitu manisnya rasa apabila dapat rehlah bersama-sama. InsyaALLAH akan datang, DPP Puchong akan melawat ke tempat yang lebih menarik lagi..Wallahualam..

0 ulasan

Catat Ulasan

Pautan

Blog ini memaparkan segala aktiviti dan usaha-usaha pejuang pemuda Islam PAS kawasan Puchong dalam menegakkan kebenaran.

Archive

Semak Daftar Pengundi

WebTV Pas

Catwidget4

Related Posts with Thumbnails

Slideshow

sideCategory1

Category

Pengikut

Carian Blog Ini