PASTI PUCHONG MENANG ANUGERAH PENGURUSAN PASTI TERBAIK SELANGOR KALI KE-3
Cikgu S.A Thani Wakil DPPP Puchong Menerima Hadiah Dari Pemuda Negeri
Syukur pada Allah S.W.T kerana PASTI PUCHONG telah dianugerahkan Pengurusan PASTI Terbaik Negeri Selangor kali ketiga berturut-turut. Anugerah tersebut disampaikan pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 1May yang lepas bertempat di Bangunan SUK Selangor.
Tahniah pada semua saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Puchong, Saf Kepimpinan PASTI Puchong, Guru-guru, Saf MGP, Pihak Pengurusan Pasti Cawangan-cawangan, Pihak PAS Kawasan Puchong dan semua pihak yang memberi sepenuh komitmen dan kerjasama bagi memajukan PASTI Puchong.
Diharap semua pihak akan terus memberi sokongan pada PASTI Puchong untuk lebih maju pada tahun akan datang.
Berkhidmat untuk ALLAH dan Kemenangan ISLAM
TAKBIR 3X..
PASTI-PASTI CEMERLANG
0 ulasan